Pernahkah puan-puan alami masalah air mani yang keluar balik selepas bersama? Pada asalnya ia normal pada pandangan pasangan suami isteri. Tetapi jika ia berlaku dan pasangan itu masih gagal hamil, pasti akan menyebabkan rasa tidak senang hati kerana masa subur yang ditunggu-tunggu dirasakan berlalu begitu sahaja, bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Hanya satu sperma yang diperlukan untuk mensenyawakan telur. Tetapi kenapa ada berjuta-juta sperma dalam air mani? Dan apa akan jadi apabila air mani keluar balik?
Sebenarnya apabila air mani dipancutkan, sperma-sperma terus berenang ke arah telur. Cuma apabila air mani itu keluar balik, boleh menyebabkan rasa tidak senang di kalangan pasangan yang sedang berusaha hamil, apatah lagi sudah lama berusaha tapi masih belum berjaya.
Dalam usaha untuk hamil dan masih belum berjaya menyebabkan pasangan suami isteri tertanya-tanya apa faktor-faktornya. Selagi boleh mahu berusaha sebaik mungkin, tanpa cela dan sanggup berkorban masa, tenaga, dan duit.
Sebenarnya ada cara bagaimana untuk elakkan air mani keluar, seterusnya memaksimumkan sperma yang berenang ke arah telur. Caranya ialah dengan menutup laluan faraj.
Macam mana cara untuk tutup?
Pernahkah puan-puan mendengar tentang menstrual cup?
"Cawan ini adalah sejenis produk kebersihan wanita ketika haid yang boleh digunakan semula.
Ia berbentuk cawan kecil yang fleksibel, diperbuat daripada getah atau silikon agar senang bagi anda masukkan ke dalam faraj untuk menahan dan mengumpulkan cecair darah haid" - hellodoktor
Tetapi dalam usaha untuk mengelakkan air mani keluar, isteri-isteri boleh gunakan cawan ini untuk menutup laluan faraj
Cawan ini ada saiz besar dan kecil. Saiz besar sesuai untuk wanita yang pernah bersalin. Manakala saiz kecil sesuai untuk mereka yang belum pernah bersalin. Apa-apa pun, bergantung kepada wanita tersebut selesa pakai yang besar atau kecil.
Sakit ke pakai cawan ini?
Tak sakit langsung dan tak rasa langsung. Mungkin anda rasa ngilu untuk masukkan cawan ini ke dalam faraj. Takut hilang entah ke mana! Sebenarnya tidak akan hilang, jangan risau. Dan ia selamat di dalam. Cuma jangan sampai lupa keluarkan balik esoknya.
Bila waktu pakai cawan ini?
Selepas bersama, sebelum suami tarik zakarnya keluar, isteri siap sedia dengan cawan yang telah dilipat. Sejurus suami keluarkan zakarnya, isteri terus masukkan cawan itu ke dalam faraj. Apabila sudah berjaya masukkan, pusingkan sedikit supaya cawan itu terbuka dari lipatan tadi.
Bagi wanita yang pertama kali mencuba, mungkin memerlukan latihan beberapa kali untuk hilangkan rasa takut dan pakai dengan betul supaya tidak berlaku kebocoran nanti.
Bagi wanita yang sudah biasa, ia teramat senang dan sangat selesa. Tidur malam pun lena tanpa rasa ada basah di katil.
Bila waktu untuk tanggalkan cawan ini?
Bersama waktu malam, pakai waktu malam dan boleh tanggalkan esok pagi. Lebih kurang 6 jam.
Di mana boleh saya beli cawan ini?
Di shopee ada. Dan harganya sangat murah! Ini linknya :
https://shopee.com.my/Menstrual-Cup-Excellent-Medical-Silicone-Women-Lady-Cup-Feminine-Hygiene-Menstrual-Cup-i.203233340.5011046220
Semoga cara ini membantu puan-puan mendapatkan zuriat. Aamiin!
.....................
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.