Senang Hamil: info
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, November 4, 2022

Ini Rahsia Elakkan Air Mani Keluar Semula Selepas Bersama


Pernahkah puan-puan alami masalah air mani yang keluar balik selepas bersama? Pada asalnya ia normal pada pandangan pasangan suami isteri. Tetapi jika ia berlaku dan pasangan itu masih gagal hamil, pasti akan menyebabkan rasa tidak senang hati kerana masa subur yang ditunggu-tunggu dirasakan berlalu begitu sahaja, bulan demi bulan, tahun demi tahun.


Hanya satu sperma yang diperlukan untuk mensenyawakan telur. Tetapi kenapa ada berjuta-juta sperma dalam air mani? Dan apa akan jadi apabila air mani keluar balik?


Sebenarnya apabila air mani dipancutkan, sperma-sperma terus berenang ke arah telur. Tetapi apabila air mani itu keluar balik, boleh menyebabkan rasa tidak senang di kalangan pasangan yang sedang berusaha hamil, apatah lagi sudah lama berusaha tapi masih belum berjaya.


Dalam usaha untuk hamil dan masih belum berjaya menyebabkan pasangan suami isteri tertanya-tanya apa faktor-faktornya. Selagi boleh mahu berusaha sebaik mungkin, tanpa cela dan sanggup berkorban masa, tenaga, dan duit.


Sebenarnya ada cara bagaimana untuk elakkan air mani keluar, seterusnya memaksimumkan sperma yang berenang ke arah telur. Caranya ialah dengan menutup laluan faraj.


Macam mana cara untuk tutup?

Pernahkah puan-puan mendengar tentang menstrual cup?


"Cawan ini adalah sejenis produk kebersihan wanita ketika haid yang boleh digunakan semula.

Ia berbentuk cawan kecil yang fleksibel, diperbuat daripada getah atau silikon agar senang bagi anda masukkan ke dalam faraj untuk menahan dan mengumpulkan cecair darah haid" - hellodoktor


Tetapi dalam usaha untuk mengelakkan air mani keluar, isteri-isteri boleh gunakan cawan ini untuk menutup laluan faraj.


Cawan ini ada saiz besar dan kecil. Saiz besar sesuai untuk wanita yang pernah bersalin. Manakala saiz kecil sesuai untuk mereka yang belum pernah bersalin. Apa-apa pun, bergantung kepada wanita tersebut selesa pakai yang besar atau kecil.



Sakit ke pakai cawan ini?
Tak sakit langsung dan tak rasa langsung. Mungkin anda rasa ngilu untuk masukkan cawan ini ke dalam faraj. Takut hilang entah ke mana! 

Sebenarnya tidak akan hilang, jangan risau. Dan ia selamat di dalam. Tetapi jangan sampai lupa keluarkan balik esoknya.


Bila waktu pakai cawan ini?
Selepas bersama, sebelum suami tarik zakarnya keluar, isteri siap sedia dengan cawan yang telah dilipat. Sejurus suami keluarkan zakarnya, isteri terus masukkan cawan itu ke dalam faraj. Apabila sudah berjaya masukkan, pusingkan sedikit supaya cawan itu terbuka dari lipatan tadi.

Bagi wanita yang pertama kali mencuba, mungkin memerlukan latihan beberapa kali untuk hilangkan rasa takut dan pakai dengan betul supaya tidak berlaku kebocoran nanti.

Bagi wanita yang sudah biasa, ia teramat senang dan sangat selesa. Tidur malam pun lena tanpa rasa ada basah di katil.


Bila waktu untuk tanggalkan cawan ini?

Bersama waktu malam, pakai waktu malam dan boleh tanggalkan esok pagi. Lebih kurang 6 jam.


Di mana boleh saya beli cawan ini?

Dan harganya sangat murah! Ini linknya :  MENSTRUAL CUP DI SINI!

Semoga cara ini membantu puan-puan mendapatkan zuriat. Aamiin!





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Saturday, April 14, 2018

Khas Untuk Para Suami, Ini Tips Kesuburan Untuk Anda




“You are what you eat”. Apa yang suami makan sebelum isterinya hamil sebenarnya adalah sangat penting, terutama jika dia mengalami masalah kesuburan. Kajian yang diterbitkan oleh Fertility and Sterility, 11/10/2011 menunjukkan lelaki yang mengamalkan makanan lebih sihat setiap hari mempunyai kesihatan sperma lebih baik berbanding lelaki yang mempunyai diet dan gaya hidup tidak sihat.



Berikut adalah beberapa tips diet kesuburan untuk suami. Ia akan membantu mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk kesuburan lelaki 

Makan makanan organik - Racun perosak menjadi salah satu sebab utama terjadinya penurunan kesuburan pada lelaki. Ia meniru estrogen di dalam badan yang boleh menyebabkan testosteron berkurangan. Tahap testosteron yang sihat diperlukan untuk pengeluaran sperma.

Elakkan soya – soya  juga boleh meniru estrogen. Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh Harvard School for Public Health di Boston bahawa lelaki yang makan hanya setengah hidangan soya setiap hari mengalami penurunan 40% dalam pengeluaran sperma. Baca sini untuk lebih lanjut

Minum segelas smoothie setiap hari  - smoothie kesuburan mengandungi banyak antioksidan, vitamin dan mineral yang mudah dimakan dan dicerna. Ia boleh diambil oleh kedua-dua lelaki dan wanita dan sangat berguna untuk lelaki yang ingin meningkatkan kualiti sperma (DNA, morfologi, jumlah dan motiliti) dan bagi wanita yang ingin meningkatkan kualiti telur dan menyokong ovulasi sihat. Baca sini untuk lebih lanjut

Makan sayur hijau gelap setiap hari - Sayuran berdaun gelap seperti brokoli, kale, dan bayam penuh dengan nutrisi yang baik untuk kesuburan.

Minum cukup air - Lelaki yang dehidrasi pula boleh membawa kepada kekurangan pengeluaran air mani dan / atau jumlah sperma yang lebih rendah. Air mani ialah cecair yang mengandungi spermatozoa. Cecair ini melindungi dan menyuburkan sperma dan mengangkut mereka semasa ejakulasi supaya mereka dapat sampai ke telur wanita

Kurangkan produk tenusu - Susu bukan organik mengandungi hormon (kebanyakannya estrogen) boleh memberi kesan negatif ke atas tahap testosteron

Selamat meningkatkan kesuburan!




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.

Friday, March 9, 2018

Ubat Kesuburan Paling Terkenal : Clomid


Clomid atau Clomiphene Citrate adalah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan

Kesan sampingan Clomid (clomiphene) adalah ringan bagi kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana ubat, anda perlu menyedari kesan sampingan sebelum rawatan. Terdapat juga beberapa risiko untuk rawatan clomiphene, seperti risiko yang tinggi untuk mendapat anak kembar. 



Bukan semua wanita mendapat kesan sampingan dan risiko yang disenaraikan di bawah. Jika anda mengalami kesan sampingan yang teruk, tanda-tanda yang luar biasa, hubungi doktor anda.

1) Hot flashes - Anda mungkin tiba-tiba merasa amat panas, keluar peluh dan mempunyai degupan jantung yang lebih laju
2) Kembung dan ketidakselesaan perut
3) Penambahan berat badan
4) Perubahan emosi
5) Loya dan pening
6) Perubahan payudara
7) Pendarahan haid yang tidak normal
8) Sakit kepala
9) Kekeringan faraj
10) Penglihatan yang kabur

Risiko Clomid :

Risiko untuk hamil dengan kembar dua atau lebih boleh menjadi risiko paling terkenal. Dalam ujian klinikal, 6.9% kehamilan adalah kehamilan kembar dua, 0.5% adalah kembar tiga, 0.3% adalah kembar empat, dan 0.1% adalah kembar lima. Untuk mengurangkan risiko mempunyai anak kembar, doktor perlu sentiasa memulakan anda pada dos terendah pertama, 50 mg, sebelum mencuba dos yang lebih tinggi.

Jika anda mengalami loya, sakit perut atau pelvis teruk, pertambahan berat badan secara tiba-tiba, atau kembung teruk, hubungi doktor anda dengan segera.





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Thursday, March 8, 2018

Cara Mengatasi Terjadinya Cyst Ovari Secara Semulajadi



Cyst Ovari ialah ketumbuhan berbentuk sarung yang terjadi di bahagian ovari dan ia dipenuhi oleh cecair. Ovari ialah organ kecil yang terdapat pada sebelah kanan dan kiri saluran peranakan perempuan. Ia mengeluarkan telur setiap bulan, di samping mengeluarkan hormone estrogen dan progesterone.


Kebanyakan cysts tidak menyebabkan apa-apa tanda. Bagaimanapun antara tanda-tanda yang selalu dialami ialah :

1) Masalah kedatangan haid - lewat datang haid, tidak tetap atau haid yang sakit
2) Rasa tekanan atau rasa penuh di dalam perut
3) Sakit semasa perhubungan kelamin
4) Berat badan bertambah
5) Sakit semasa melakukan senaman atau latihan fizikal
6) Proses berkaitan dengan pembuangan air besar atau kecil tidak tetap. Contohnya semakin kerap membuang air, sembelit

Cara mengatasi :

1) Berhenti makan makanan berasaskan soya
2) Makan hanya daging dan tenusu organik
3) Jangan makan makanan yang di'microvawe'kan
4) Berhenti minum air dari botol plastik
5) Elakkan penggunaan parabens di dalam produk kecantikan
6) Guna pencuci / sabun berasaskan bahan semulajadi





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Thursday, November 30, 2017

Tanda-Tanda Mengalami Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)


Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu. 

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub fallopian, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub fallopian tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. 

Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. 

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 
  • Pendarahan faraj yang tidak normal - Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun")
  • Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. 

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 
  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda.

Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:
  • Pembedahan ini lebih cepat;
  • Kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini
  • Anda tidak perlu tinggal lama di hospital
  • Kurang ubat penahan sakit diperlukan

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.

Sumber : babycenter



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Friday, November 17, 2017

Untuk Suami Isteri Yang Berusaha Hamil, Ini Doa Untuk Mendapatkan Zuriat







Khasiat dan Kaifiat Beramal

Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah s.w.t., digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiyamulail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Thursday, November 2, 2017

Untuk Suami Isteri : Empat Buah-Buahan Tropika Yang Membantu Kesuburan Anda



Buah-buahan tropika seperti mangga, betik, jambu dan nanas adalah sumber yang kaya antioksidan, vitamin, mineral dan fitonutrien untuk kesuburan lelaki dan wanita. Ini penting untuk kesuburan kerana ia membantu mengekalkan keseimbangan hormon dan keseimbangan asid alkali.


Antioksidan, vitamin, mineral dan fitonutrien diperlukan untuk kesihatan telur dan sperma, ovulasi dan ketebalan lapisan endometrium yang sihat, penghasilan sel darah merah, mengekalkan kesihatan tulang, serta pertumbuhan dan perkembangan janin. Buah-buahan tropika yang berkhasiat adalah seperti berikut :

Mangga
Mangga kaya dengan karotenoid, antioksidan dan nutrien termasuk vitamin C, copper, Vitamin B (termasuk vitamin B6 yang penting untuk kitaran haid yang sihat), tiamin, riboflavin, niasin, asid folik, vitamin E, kalium dan magnesium. Mangga juga merupakan sumber yang baik untuk kedua-dua serat larut dan tak larut

Betik
Betik adalah sumber antioksidan yang sangat baik untuk melindungi sel telur dan sperma, karoten (vitamin A), vitamin C, asid folik, kalium dan serat makanan. Ia juga merupakan sumber Vitamin E yang membantu melindungi DNA sperma dan telur. Selain itu, betik adalah buah indeks glisemik rendah untuk menyokong tahap insulin yang sihat.

Betik mengandungi enzim papain yang bertindak sebagai penahan sakit, antikoagulan darah, dan agen anti-radang yang membantu meringankan senggugut.

Jambu batu
Jambu batu luar biasa kaya dengan vitamin C, lycopene dan antioksidan. Kaya dengan manganese yang membantu tubuh menyerap nutrien penting lain dari makanan yang kita makan.

Jambu batu juga mengandungi folat, vitamin B3, vitamin B6, vitamin A dan magnesium yang semuanya membantu menggalakkan kesuburan. Ia kaya dengan serat yang bermanfaat untuk sistem pencernaan yang sihat

Nanas
Nanas dipenuhi dengan vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Ia kaya dengan manganese yang membantu tubuh menyerap nutrien penting dari makanan yang kita makan, menghasilkan tenaga dan fungsi antioksidan yang sihat.

Satu hingga dua keping nanas dimakan setiap hari selepas ovulasi hingga haid seterusnya boleh menyokong implanasi. Nanas elok dimakan segar dan ketika suhu bilik.

Elakkan mengambil nanas sebelum ovulasi. Keasidan buah ini boleh menyebabkan lendir serviks anda tidak mesra terhadap sperma. Anda juga perlu mengelakkan bromelain sebaik sahaja anda mendapat ujian kehamilan yang positif






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Wednesday, November 1, 2017

Untuk Isteri : Tanda Keguguran Pada Trimester Pertama

petua senang hamil
Sumber : healthsciencedegree.info

Ini adalah topik yang agak menyedihkan, namun adalah baik untuk mengetahuinya jika anda bimbang bahawa anda mengalami keguguran.


Apa yang menyebabkan keguguran?

Terdapat beberapa sebab yang berbeza berkaitan keguguran. Ia boleh jadi pengaruh luar yang benar-benar memberi kesan pada bayi. Ini boleh menjadi perkara-perkara seperti kemalangan kereta yang teruk, berlebihan ubat bukan preskripsi atau dadah haram, dan minuman beralkohol yang berlebihan.

Sebab lain ialah ovum yang rosak di mana embrio tidak berkembang di peringkat awal kehamilan. Ini biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima minggu pertama kehamilan. Mungkin juga disebabkan kecacatan ovum, beberapa penyakit, kehamilan kimia, dan serviks yang tidak kompeten (weakened cervix)

Tanda Keguguran Pada Trimester Pertama

Berikut adalah tanda-tanda anda mungkin mengalami keguguran pada trimester pertama. Jika anda mengalami mana-mana tanda, hubungi doktor anda dengan segera.

  • Pendarahan berlebihan sehingga penuh darah pada pad dalam masa kurang daripada tiga hingga empat jam.
  • Sakit belakang dan kadang-kadang ini diikuti dengan pendarahan dari rahim.
  • Kekejangan abdomen yang menyebabkan sukar untuk berjalan atau meneruskan aktiviti harian biasa.
  • Kehilangan gejala kehamilan. Ini bermakna jika anda mengalami loya dan sakit payudara sebelum ini dan gejala itu berhenti pada masa yang sama.
  • Keluar darah beku. Jika darah beku anda adalah saiz duit syiling, maka anda perlu hubungi doktor dengan segera. Beliau mungkin mahu melihat darah beku. Biasanya darah beku akan kelihatan merah gelap



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.