Senang Hamil: kesuburan suami
Showing posts with label kesuburan suami. Show all posts
Showing posts with label kesuburan suami. Show all posts

Saturday, April 14, 2018

Khas Untuk Para Suami, Ini Tips Kesuburan Untuk Anda




“You are what you eat”. Apa yang suami makan sebelum isterinya hamil sebenarnya adalah sangat penting, terutama jika dia mengalami masalah kesuburan. Kajian yang diterbitkan oleh Fertility and Sterility, 11/10/2011 menunjukkan lelaki yang mengamalkan makanan lebih sihat setiap hari mempunyai kesihatan sperma lebih baik berbanding lelaki yang mempunyai diet dan gaya hidup tidak sihat.



Berikut adalah beberapa tips diet kesuburan untuk suami. Ia akan membantu mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk kesuburan lelaki 

Makan makanan organik - Racun perosak menjadi salah satu sebab utama terjadinya penurunan kesuburan pada lelaki. Ia meniru estrogen di dalam badan yang boleh menyebabkan testosteron berkurangan. Tahap testosteron yang sihat diperlukan untuk pengeluaran sperma.

Elakkan soya – soya  juga boleh meniru estrogen. Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh Harvard School for Public Health di Boston bahawa lelaki yang makan hanya setengah hidangan soya setiap hari mengalami penurunan 40% dalam pengeluaran sperma. Baca sini untuk lebih lanjut

Minum segelas smoothie setiap hari  - smoothie kesuburan mengandungi banyak antioksidan, vitamin dan mineral yang mudah dimakan dan dicerna. Ia boleh diambil oleh kedua-dua lelaki dan wanita dan sangat berguna untuk lelaki yang ingin meningkatkan kualiti sperma (DNA, morfologi, jumlah dan motiliti) dan bagi wanita yang ingin meningkatkan kualiti telur dan menyokong ovulasi sihat. Baca sini untuk lebih lanjut

Makan sayur hijau gelap setiap hari - Sayuran berdaun gelap seperti brokoli, kale, dan bayam penuh dengan nutrisi yang baik untuk kesuburan.

Minum cukup air - Lelaki yang dehidrasi pula boleh membawa kepada kekurangan pengeluaran air mani dan / atau jumlah sperma yang lebih rendah. Air mani ialah cecair yang mengandungi spermatozoa. Cecair ini melindungi dan menyuburkan sperma dan mengangkut mereka semasa ejakulasi supaya mereka dapat sampai ke telur wanita

Kurangkan produk tenusu - Susu bukan organik mengandungi hormon (kebanyakannya estrogen) boleh memberi kesan negatif ke atas tahap testosteron

Selamat meningkatkan kesuburan!




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.

Thursday, April 13, 2017

Tanda-Tanda Suami Mengalami Masalah Ketidaksuburan



Ketidaksuburan adalah satu masalah yang meluas. Kira-kira satu dalam lima pasangan yang mempunyai masalah kesuburan adalah daripada pihak suami

Tanda ketidaksuburan pada lelaki

• Perubahan dalam keinginan seks
• Sakit atau bengkak pada buah zakar
• Masalah dengan ereksi dan ejakulasi
• Buah zakar kecil

Dalam kebanyakan kes, tiada tanda-tanda jelas masalah ketidaksuburan suami. Hubungan kelamin, ereksi dan ejakulasi biasanya akan berlaku tanpa masalah. Kuantiti dan penampilan daripada ejakulasi air mani biasanya kelihatan normal dengan mata kasar. Analisis sperma boleh dilakukan untuk memeriksa kiraan sperma seorang lelaki dan kesihatan keseluruhan sperma.

Alamat untuk analisis sperm : KLIK SINI

Jika anda berumur bawah 35 tahun dan telah cuba untuk hamil selama setahun tetapi tidak berjaya, berjumpalah doktor anda. Wanita berumur 35 ke atas perlu berjumpa doktor selepas enam bulan mencuba dan masih gagal hamil.







.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.


Thursday, January 5, 2017

Berjaya Hamil - Masalah Cyst Dan Masalah Suami - 1 DaraAyu dan 1 Selenium






Assalamualaikum.. pn safra, sy nk bg tahu berita gembira ni.. sy dh pregnent 😊😊
Baru cek pg td
Alhamdulillah.. 4 hari lewat dh.. ingt nk period dh sbb sakit pinggang..
Terima kasih puan, kenal kn sy dara ayu & selenium untuk suami
Semoga puan d murah kan rezeki amin...
😘😘
Aah, tp x smpai sbtol pn.. baru 3 mnggu mkn
Alhamdulillah..
☺
Terima kasih
Sy ade cyst kt 2 2 ovari.. penah gugur bulan 5 hari tu mase kandungn 2 bulan




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Tuesday, September 20, 2016

Menarik! Teknik Untuk Suami Meningkatkan Kesuburan


Lelaki juga boleh mengalami masalah ketidaksuburan. Malah masalah ketidaksuburan lelaki boleh menjadi satu satunya masalah isteri yang masih gagal hamil.

Untuk berjaya hamil, sperma lelaki mesti bergabung dengan telur isteri. Buah zakar membuat dan menyimpan sperma yang dipancarkan oleh zakar untuk masuk ke dalam saluran pembiakan wanita ketika melakukan hubungan seksual.

Isu paling biasa yang menyebabkan ketidaksuburan lelaki adalah masalah yang berkaitan buah zakar. Masalah lain adalah ketidakseimbangan hormon atau terdapat masalah tersumbat dalam organ pembiakan lelaki.

Apabila seorang lelaki tidak menghasilkan sperma, ia dipanggil azoospermia. Ketidakseimbangan hormon atau masalah tersumbat boleh menyebabkan azoospermia.

Dalam beberapa kes ketidaksuburan lelaki yang menghasilkan kurang sperma daripada biasa dipanggil oligospermia. Punca yang paling biasa oligospermia adalah varicocele.

Varicocele merupakan pembesaran urat dalam skrotum dan urat ini mengganggu aliran darah di dalam buah zakar dan menyebabkan peningkatan suhu seterusnya memberi kesan negatif pada pengeluaran sperma. Kira-kira 40% lelaki dengan masalah kesuburan mengalami situasi ini

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Mulcahy JJ (1984), lima puluh orang lelaki dengan oligospermia atau kurang motiliti sperma diuji dengan penyejukan buah zakar dengan meletakkan pek ais pada skrotum pada waktu malam. Kepadatan sperma dan motilitinya dibandingkan sebelum dan selepas rawatan. Sekurang-kurangnya peningkatan 2 kali ganda dalam kepadatan sperma dan peningkatan dalam motilitinya.


Jadi mungkin ini masanya untuk lelaki yang mengalami masalah ketidaksuburan meletakkan pek ais di skrotum. Anda boleh tonton video di bawah untuk lebih jelas mengenai teknik menarik ini




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
- Masalah Sukar Hamil

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Thursday, August 11, 2016

Khas Untuk Suami : Ini Penting Dalam Usaha Mendapatkan Zuriat


Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh Harvard School for Public Health di Boston bahawa lelaki yang makan hanya setengah hidangan soya setiap hari mengalami penurunan 40% dalam pengeluaran sperma. Perkara ini boleh memberi kesan yang amat buruk kepada lelaki yang memang mempunyai masalah dengan kekurangan sperma.

Jadi, apa masalahnya dengan soya? Ia mengandungi isoflavins yang phytoestrogens, atau bahan-bahan seperti estrogen yang boleh mengelirukan badan. Inilah yang menyebabkan penurunan dalam pengeluaran sperma dan juga menjejaskan kualitinya.

Kajian Harvard itu menunjukkan bahawa lelaki yang makan hanya setengah hidangan soya hanya mengeluarkan 65 juta sperma dalam air mani mereka, berbanding lelaki yang tidak memakan soya yang puratanya 120 juta sperma setiap sampel. Ia adalah suatu penurunan mendadak  yang tidak boleh diabaikan. Namun begitu 65 juta sperma sudah cukup untuk menghamilkan isteri. Tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang memang mempunyai masalah kurang sperma? Dengan pengurangan  pengeluaran sperma sebanyak  40-50% lagi boleh membuat mereka sama sekali tidak subur.

Soya tersembunyi di banyak makanan kita tanpa kita sedari. Sebagai contoh serbuk protein, roti, bar protein dan banyak lagi mengandungi soya. Minum hanya beberapa auns minuman berasaskan soya setiap hari boleh memberi kesan buruk kepada jumlah sperma

Bagi mereka yang telah cuba untuk hamil namun masih tidak berjaya, periksa makanan anda. Berita baik adalah soya tidak menyebabkan apa-apa kerosakan tetap terhadap kesuburan. Dengan tidak mengambil soya, anda boleh meningkatkan tahap sperma dan kesuburan anda dalam masa beberapa bulan.






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Thursday, August 4, 2016

Mengapa Hadapi Masalah Sukar Hamil? Jom Semak!


Senarai semak di bawah terdiri daripada empat senarai semak iaitu :

Senarai Semak #1: Kesuburan Isteri

Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan berikut:
  1. Adakah anda menghadapi masalah haid tidak teratur, kitar haid kurang daripada 21 hari atau lebih daripada 34 hari?
  2. Adakah anda mengalami ‘bleeding’ di antara dua haid?
  3. Adakah anda berlebihan berat badan dengan BMI lebih daripada 25?
  4. Adakah anda kekurangan berat badan dengan BMI di bawah 18.5?
  5. Adakah anda bersenam secara berlebihan?
  6. Adakah anda menjalani rawatan untuk kanser?
  7. Adakah anda sedang dirawat untuk masalah tekanan?
  8. Adakah anda mempunyai diabetes?
  9. Pernahkah anda mempunyai masalah tiroid?
  10. Adakah anda berhenti haid?


Senarai Semak #2: Kesuburan Suami

Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan berikut:
  1. Adakah anda pernah menjalani pembedahan buah zakar?
  2. Adakah anda mempunyai hernia?
  3. Adakah terdapat darah dalam air mani anda?
  4. Adakah anda mempunyai beguk?
  5. Adakah anda mengalami kecederaan kepada buah zakar?
  6. Adakah anda mempunyai ahli keluarga dengan cystic fibrosis?
  7. Adakah anda menjalani vasektomi?
  8. Adakah anda berlebihan berat badan dengan BMI lebih 25?
  9. Adakah anda mengambil ubat untuk ulser peptik?
  10. Adakah anda mempunyai diabetes?

Senarai Semak #3: Berusaha hamil

Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan berikut:

  1. Adakah anda bersetubuh kurang daripada dua kali seminggu?
  2. Adakah anda mempunyai masalah dengan persetubuhan?
  3. Adakah anda mengalami kesakitan semasa melakukan hubungan?
  4. Adakah pasangan anda mempunyai masalah dengan ereksi?
  5. Adakah pasangan anda mengalami ejakulasi pramatang?
  6. Adakah anda mempunyai penyakit keradangan pelvik?
  7. Adakah anda menjalani pembedahan di abdomen contohnya appendix?
  8. Adakah anda mengalami keputihan?
  9. Adakah anda pernah mempunyai kehamilan ektopik?
Pastikan anda berhubungan pada masa yang betul iaitu apabila subur


Senarai Semak #4: Masalah kesuburan suami dan isteri

Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan berikut:

  1. Adakah anda makan makanan yang sihat?
  2. Adakah anda merokok atau minum alkohol yang berlebihan?
  3. Adakah anda telah terdedah kepada bahaya alam sekitar?
  4. Pernahkah anda cuba untuk hamil sebelum ini dan tidak berjaya?
  5. Adakah anda di bawah tekanan yang berat?
  6. Adakah anda minum kafein berlebihan?
  7. Adakah anda mengambil ubat-ubatan?
  8. Adakah anda mengambil dadah?
  9. Adakah anda mempunyai sejarah masalah genetik?

Jika anda menjawab "ya" kepada satu atau lebih daripada soalan-soalan di atas, anda perlu berbincang dengan doktor.



Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Monday, April 25, 2016

Sperma Meningkat Dari 5 Juta Kepada 64 Juta


Harga utk set ini berapa puan,
Haritu amek utk lelaki, dah chech kt hspital, penambahan air mani lelaki berkesan .
Dari 5mil naik sehingga 64mil.




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.


Friday, April 8, 2016

Berjaya Hamil - Masalah Haid - 2 DaraAyu 2 Selenium

sumber : elephanteats.com
Salam puan
Alhmdulillah sy test pg tadi naik 2 line 
😍

Sy tak pasti brapa hri sbb haid mmg tak tratur
Kjap awal kjap lwat


Aa puan. Ni pun stahun lbih usaha ank ke 2
Tq puan sbb knalkan daraayu 
👍👍
Tq amin


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.


Thursday, April 7, 2016

Berjaya Hamil - Kitar Haid Pendek - 1 DaraAyu dan 1 Selenium





Salam sis...sy nk tnye sis..
Sy bru je habis sebotol mkn dara anggun (daraayu) sis
Sy igt nk repeat order lg
Sis,pg ni..sy try buat upt test
Sis...kalau cmni...result upt tu...sy hamil ke sis?

Sy takut sy slh...bru 1st time...😁
Alhamdulillah...sb sy xconfident mane...sb takut slh
Bln lps due period 8hb
Bln 2 12hb period sy
Sy agk bln ni...lg awal...tp,xperiod2...


Sis...kalau hamil,bole mkn lg x dara anggun (daraayu)?
Hihihi...silap
Owh...okey sis..
Kalau daraayu saje brp ye sis?


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.


Tuesday, March 29, 2016

Sebab Perlunya Pengambilan Air Yang Cukup Untuk Kesuburan



Selain oksigen, air penting untuk hidup dan ditemui di dalam semua sel kita. Sel-sel kita juga dikelilingi oleh cecair extracellular yang bertindak sebagai sistem komunikasi untuk memberi isyarat molekul. Semua tindak balas biokimia yang melibatkan air.

Lelaki dewasa terdiri daripada kira-kira 60% air dan wanita pula adalah sekitar 55%. Badan kehilangan air melalui perpeluhan, buang air kecil, buang air besar dan pernafasan.

Kita mendapatkan air dari makanan terutamanya dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia menyumbang kira-kira 20% daripada pengambilan air seharian. Berhati-hati kerana banyak makanan moden yang diproses dengan kandungan cecair yang minimum.


Air membantu untuk mengepam keluar toksin dari badan. Pengumpulan pelbagai bahan-bahan toksik, bahan kimia dan lain-lain boleh menyumbang ke arah ketidakseimbangan hormon atau secara langsung memberi kesan kepada sperma dan telur. Dehidrasi membawa kepada pemekatan darah dan peredaran yang lembap seterusnya mengganggu kawasan pelvis dan organ-organ pembiakan.

Wanita yang dehidrasi boleh mengalami kekurangan lendir subur. Pengambilan air yang mencukupi membantu meningkatkan kualiti dan jumlah lendir ini. Lendir subur yang sihat penting untuk berjaya hamil kerana ia melindungi sperma dan membantu perjalanan mereka ke arah telur. Ia juga membantu sperma untuk terus hidup untuk beberapa hari di dalam badan wanita.

Lelaki yang dehidrasi pula boleh membawa kepada kekurangan pengeluaran air mani dan / atau jumlah sperma yang lebih rendah. Air mani ialah cecair yang mengandungi spermatozoa. Cecair ini melindungi dan menyuburkan sperma dan mengangkut mereka semasa ejakulasi supaya mereka dapat sampai ke telur wanita.

Antara tanda-tanda dehidrasi termasuk :
  • Lebih dahaga daripada biasa
  • Mulut dan / atau lidah kering
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Pengeluaran air kencing berkurangan
  • Air kencing berwarna gelap dan / atau bau lebih kuat daripada biasa
  • Jangkitan saluran kencing
  • Sembelit
  • Kulit kering
  • Tekanan darah rendah
  • Pening atau pengsan apabila berdiri
  • Kekeliruan dan / atau cepat marah






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Thursday, March 10, 2016

Pengganggu Kesuburan Lelaki Dan Wanita Tanpa Disedari


Apabila anda mengalami kesukaran untuk berjaya hamil,  ini masanya untuk melihat setiap aspek kehidupan termasuklah produk penjagaan kulit yang anda gunakan.


Hampir setiap wanita mempunyai losyen dan krim yang direka untuk menghapus kedutan, garis-garis halus, untuk kulit gebu dan licin. Walaupun anda tidak bimbang mengenai penuaan lagi, mungkin terdapat produk kebersihan di dalam bilik mandi anda seperti sabun, syampu dan produk penjagaan rambut yang lain.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam beberapa jurnal perubatan dan dijalankan di institusi berprestij seperti Harvard dan UCLA, banyak bahan yang terdapat dalam produk kebersihan kulit seharian mengandungi kandungan kimia perfluorinated yang tinggi, yang lebih dikenali sebagai PFC.

PFC boleh menyebabkan pelbagai isu-isu ketidaksuburan. Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik Chunyuan Fei di UCLA dan diterbitkan dalam Human Reproduction, menyatakan bahawa wanita yang mempunyai tahap PFC yang lebih tinggi daripada biasa berisiko 60-154% lebih tinggi mengalami masalah ketidaksuburan daripada mereka yang tidak.

60% daripada bahan-bahan yang kita sapu di kulit diserap ke dalam aliran darah dan membolehkan ia menyerap vitamin dan mineral, juga menyerap bahan kimia berbahaya

Bahan kimia dalam sabun boleh mengganggu hormon, menggalakkan alahan, membawa kepada isu-isu ketidakesuburan dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser. Dengan kesan sampingan yang serius seperti ini, kita perlu mengambil berat apa yang kita gunakan pada kulit.

Berikut adalah empat bahan kimia yang kita perlu berhati-hati apabila membeli
  • Wangian:  "Fragrance" sebenarnya boleh menjadi campuran bahan kimia. Syarikat-syarikat pengeluar tidak perlu mendedahkan pecahan bahan-bahan wangian kepada pengguna kerana bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan wangian dianggap "rahsia perdagangan." Pendedahan berterusan kepada wangian telah terbukti memberi kesan negatif kepada sistem saraf pusat dan boleh mencetuskan alahan, migrain dan gejala asma.
  • Parabens. Bahan-bahan ini adalah mimik estrogen. Apabila digunakan pada kulit, mereka masuk ke dalam aliran darah dan berlaku ketidakseimbangan estrogen. Ini boleh mengurangkan jisim otot, meningkatkan deposit lemak, menyebabkan baligh yang awal dan menyebabkan masalah pembiakan dalam kedua-dua lelaki dan wanita.
  • Sulfat. Bahan kimia ini digunakan untuk menghasilkan buih sabun contohnya SLS (sodium lauryl sulfat) dan SLES (Sodium Laureth Sulfate). Sulfat boleh meningkatkan penembusan permukaan kulit. Ia juga adalah perengsa bagi orang-orang yang mempunyai masalah kulit sensitif atau ekzema.
  • Triclosan. Kimia ini adalah yang paling sering dijumpai dalam sabun anti-bakteria. Ia mewujudkan dioksin iaitu karsinogen. Dioksin menyebabkan gangguan pada sistem endokrin dan memberikan kesan negatif terhadap fungsi tiroid.

Bagi pasangan yang sedang berusaha hamil, berhati-hati tentang produk yang anda beli. Gunakan produk yang mengandungi bahan-bahan semula jadi. Baca label. Kebanyakan produk semulajadi yang dijual perlu disimpan dalam peti sejuk, atau datang dalam botol gelap dan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek daripada produk yang sarat bahan kimia





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.