Senang Hamil: ibu hamil
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

Saturday, March 5, 2016

Cara Menarik Untuk Mengetahui Jantina Bayi Seawal 6 Minggu Kehamilan

Sumber : www.thegenderexperts.com
Ramai pasangan suami isteri yang tidak sabar untuk mengetahui jantina anak yang dikandung isteri sama ada anak lelaki atau perempuan. Anda boleh mengetahui jantina anak dengan melakukan ultrasound di pertengahan kehamilan, biasanya dilakukan antara 18-20 minggu kehamilan.  

Ada pasangan yang dapat mengetahui jantina dengan lebih awal melalui ujian. Ujian ini selalunya dibuat pada mereka yang risau dengan masalah genetik seperti ujian chorionic villus sampling (CVS) dan amniocentesis (amnio).

Namun sekarang anda boleh mengetahui jantina dengan lebih awal dan lebih senang. Kaedah baru ini digelar Kaedah Ramzi. Kaedah ini menentukan jika anda mempunyai anak lelaki atau perempuan seawal enam minggu kehamilan.

Kaedah Ramzi adalah penyelidikan yang dilakukan oleh Dr. Saad Ramzi Ismail. Lebih daripada 5,000 janin telah diimbas untuk mengetahui lokasi plasenta. Imbasan dilakukan dalam tempoh sepuluh tahun di Kanada.

Pada trimester pertama di enam minggu kehamilan, 22% daripada ibu-ibu ini melalui ultrasound transvaginal dan 78% daripada ibu-ibu memilih untuk mempunyai ultrasound transabdominal biasa. Dari ultrasound ini, umur kandungan dikira dan posisi plasenta dikenalpasti. Ibu-ibu tersebut kembali antara minggu 18-20 dan telah mengimbas semula menggunakan ultrasound abdomen. 99% daripada jantina janin telah disahkan pada ketika ini dan 100% daripada hasil disahkan ketika lahir. Kajian ini tidak termasuk kembar, kehamilan luar rahim, dan komplikasi lain.

Dalam menggunakan data ini, Dr. Ramzi Ismail membuat kesimpulan bahawa di enam minggu kehamilan, 97.2% daripada janin lelaki mempunyai plasenta di sebelah kanan rahim dan 97.5% daripada janin perempuan mempunyai plasenta pada sebelah kiri rahim.

Kelebihan terbesar cara ini ialah penggunaan ultrasound 2D tidak menimbulkan risiko. Ia juga memberi keputusan yang segera dan mengelakkan masa menunggu untuk mengetahui jantina bayi.

Walaupun kaedah ini tidak digunakan secara meluas pada masa ini, anda yang ingin mengetahui jantina bayi boleh mencuba kaedah ini juga. Anda boleh bertanya doktor yang melakukan ultrasound sama ada plasenta di sebelah kanan atau kiri.





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Thursday, March 3, 2016

Bila 'Baby Bump' Mula Jelas Kelihatan Di Kalangan Ibu Hamil?

Sumber : presidentmommy.com
Setiap wanita adalah berbeza.

Jika anda pertama kali hamil, ‘baby bump’ boleh mula kelihatan antara 12 ke 16 minggu kehamilan. Tetapi jika ini bukan kehamilan pertama, ia mungkin mula muncul lebih awal. Ini kerana otot rahim dan perut telah regang dari kehamilan terakhir.

Pada peringkat awal kehamilan, rahim berbentuk seperti buah pir. Selama 12 minggu pertama kehamilan, ia beransur-ansur menjadi lebih bulat sehingga ia sebesar limau gedang iaitu ketika ‘baby bump’ mula kelihatan. Pada kehamilan 16 minggu, rahim mengalami regangan dan ketika ini ‘baby bump’ betul-betul muncul.


Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kemunculan ‘baby bump’
  • Umur boleh mempengaruhi bila anda mula kelihatan hamil. Ibu-ibu yang lebih tua mula menunjukkan ‘baby bump’ lebih awal daripada ibu-ibu muda. Ini kerana wanita yang lebih muda mempunyai otot perut yang lebih kukuh
  • Keturunan - Tanya ibu, kakak atau saudara-saudara perempuan lain di sebelah ibu bila ‘baby bump’ mereka muncul .
  • Saiz anda juga boleh memainkan peranan dalam kemunculan ‘baby bump’. Jika anda berlebih berat badan terutama di kawasan perut, ‘baby bump’ boleh tersembunyi di peringkat awal kehamilan. Tetapi apabila bayi mula membesar, anda juga akan alami kemunculan ‘baby bump’

Jika ‘baby bump’ muncul lebih cepat daripada yang dijangkakan, ia boleh disebabkan oleh:
  • Pengumpulan air dalam badan
  • Kembung
  • Sembelit
  • Hamil kembar

Jika ‘baby bump’ muncul lewat daripada yang dijangkakan, jangan risau. Anda mungkin mempunyai rahim retroverted. Ini bermakna rahim condong lebih ke belakang. Kira-kira 15 peratus wanita mempunyai rahim retroverted. Ia tidak mempengaruhi perkembangan bayi anda. 





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Wednesday, January 13, 2016

Mitos Masyarakat Mengenai Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan


Terdapat banyak mitos dalam setiap masyarakat mengenai bagaimana untuk mengetahui samada anda mengandungkan anak lelaki atau perempuan.

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit anda menjadi kering
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau "dada"
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.



Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "mama"

sumber : babycenter.com.my




.....................
Ada Kawan Yang Masih Gagal Hamil?


------------------------------------
Whatsapp Masalahnya Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Kawan Anda Mempunya Zuriat!!!


. 

Tuesday, January 12, 2016

Ibu Hamil, Elakkan Makanan Ini Sepanjang Kehamilan Anda


Telur separuh masak atau telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella, oleh itu lebih baik jika anda mengelak dari memakannya semasa hamil. Ini kerana, ketika hamil, sistem imun anda berubah di mana tugas utamanya kini ialah melindungi bayi dalam kandungan. Ini bermakna, anda lebih mudah mengalami keracunan makanan daripada bakteria salmonella. 


Keracunan salmonella tidak membahayakan bayi anda secara langsung, tetapi ia boleh membuatkan keadaan lebih teruk apabila anda hamil dan menyebabkan:
  • Muntah dan cirit-birit yang teruk;
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Suhu badan tinggi
Untuk mengurangkan risiko mendapat salmonella, masaklah telur sehingga kedua-dua bahagian kuning dan putihnya keras. 


Semasa hamil, ikutilah panduan berikut untuk memasak telur:
  • Rebus telur bersaiz sederhana selama sekurang-kurangnya tujuh minit.
  • Goreng telur pada bahagian atas dan bawah
Jika anda makan di luar atau tapau daripada kafe, kedai kek atau bakeri, elakkan daripada membeli sorbet, meringue, mousse, mayonis atau pencuci mulut seperti tiramisu. Makanan tersebut biasanya mengandungi telur mentah. Mayonis dalam botol seperti yang biasa didapati di pasaraya biasanya dibuat daripada telur yang dipasteurkan, oleh itu ia selamat dimakan. Periksalah labelnya jika anda tidak pasti.

sumber : babycenter.com.my




....................

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.

Monday, January 11, 2016

Tanda-Tanda Anda Menghampiri Waktu Bersalin

sumber : www.huggies.com.au
Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. 

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi

Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.

Tanda-tanda hendak bersalin termasuk:
  • Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
  • Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
  • Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
  • Pembuangan najis lebih mudah

sumber : babycenter.com


....................

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.

Wednesday, January 6, 2016

Corak Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Dari Minggu 20 Sehingga Minggu 40


Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.


Pada minggu ke-32
Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

Mulai kira-kira minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda. 

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin. 

Dari minggu ke-36 hingga ke-40 
Badan bayi kini  lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula! 

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang. Sebaliknya, anda mungkin akan rasa tendangan kuat dari dalam rangka rusuk anda pada sebelah bahagian. Pergerakan yang semakin berkurangan ini adalah perkara biasa, tetapi jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor anda.

Mulai sekarang, bayi anda sudah tetap pada posisinya dalam pelvis anda dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Anda mungkin rasa kepalanya seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis anda. Jika bayi anda tidak berada dalam posisi kepala di bawah, baca lebih lanjut tentang bagaimana meletakkan bayi ke posisi terbaik untuk kelahiran.

Ada masanya bayi akan tidur dan ada masanya dia sangat aktif. Dia mungkin aktif menjelang waktu malam ketika anda baru berbaring untuk tidur. Corak aktiviti ini mungkin akan berterusan sehingga usia bayi tiga minggu, iaitu sehingga dia dapat membezakan di antara malam dan siang.

Sumber : babycenter.com




....................

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Tuesday, January 5, 2016

Ketahui Aktiviti Comel Bayi Dalam Kandungan Anda

Sumber : www.thesun.co.uk
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.


Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:
  • Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
  • Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
  • Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
  • Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
  • Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.


Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.


Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa kerana ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. 

Sumber : babycentre.com



....................

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Friday, December 18, 2015

Cara Kira EDD - Tarikh Jangkaan Bersalin

sumber : www.locallyhealthy.co.uk

Sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil, salah satu soalan yang mungkin ditanya ialah bilakah tarikh bersalin. Oleh kerana tarikh tepat persenyawaan ovum dan sperma jarang diketahui, anda boleh mengira tarikh bersalin berdasarkan tarikh hari pertama haid terakhir anda. 

Kaedah ini paling sesuai untuk wanita yang kitaran haid sekitar 28 hari. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut hanyalah anggaran bila bersalin. Hanya kira-kira 5% bayi lahir pada tarikh anggaran tersebut

Cara Pertama
Tambah 40 minggu dari tarikh hari pertama haid terakhir anda. Kehamilan biasanya mengambil masa 9 bulan, 40 minggu, atau 280 hari

Contoh haid bermula 15 Nov 2015 sehingga 21 Nov 2015.
Tambah 40 minggu dari 15 Nov 2015 menjadikan 21 Ogos 2016 tarikh jangkaan bersalin

Cara Kedua
Gunakan Naegele's rule. Caranya  lebih mudah dengan :
Ambil hari pertama haid terakhir anda, tolak ke belakang 3 bulan dan tambah 7 hari

Contoh
Hari pertama haid 15 Nov 2015
Tolak 3 bulan ke belakang menjadikan 15 Ogos
Tambah 7 hari menjadikan 22 Ogos 2016 tarikh jangkaan bersalin

Secara alternatif, untuk mendapatkan keputusan yang sama, anda boleh ambil hari pertama haid terakhir anda, tambah 1 minggu, dan tambah 9 bulan

Cara Ketiga
Jika anda tahu tarikh ovulasi, tambah 266 hari untuk menentukan anggaran kasar.

Cara Keempat
Guna kalkulator online di http://www.babycenter.com/pregnancy-due-date-calculator. Hanya masukkan tarikh hari pertama haid terakhir dan tekan’calculate’

Jika anda tidak ingat tarikh hari pertama haid terakhir anda atau mempunyai haid yang tidak teratur, ia boleh menjadi sukar untuk menentukan tarikh jangkaan bersalin. Anda boleh berjumpa doktor untuk menentukan usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin.

Kehamilan normal boleh berlangsung sekitar 38-42 minggu. Anggaran 40 minggu hanya purata masa kehamilan. Tarikh jangkaan bersalin mungkin berubah jika anda hamil kembar.






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Thursday, September 10, 2015

Cara Elak Sembelit Semasa Hamil

Sumber : www.momjunction.com
Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk. 


Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga. 

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu: 
  • Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman
  • Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin
  • Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu
  • BersenamBerjalanberenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.
Jika anda mengambil suplemen pranatal yang mengandungi zat besi, tanyalah doktor jika ada pilihan lain. 

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda. 

Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin

Sumber : babycenter.com



....................

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.