sumber : |
Peredaran darah adalah kunci
untuk sel-sel badan mendapat nutrien dan oksigen dan mengeluarkan bahan buangan
yang tidak diperlukan. Jika ia tidak berlaku, kesihatan dan fungsi sel-sel
tidak akan optimum.
Fasa luteal (selepas ovulasi)
adalah fasa berciri kehangatan dan menggalakkan pergerakan darah serta
merangsang implantasi. Pada masa ini progesteron di tahap paling tinggi yang
meningkatkan suhu badan sebagai persediaan untuk embrio yang disenyawakan.
Tenaga dan peredaran darah ke
rahim yang lemah boleh menyebabkan ia tidak mendapat nutrien yang mencukupi.
Anda mungkin mempunyai masalah peredaran darah ke rahim jika mengalami
gejala-gejala ini :
- Tangan dan kaki sejuk
- Kawasan-kawasan yang sejuk apabila disentuh, seperti perut, pinggul atau belakang
- Tiroid yang kurang aktif
- Suhu basal badan rendah (suhu semasa baru bangun tidur, sebelum berbuat apa apa)
- Fasa luteal pendek
- Spotting sebelum keluar darah haid
- Tidak berovulasi atau lambat ovulasi
- Sista pada ovari
- Senggugut
- Kerap membuang air kecil, terutama pada waktu malam
- Penghadaman yang lemah
- Kerap gugur
Jika anda mengalami mana-mana gejala tersebut, antara usaha yang anda boleh lakukan untuk memanaskan rahim ialah :
Makan makanan yang ‘panas’
Elakkan makanan atau minuman yang sejuk atau makanan mentah untuk meningkatkan kesihatan reproduktif ketika cuba
untuk hamil dan semasa hamil. Makanan dan minuman ‘panas’ bermanfaat untuk meningkatkan peredaran darah sekitar abdomen dan organ
pembiakan. Sup, sayur-sayuran kukus, bubur, halia, kayu manis, buah pelaga dan
cili sangat baik diambil untuk memanaskan rahim yang sejuk
Sentiasa pakai stokin dan
selipar
Sentiasa pastikan kaki anda
hangat dan tidak berkaki ayam di atas lantai yang sejuk. Dalam ilmu perubatan
cina, saluran tenaga yang mencapai organ-organ pembiakan anda bermula pada kaki
(salah satu sebab refleksologi begitu berkesan)
Banyakkan bergerak
Edaran darah dirangsang oleh
pergerakan. Tahap aktiviti yang rendah boleh membawa kepada sekatan peredarannya. Berjalan
lebih laju, menaiki tangga dengan lebih bertenaga, bersenam,
bangun dan bergerak dari meja anda setiap 30 minit atau melakukan lompat
bintang untuk meningkatkan kadar degupan jantung anda
Mengurut
Anda boleh meningkatkan
peredaran darah ke rahim dengan cara mengurut. Cari bidan yang pakar dalam
urutan kesuburan atau anda boleh belajar untuk mengurut sendiri di rumah.
Meningkatkan aliran darah ke rahim mewujudkan persekitaran yang lebih subur
untuk embrio tumbuh dan ovari akan menerima lebih banyak nutrien dan oksigen
untuk kesihatan telur.
......................
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda