Senang Hamil: February 2014

Tuesday, February 11, 2014

Masalah Adalah Pembuka Jalan Baru

Sambil sambil tunggu budak sebelah ni tidur, saya baca buku. Ada 1 kisah menarik
Ada seorang lelaki baru sahaja dipecat dari kerjanya. Jadi dia pun pulang. Tapi dia takut nak berdepan dengan isterinya jadi dia berhenti di satu tiang sambil main main dengan 1 dawai. Dia duk pusing pusing dawai tu sampaila jadi klip kertas! Dia telah mereka cipta klip kertas yang kita guna sekarang!

Nampak x apa kebaikan masalah ini? Sebenarnya apa yang terjadi bukanlah disebabkan tuhan nak aniaya kita. Tapi sebab nak kita ada jalan baru yang jauh lebih baik daripada sekarang

Contohnya kita ada persaingan dalam perniagaan dan menyebabkan perniagaan kita sedikit jatuh. Tapi pada masa yang sama ada peluang baru utk servis baru di kedai itu contohnya servis pembayaran bil, di mana tiada lagi kedai lain yang buat.

Kerja pembayaran bil jauh lagi senang dan lagi lumayan berbanding perniagaan sebelum ini. Bukankah itu adalah masalah yang sudah bertukar peluang?

Cuma masalah yang bertukar peluang menjadi baik jika kita berfikiran baik. Fikir yang baik baik dan dapat result yang baik baik

Allah itu Maha Adil ^_^

Monday, February 10, 2014

Berminat Memiliki Pemikiran Positif?

Luangkan masa untuk membaca sekurang-kurangnya 1 muka surat buku buku yang boleh memberikan kita motivasi

Ilmu boleh membuka minda dan menjadikan kita lebih positif

^_^