Senang Hamil: Tip Senang Hamil Untuk Wanita Berlebihan Berat Badan

Monday, December 22, 2014

Tip Senang Hamil Untuk Wanita Berlebihan Berat Badan



Bagaimana Kegemukan Boleh Melambatkan Kehamilan?

Hal ini disebabkan kerana jaringan lemak mencetuskan pengeluaran hormon estrogen secara berlebihan yang akibatnya membuat hormon menjadi tidak seimbang. Hormon yang tidak seimbang inilah yang nantinya akan mengganggu kitaran ovulasi


Bagi anda yang mengalami kegemukan mungkin selalu mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Inilah salah satu kesan dari ketidakseimbangan hormon tadi. Tapi jangan bimbang, ini bukan bermakna wanita dengan berat badan berlebihan tidak boleh hamil. Anda harus optimis dan harus boleh menjadikan ini sebagai motivasi untuk berusaha hamil

Tips pertama yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan kehamilan adalah dengan menurunkan berat badan dan mengubah pola pemakanan yang salah. Kajian membuktikan penurunan 5-10% daripada berat badan boleh meningkatkan ovulasi spontan untuk kemungkinan kehamilan hingga 60% wanita dengan kelebihan berat badan

Untuk keadaan berat badan berlebihan ini, sangat saya anjurkan untuk melakukan usaha menurunkan berat badan dengan cara sihat. Cara yang sihat di sini maksudnya bukan dengan cara-cara segera yang akan menurunkan berat badan anda dengan drastik. Ingat, penurunan berat badan yang drastik boleh menyebabkan perubahan hormonal yang berpotensi mengganggu fungsi sel telur anda

Anda perlu menurunkan berat badan dengan kaedah yang sihat. Anda harus menjaga pola makan, pola rehat dan bersenam secara rutin. Perlu diingat bahawa faktor hormon sangat memainkan peranan dalam kesuburan wanita jadi anda perlu menurunkan berat badan anda secara beransur-ansur

Anda boleh memulakan diet dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat. Dalam hal ini yang paling penting adalah kurangkan hidangan nasi atau jenis karbohidrat, gula, roti, kentang serta makanan yang mengandungi tepung. Perbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan

Anda juga digalakkan untuk bersenam secara teratur contohnya berjalan kaki selama 30 minit setiap hari





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.