Senang Hamil: Perubahan Yang Dialami Ibu Hamil Semasa Trimester Pertama (1 ke 12 minggu)

Wednesday, April 29, 2015

Perubahan Yang Dialami Ibu Hamil Semasa Trimester Pertama (1 ke 12 minggu)

perubahan badan ibu, hamil, trimester pertama, 4 minggu kehamilan, 6 minggu kehamilan, 8 minggu kehamilan, 12 minggu kehamilan

Dari masa persenyawaan sperma dan telur sehingga masa yang anda bersalin, badan anda akan melalui beberapa perubahan besar. Ketahui apa yang apa perubahan yang akan anda alami minggu demi minggu di trimester pertama

Minggu 1
Jika anda cuba untuk hamil, buat perubahan untuk memastikan bahawa badan anda berada dalam keadaan yang terbaik untuk bayi yang akan tumbuh dan membesar seperti tidak meminum alkohol, merokok, dan apa-apa dadah yang tidak dibenarkan. Anda juga mungkin perlu menukar atau berhenti mengambil beberapa ubat-ubatan. Beritahu doktor anda bahawa anda cuba untuk hamil dan pastikan mana-mana ubat-ubatan yang anda gunakan adalah selamat

Minggu 2
Adakah sudah rasmi kehamilan anda? Tidak lagi. Selepas persenyawaan, ovari mula menaikkan pengeluaran progesterone iaitu hormon yang menyediakan rahim untuk zigot yang baru disenyawakan membenamkan diri dan akan tinggal di sana selama 38 minggu akan datang atau lebih

Minggu 3
Anda mungkin akan mengalami pendarahan faraj yang ringan apabila telur yang telah disenyawakan membenamkan diri ke dalam rahim. Pendarahan itu lebih ringan dan sikit daripada aliran haid biasa dan adalah salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan. Bagaimanapun, jika pendarahan banyak atau anda mengalami sakit perut, seperti rasa tikaman tajam dalam pelvis atau kekejangan walaupun ringan, gejala-gejala ini boleh menunjukkan satu kehamilan luar rahim walaupun ia jarang jarang berlaku. Ini berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat di tempat lain selain dinding rahim - biasanya dalam tiub fallopio. Baca mengenai tiub fallopio tersumbat di SINI

Minggu 4
Anda telah lewat haid anda dan ujian kehamilan positif - anda hamil! Jika payudara anda tidak sakit sekarang, kemungkinan akan mengalaminya dalam beberapa hari atau beberapa minggu lagi. Anda juga boleh mengalami deria rasa dan bau yang lebih ekstrem.

Minggu 5
Sekejap gembira kemudian sedih? Ini semua sebahagian daripada perubahan emosi yang biasa semasa hamil. Anda mungkin merasa gembira, tertekan, marah, dan sentimental, kadang-kadang pada jam yang sama. Kira-kira 10 hingga 12 peratus wanita akan mengalami kemurungan semasa hamil. Jika anda berasa tertekan selama lebih daripada dua minggu, berjumpalah doktor anda.

Minggu 6
Anda mungkin alami gejala trimester pertama seperti keletihan, loya, muntah-muntah, payudara sakit, sakit kepala dan sembelit. Badan anda sedang lakukan kerja-kerja yang kompleks dan kebanyakan gejala ini reda dalam beberapa minggu.

Minggu 7
Walaupun perut masih belum menunjukkan kehamilan lagi, anda mungkin perasan seluar mula menjadi ketat. Kulit anda juga mungkin akan melalui beberapa perubahan. Jika anda bernasib baik, anda akan kelihatan berseri.

Minggu 8
Minggu ini anda mungkin mengidam makanan tertentu. Namun pilihlah makanan yang sihat untuk anda dan bayi kerana ada ibu hamil yang mengidam kapur, pasir dan juga lumpur. Anda memerlukan lebih kalori tetapi tidak bermakna makan untuk dua orang. Anda hanya memerlukan kira-kira tambahan 300 kalori sehari (atau 600 jika anda hamil kembar) untuk perkembangan bayi.

Minggu 9
Anda mungkin merasa pening dan kerap membuang air kecil. Anda juga mungkin melihat urat membonjol pada tangan dan kaki

Minggu 10
Hormon hcg dan progesteron yang bertambah membuatkan kulit anda lebih berkilat dan licin. Jumlah darah yang meningkat membuatkan kulit anda sedikit merah.

Minggu 11
Sesetengah wanita hamil sudah boleh nampak sedikit perutnya yang sedang membesar pada akhir trimester yang pertama. Jika ini adalah kehamilan pertama anda, anda boleh berasa kembung seperti selepas makan banyak.

Minggu 12
Anda mungkin mula berasa pedih ulu hati iaitu perasaan terbakar yang bermula dari bahagian bawah tulang dada ke kerongkong. Lebih daripada separuh daripada wanita hamil melaporkan gejala pedih ulu hati yang teruk, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda