Spotting sebelum haid Sumber : sliceoflemon.com |
Menurut BeyondFertility, spotting sebelum haid boleh disebabkan oleh implantasi, dari cyst
atau fasa luteal yang singkat dan kualiti telur yang terjejas. Spotting sebelum
haid adalah perkara biasa tetapi tidak ideal. Haid yang ideal harus bebas aliran
darahnya sejak ia bermula.
Punca utama spotting beberapa
hari sebelum haid adalah disebabkan adalah progesterone yang rendah. Hormon
progesteron membantu mengekalkan lapisan rahim untuk kehamilan. Dalam kitaran haid
tanpa berlakunya kehamilan, progesteron mula berkurangan. Apabila paras
progesteron jatuh, dinding rahim runtuh dan haid pun berlaku.
Pada wanita yang kekurangan
progesteron, mereka akan mengalami spotting beberapa hari hingga seminggu
sebelum haid mereka bermula. Ini juga boleh menyebabkan ketidaksuburan dan
keguguran awal. Kedua-duanya adalah gejala progesteron yang rendah.
Biasanya apabila seorang
wanita mengalami spotting selama lebih daripada beberapa hari sebelum haid
mereka, kemungkinan mereka mengalami masalah fasa luteal.
Fasa luteal dalam kitaran haid
adalah amat penting. Ia adalah satu fasa dari hari ovulasi sehingga hari haid
seterusnya. Fasa luteal biasanya kira-kira dua minggu, tetapi sesetengah wanita
boleh mempunyai fasa yang lebih pendek atau lebih panjang. Semasa fasa luteal,
badan mula mengeluarkan progesteron lebih daripada biasa untuk menyediakan
badan untuk kehamilan. Progesteron juga membantu lapisan endometrium menjadi
tebal untuk telur membenam
Sesuatu yang sangat penting
tentang fasa luteal ialah panjang fasa luteal. Seperti yang dinyatakan sebelum
ini, kebanyakan wanita mempunyai fasa luteal kira-kira dua minggu. Walau
bagaimanapun, mempunyai fasa luteal yang terlalu pendek boleh menunjukkan
masalah. Ini kerana jika fasa luteal kurang daripada 12 hari, badan tidak
mempunyai masa yang cukup untuk membina tahap progesteron. Ini bermakna bahawa
jika fasa luteal wanita adalah kurang daripada 12 hari (dikenali sebagai
kecacatan fasa luteal), embrio mungkin mempunyai masalah membenam dan boleh
menyebabkan keguguran.
.....................
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda