Senang Hamil: Pendarahan Yang Berlaku Pada Awal Kehamilan

Wednesday, June 3, 2015

Pendarahan Yang Berlaku Pada Awal Kehamilan



Pendarahan semasa kehamilan awal sememangnya membimbangkan, tetapi ia sebenarnya adalah perkara biasa. Kira-kira 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Ada beberapa perkara yang menyebabkan ini.



Juga, di peringkat terawal dalam kehamilan, pendarahan ringan mungkin berlaku sehari dua semasa telur yang disenyawakan itu mula tertanam, dan plasenta mula berkembang. Pendarahan akibat implantasi dipercayai berlaku sama masa haid dijangkakan, membuatnya sukar untuk mengetahui sama ada pendarahan itu adalah akibat implantasi atau pendarahan haid.

Kadangkala wanita akan mengalami hakisan serviks (atau kini dikenali sebagai "etropion" serviks di mana sel-sel yang lazimnya berada dalam saluran serviks kini terdedah kepada keadaan luar dan ia kelihatan seperti kawasan "radang"), dan ini boleh menyebabkan pendarahan di awal kehamilan.

Pendarahan boleh juga disebabkan:
  • Jangkitan vagina;
  • Jangkitan serviks;
  • Polip (ketumbuhan tidak berbahaya)
Ketiga-tiga keadaan ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan selepas persetubuhan.

Kadangkala tidak boleh ditentukan apakah yang telah menyebabkan pendarahan ringan. Namun begitu, sebarang pendarahan semasa kehamilan, bagaimana sedikitpun, haruslah dibincang dengan doktor anda.

Lazimnya pendarahan ringan (spotting) tidak dianggap sebagai satu masalah besar. Tetapi pendarahan ringan (spotting) atau sebarang pendarahan yang baru saja bermula, lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan sakit perut atau kekejangan, memerlukan perhatian serta-merta, sebab ini mungkin merupakan petanda:
  • Keguguran
  • Kehamilan ektopik (di mana embrio tertanam dalam tiub fallopio bukannya rahim)
Di peringkat akhir kehamilan, pendarahan ringan mungkin merupakan masalah berhubung plasenta. Doktor boleh memeriksa keadaan anda ketika itu dan sepanjang kehamilan anda.

Sumber : babycenter.com



....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.