Senang Hamil: Suami Isteri Yang Berusaha Hamil, Amalkan Minum Air Ini

Saturday, October 31, 2015

Suami Isteri Yang Berusaha Hamil, Amalkan Minum Air Ini



Ramai doktor mengesyorkan pemakanan yang betul adalah kunci untuk meningkatkan kesuburan.

Anda pernah dengar mengenai air lemon? Ia dikatakan air yang baik untuk kesuburan. Bagaimana ia membantu pasangan sukar hamil?

Air  lemon semakin popular di kalangan wanita yang mengalami masalah sukar hamil. Air lemon adalah dari Perubatan Tradisional Cina yang menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat dan mencegah penyakit.


Sebenarnya dengan minum air kosong yang mencukupi sangat penting untuk mukus serviks. Mukus serviks adalah sangat penting dalam usaha mendapatkan zuriat. Tanpa mukus ini, sperma tidak dapat mencapai telur isteri. Tambahan pula, mukus serviks yang mempunyai kuantiti dan kualiti yang baik boleh membantu sperma terus hidup untuk beberapa hari sementara menunggu ovulasi.

Lemon adalah buah yang baik kerana ia kaya dengan vitamin C, magnesium, kalsium, kalium, dan antioksidan. Menambah lemon ke dalam air minuman boleh meningkatkan kemungkinan untuk senang hamil.

Badan kita dihujani dengan radikal bebas yang berbahaya daripada pencemaran dan makanan. Radikal bebas boleh merosakkan sperma, telur, dan organ-organ pembiakan. Inilah pentingnya antioksidan untuk badan kita. Antioksidan dalam minuman lemon ini akan membantu memusnahkan radikal bebas dan dengan itu menjadikan badan lebih bersedia untuk persenyawaan.

Satu lagi kelebihan air lemon untuk kesuburan adalah ia tidak mempunyai kesan buruk kerana terdiri bahan semula jadi. Faedah-faedah lain air lemon termasuk detoksifikasi, keseimbangan hormon, meningkatkan imuniti, kesihatan hati, kesihatan pencernaan, dan kulit yang cantik. 

Setiap pagi, mulakan hari dengan minum air suam yang dicampurkan dengan jus dari setengah biji lemon boleh membantu meningkatkan kesuburan. Apabila ia diminum semasa perut kosong, ia boleh membantu untuk meningkatkan keupayaan hati untuk mengeluarkan estrogen yang berlebihan. Terlalu banyak estrogen boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan.





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.