Ovulasi adalah apabila telur yang matang dilepaskan dari ovari, ditolak ke tiub fallopian, dan bersedia untuk disenyawakan dengan sperma.
Kesilapan paling biasa pasangan suami isteri ialah
menunggu hari ovulasi untuk bersama. Secara purata, wanita berovulasi pada
hari 14 dalam kitaran 28 hari. Ovulasi juga boleh berlaku seawal hari ke 10
atau selewat hari ke 20.
Contohnya ovulasi telah berlalu dan jika dia melakukan
hubungan bersama suami pada malam itu, ia mungkin sudah terlambat.
Apabila telur dikeluarkan dari ovari, ia hanya boleh menerima
sperma dan mampu untuk disenyawakan dalam masa kira-kira 12 ke 24 jam. Sperma pula
boleh hidup secara purata 3 hingga 4 hari di dalam saluran pembiakan wanita selepas
hubungan suami isteri.
Jadi rancangan untuk berjaya hamil adalah dengan
mempunyai sperma yang sedang bersedia dan menunggu telur dilepaskan. Kehamilan berkemungkinan
besar terjadi apabila pasangan melakukan hubungan suami isteri setiap hari selama
3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri.
Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka ovulasi lebih
awal atau lebih lewat daripada hari ke 14. Terdapat 4 kaedah untuk mengetahui
bila ovulasi :
Ovulation Predictor Kit (OPK)
Ia mengesan kenaikan LH (hormon
luteinizing) yang menandakan ovulasi akan berlaku dalam 24-48 jam akan datang
Monitor Kesuburan
Ia lebih mahal dan lebih khusus daripada OPK. Ia
juga mengesan LH dan juga hormon lain untuk mengenal pasti permulaan hari subur
Mukus Serviks
Mukus serviks semasa waktu subur dihasilkan oleh serviks semasa mendekati ovulasi. Mukus serviks adalah perlu bagi membolehkan sperma untuk berenang dengan baik melalui
serviks.
Anda boleh melihat ia keluar dari faraj atau rasa basah pada seluar
dalam anda atau merasakan ia di dalam vagina. Mukus serviks yang sihat boleh
menyuburkan sperma, melindungi mereka daripada keasidan semulajadi faraj, dan
membantu mereka berenang ke arah ovum.
Anda akan melihat jelas
lendir dan kelihatan seperti putih telur mentah. Pada hari ovulasi atau hari
selepas itu, ia akan hilang.
Jika anda tidak mempunyai banyak mukus serviks, minum 8
gelas air setiap hari dan elakkan dos vitamin C yang tinggi (boleh mengeringkan
lendir serviks).
Suhu
.....................
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.