Senang Hamil: Kesilapan Pasangan Suami Isteri Yang Paling Biasa Dalam Usaha Untuk Hamil

Friday, November 13, 2015

Kesilapan Pasangan Suami Isteri Yang Paling Biasa Dalam Usaha Untuk Hamil


Ovulasi adalah apabila telur yang matang dilepaskan dari ovari, ditolak ke tiub fallopian, dan bersedia untuk disenyawakan dengan sperma.

Kesilapan paling biasa pasangan suami isteri ialah menunggu hari ovulasi untuk bersama. Secara purata, wanita berovulasi pada hari 14 dalam kitaran 28 hari. Ovulasi juga boleh berlaku seawal hari ke 10 atau selewat hari ke 20.

Contohnya ovulasi telah berlalu dan jika dia melakukan hubungan bersama suami pada malam itu, ia mungkin sudah terlambat.

Apabila telur dikeluarkan dari ovari, ia hanya boleh menerima sperma dan mampu untuk disenyawakan dalam masa kira-kira 12 ke 24 jam. Sperma pula boleh hidup secara purata 3 hingga 4 hari di dalam saluran pembiakan wanita selepas hubungan suami isteri. 



Jadi rancangan untuk berjaya hamil adalah dengan mempunyai sperma yang sedang bersedia dan menunggu telur dilepaskan. Kehamilan berkemungkinan besar terjadi apabila pasangan melakukan hubungan suami isteri setiap hari selama 3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri.

Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka ovulasi lebih awal atau lebih lewat daripada hari ke 14. Terdapat 4 kaedah untuk mengetahui bila ovulasi :

Ovulation Predictor Kit (OPK) 
Ia mengesan kenaikan LH (hormon luteinizing) yang menandakan ovulasi akan berlaku dalam 24-48 jam akan datang

Monitor Kesuburan
Ia lebih mahal dan lebih khusus daripada OPK. Ia juga mengesan LH dan juga hormon lain untuk mengenal pasti permulaan hari subur

Mukus Serviks 
Mukus serviks semasa waktu subur dihasilkan oleh serviks semasa mendekati ovulasi. Mukus serviks adalah perlu bagi membolehkan sperma untuk berenang dengan baik melalui serviks. 

Anda boleh melihat ia keluar dari faraj atau rasa basah pada seluar dalam anda atau merasakan ia di dalam vagina. Mukus serviks yang sihat boleh menyuburkan sperma, melindungi mereka daripada keasidan semulajadi faraj, dan membantu mereka berenang ke arah ovum. 

Anda akan melihat jelas lendir dan kelihatan seperti putih telur mentah. Pada hari ovulasi atau hari selepas itu, ia akan hilang.

Jika anda tidak mempunyai banyak mukus serviks, minum 8 gelas air setiap hari dan elakkan dos vitamin C yang tinggi (boleh mengeringkan lendir serviks).

Suhu
Anda boleh meramalkan corak ovulasi dengan mengesan suhu badan anda pada masa yang sama setiap hari. Suhu badan anda meningkat selepas anda ovulasi. Lihat lebih lanjut di CARA MENGESAN WAKTU SUBUR MELALUI SUHU BADAN





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.