Sumber : |
Masalah peranakan jatuh boleh
dikasifikasikan kepada tiga peringkat bergantung kepada kedudukan rahim
seseorang wanita itu.
- Tahap yang pertama ialah apabila rahim turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj
- Tahap kedua pula ialah apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj
- Tahap ketiga dikenalpasti apabila seluruh rahim berada di luar faraj.
- Rasa seperti sedang duduk di atas bola.
- Pendarahan faraj atau ada discaj
- Masalah dengan hubungan suami isteri
- Rahim yang keluar dari faraj
- Rasa berat di pelvis
- Sembelit
- Jangkitan pundi kencing yang berulang
Masalah ini selalunya dialami
oleh wanita yang sudah melahirkan anak terutama mereka yang bersaiz besar atau
melahirkan anak menggunakan forceps ataupun vacuum. Walau
bagaimanapun, adakalanya wanita yang mempunyai anak pun boleh mengalaminya.
Berikut adalah kesan yang dialami wanita apabila peranakan jatuh:
Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami prolapse atau
peranakan jatuh akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar
untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Akan tetapi yang paling ketara ialah
mereka sukar mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun
melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti
ketawa.
Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya
kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan
mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan akibat kenikmatan
melakukan hubungan seksual akan terganggu.
Sakit pinggang dan tidak
selesa
Peranakan jatuh akan
menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu
rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak
berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot
sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik
lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.
Gangguan kesihatan
Jika peranakan jatuh yang
dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu
rahim akan bergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya
akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang
banyak.
Sememangnya proses kehamilan
dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan
khususnya tisu ligament dan otot yang memegang faraj dan rahim. Hal ini tidak
dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus.
Yang pentingnya wanita perlulah mengamalkan latihan untuk menguatkan otot-otot
di sekeliling faraj dan lantai punggung. Senaman berkala sewaktu hamil dan
selepas kelahiran sangat penting untuk mencegah peranakan jatuh.
Senaman kegel penting untuk
mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas bersalin. Ia dilakukan dengan
mengetatkan otot yang digunakan semasa membuang air kecil. Senaman ini mudah
kerana boleh dilakukan di mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya. Cara melakukan senaman ini :
Sumber : majalahwanita, kevinzahri
.....................
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda