Senang Hamil: Corak Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Dari Minggu 20 Sehingga Minggu 40

Wednesday, January 6, 2016

Corak Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Dari Minggu 20 Sehingga Minggu 40


Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.


Pada minggu ke-32
Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

Mulai kira-kira minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda. 

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin. 

Dari minggu ke-36 hingga ke-40 
Badan bayi kini  lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula! 

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang. Sebaliknya, anda mungkin akan rasa tendangan kuat dari dalam rangka rusuk anda pada sebelah bahagian. Pergerakan yang semakin berkurangan ini adalah perkara biasa, tetapi jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor anda.

Mulai sekarang, bayi anda sudah tetap pada posisinya dalam pelvis anda dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Anda mungkin rasa kepalanya seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis anda. Jika bayi anda tidak berada dalam posisi kepala di bawah, baca lebih lanjut tentang bagaimana meletakkan bayi ke posisi terbaik untuk kelahiran.

Ada masanya bayi akan tidur dan ada masanya dia sangat aktif. Dia mungkin aktif menjelang waktu malam ketika anda baru berbaring untuk tidur. Corak aktiviti ini mungkin akan berterusan sehingga usia bayi tiga minggu, iaitu sehingga dia dapat membezakan di antara malam dan siang.

Sumber : babycenter.com




....................

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.