Senang Hamil: Untuk Wanita : Masalah Haid Lama Tiada dan Tidak Hamil

Friday, August 19, 2016

Untuk Wanita : Masalah Haid Lama Tiada dan Tidak Hamil



Seseorang yang mempunyai haid yang tidak teratur atau ada masalah berkaitan haid mungkin akan mengalami kesukaran untuk berjaya hamil. Ada juga wanita yang mengalami masalah jarang haid. Persoalannya, bolehkah wanita mengeluarkan telur tanpa ada haid? Seperti yang kita semua tahu, untuk hamil perlu ada telur dan sperma. Wanita tidak boleh hamil jika tiada telur. Jadi apa hubungannya telur dan haid?

Bolehkah wanita keluarkan telur tanpa mengalami haid sebelum itu?

Ya, wanita boleh mengeluarkan telur tanpa ada haid sebelum itu. Wanita tak semestinya perlukan haid untuk berjaya hamil. Yang diperlukan hanyalah telur.

Ovulasi adalah apabila telur yang matang dilepaskan dari ovari, ditolak ke tiub fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Lapisan rahim menjadi tebal sementara menunggu telur disenyawakan. Telur akan cuba untuk membenam ke dalam lapisan rahim jika ia disenyawakan. Maka kehamilan berlaku. Manakala telur yang tidak disenyawakan akan turun bersama-sama lapisan rahim dan terjadilah haid.




Jika seseorang wanita mempunyai kitaran haid yang teratur dan tiada masalah haid, dia akan lebih senang hamil. Ovari akan melepaskan telur di antara 12-16 hari sebelum jangkaan haid.

Antara cara untuk meramal waktu ovulasi :

Suhu Basal Badan

Suhu basal badan (BBT) adalah suhu badan anda apabila anda mula-mula bangun pada waktu pagi, atau selepas sekurang-kurangnya tiga jam tidur tanpa gangguan. Untuk merekod BBT, anda perlu menggunakan termometer basal. Ia mempunyai skala yang lebih kecil daripada termometer biasa dan membolehkan anda merekod perubahan kecil dalam suhu badan anda .

Untuk menggunakan termometer basal, anda perlu mengambil suhu badan anda sebelum anda bangun dari katil. Cuba untuk mengambil suhu badan anda pada masa yang sama setiap pagi, dan sebelum anda makan atau minum.

Termometer basal digital murah dan mudah untuk digunakan. Ia biasanya datang dengan carta suhu. Catat setiap hari sehingga dua atau tiga bulan untuk melihat pola kitaran haid anda

Lendir subur

Anda boleh periksa serviks dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam faraj dan sampai ke serviks. Lendir subur menjadi elastik apabila mendekat waktu ovulasi

Ujian ovulasi

Kit Peramal Ovulasi boleh didapati di farmasi.  Ia mengesan lonjakan hormon luteinizing (LH) dalam air kencing anda sebelum ovulasi. Ia lebih mudah digunakan dan selalunya lebih tepat daripada kaedah BBT dan boleh meramalkan ovulasi 12 hingga 36 jam lebih awal seterusnya membantu anda memaksimumkan peluang untuk hamil







.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.