Lapisan endometrium di rahim
adalah lapisan yang runtuh semasa haid. Ia adalah lapisan yang bersedia untuk
implantasi telur yang berjaya disenyawakan (embrio). Semasa hamil, endometrium membantu
membentuk plasenta yang membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin. Oleh itu,
lapisan rahim yang tebal dan subur adalah penting untuk kitaran haid serta
kehamilan.
Bagaimana ia memberi kesan
kepada kesuburan?
Estrogen adalah hormon yang
bertanggungjawab untuk membina endometrium yang sihat dan subur iaitu
sekurang-kurangnya 8 mm tebal. 8-13 mm umumnya dianggap normal. Apabila
endometrium lebih nipis daripada 8 mm, ia dianggap sebagai lapisan rahim yang nipis.
Ini bermakna bahawa embrio akan mempunyai masalah untuk membenam di dalam
endometrium, yang akan menyebabkan lebih sukar hamil (jika tidak ada
implantasi, endometrium akan runtuh sebagai haid). Jika embrio mengimplan dan
kehamilan berlaku, lapisan endometrium yang nipis mungkin tidak dapat
membekalkan jumlah nutrien yang mencukupi untuk mengekalkan kehamilan. Ini
boleh meningkatkan risiko keguguran.
Tanda-tanda anda mungkin
mempunyai lapisan rahim yang nipis:
Disebabkan estrogen adalah
hormon yang bertanggungjawab untuk membina lapisan endometrium, lapisan rahim yang
nipis boleh disebabkan oleh rendah estrogen. Sebab-sebab lain lapisan rahim
nipis termasuklah aliran darah yang tidak mencukupi, kerosakan tisu
endometrium, penggunaan clomid dan penggunaan ubat perancang jangka panjang (yang
mengandungi progestins). Walaupun tidak ada tanda-tanda tertentu dan gejala disebabkan
oleh endometrium nipis, jika anda pernah mengalami situasi atau pernah
mengambil ubat tersebut, pernah mengalami masalah sukar hamil atau mengalami
haid yang sedikit, mungkin anda mengalami situasi lapisan rahim yang nipis.
Punca lapisan rahim yang nipis
termasuk:
- Amenorrhea (tiada haid)
- Darah haid sedikit. Ini boleh bermakna haid yang lebih pendek daripada 4 hari, atau aliran darah yang kurang iaitu kurang 20 ml atau kira-kira 4 keping pad yang penuh.
- Haid yang tidak normal. Iaitu haid berserta kesakitan dengan kitaran haid yang tidak teratur
- Aliran darah yang tidak mencukupi ke rahim juga boleh menyebabkan haid yang tidak normal. Ini boleh terjadi akibat gaya hidup yang tidak aktif atau duduk yang lama, yang akan menjejaskan aliran darah ke rahim.
- Fibroid atau tekanan yang boleh menyebabkan penyempitan arteri dan mengurangkan aliran darah
- Jangkitan bakteria yang kronik. Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada rahim dan penyakit radang pelvik. Ini boleh menyebabkan pembentukan tisu parut di lapisan endometrium
- Pembedahan (laparoskopi, pembedahan cesarean, pengguguran) boleh menyebabkan kerosakan kepada rahim dan berparut.
- Pengambilan Clomiphene (Clomid)
- Pengambilan ubat perancang yang mengandungi progestins
Bagaimana untuk mengetahui
lapisan rahim yang nipis
Ultrasound harus dilakukan sebelum
ovulasi untuk menilai ketebalan lapisan endometrium. Sekali lagi, ketebalan
lapisan endometrium yang optimum adalah antara 8-13 mm.
......................
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda