Senang Hamil: Perkara Paling Asas Untuk Tingkatkan Kesuburan Yang Ramai Wanita Ambil Ringan

Wednesday, March 29, 2017

Perkara Paling Asas Untuk Tingkatkan Kesuburan Yang Ramai Wanita Ambil Ringan



Kita semua telah lama mengetahui manfaat dan kepentingan pengambilan air yang cukup lapan hingga sepuluh gelas sehari. Air adalah salah satu daripada nutrien yang paling asas untuk semua proses badan, termasuklah untuk hamil.

Dengan minum air yang cukup sebenarnya meningkatkan peluang untuk berjaya hamil, meningkatkan dan mengekalkan kesihatan anda secara keseluruhan, yang merupakan bahagian yang penting untuk hamil. Air membantu fungsi badan anda untuk berovulasi, persenyawaan dan termasuklah kehamilan.






Air membantu kesihatan rahim
Dengan meminum air yang cukup, rahim anda menjadi sihat untuk embrio membenam. Jika embrio gagal untuk membenam, ia boleh menyebabkan keguguran. Anda perlu menjaga rahim supaya sentiasa sihat dan bersedia untuk membawa bayi semasa hamil nanti

Air membantu kesihatan ovum
Minum air yang mencukupi juga membantu untuk mendapatkan badan yang sihat. Badan yang sihat akan memastikan ovum juga sihat. Ovum yang sihat membesar menjadi bayi yang sihat.

Air membantu lendir subur
Minum air yang mencukupi juga dapat membantu meningkatkan lendir subur anda. Lendir subur sangat penting untuk berjaya hamil kerana ia membantu sperma suami berenang berjumpa ovum anda. Tanpa lendir subur yang cukup, sperma tidak dapat hidup lama di dalam badan isteri dan mengagalkan rancangannya untuk mensenyawakan ovum

Sebaik sahaja anda hamil, minum air yang mencukupi juga penting bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga kesihatan bayi dalam kandungan anda juga. Oleh itu, sentiasa minum air yang cukup!





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.