Senang Hamil: Untuk Suami Isteri : Empat Buah-Buahan Tropika Yang Membantu Kesuburan Anda

Thursday, November 2, 2017

Untuk Suami Isteri : Empat Buah-Buahan Tropika Yang Membantu Kesuburan Anda



Buah-buahan tropika seperti mangga, betik, jambu dan nanas adalah sumber yang kaya antioksidan, vitamin, mineral dan fitonutrien untuk kesuburan lelaki dan wanita. Ini penting untuk kesuburan kerana ia membantu mengekalkan keseimbangan hormon dan keseimbangan asid alkali.


Antioksidan, vitamin, mineral dan fitonutrien diperlukan untuk kesihatan telur dan sperma, ovulasi dan ketebalan lapisan endometrium yang sihat, penghasilan sel darah merah, mengekalkan kesihatan tulang, serta pertumbuhan dan perkembangan janin. Buah-buahan tropika yang berkhasiat adalah seperti berikut :

Mangga
Mangga kaya dengan karotenoid, antioksidan dan nutrien termasuk vitamin C, copper, Vitamin B (termasuk vitamin B6 yang penting untuk kitaran haid yang sihat), tiamin, riboflavin, niasin, asid folik, vitamin E, kalium dan magnesium. Mangga juga merupakan sumber yang baik untuk kedua-dua serat larut dan tak larut

Betik
Betik adalah sumber antioksidan yang sangat baik untuk melindungi sel telur dan sperma, karoten (vitamin A), vitamin C, asid folik, kalium dan serat makanan. Ia juga merupakan sumber Vitamin E yang membantu melindungi DNA sperma dan telur. Selain itu, betik adalah buah indeks glisemik rendah untuk menyokong tahap insulin yang sihat.

Betik mengandungi enzim papain yang bertindak sebagai penahan sakit, antikoagulan darah, dan agen anti-radang yang membantu meringankan senggugut.

Jambu batu
Jambu batu luar biasa kaya dengan vitamin C, lycopene dan antioksidan. Kaya dengan manganese yang membantu tubuh menyerap nutrien penting lain dari makanan yang kita makan.

Jambu batu juga mengandungi folat, vitamin B3, vitamin B6, vitamin A dan magnesium yang semuanya membantu menggalakkan kesuburan. Ia kaya dengan serat yang bermanfaat untuk sistem pencernaan yang sihat

Nanas
Nanas dipenuhi dengan vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Ia kaya dengan manganese yang membantu tubuh menyerap nutrien penting dari makanan yang kita makan, menghasilkan tenaga dan fungsi antioksidan yang sihat.

Satu hingga dua keping nanas dimakan setiap hari selepas ovulasi hingga haid seterusnya boleh menyokong implanasi. Nanas elok dimakan segar dan ketika suhu bilik.

Elakkan mengambil nanas sebelum ovulasi. Keasidan buah ini boleh menyebabkan lendir serviks anda tidak mesra terhadap sperma. Anda juga perlu mengelakkan bromelain sebaik sahaja anda mendapat ujian kehamilan yang positif



....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.