Senang Hamil: February 2015

Senang Hamil

Senang Hamil

Thursday, February 26, 2015

Manfaat Kurma Untuk Kesuburan Suami



Sudah sekian lama, kurma dikaitkan dengan peningkatan kesuburan. Dalam 100 gram isi buah kurma kandungan zatnya sekitar 75.4 gram, dan 60 gram dalam bentuk gula. Gula yang terdapat pada isi kurma majoriti adalah gula fruktosa

Fruktosa mempunyai kelebihan berbanding glukosa kerana boleh memasuki sel jaringan tanpa memerlukan bantuan hormon insulin. Dengan demikian, fruktosa merupakan satu-satunya gula yang paling sedia dipakai khususnya untuk keperluan tenaga cepat, bagi keperluan jaringan tubuh pada umumnya




Cecair semen lelaki yang dikeluarkan semasa orgasme, mengandungi jutaan sperma yang disokong oleh cecair penyokong. Cecair penyokong ini terdiri daripada fruktosa sedangkan lebihannya adalah zat zat seperti asid amino, prostaglandin, vitamin C, Zink dan lain lain

Isipadu semen pada lelaki untuk sekali ejakulasi adalah sekitar 2.5 - 3.5 milliter dengan kandungan sperma sekitar 100 juta / milliliter, serta kandungan fruktosa sebanyak 1.5 – 6.5 miligram / milliliter

Bukti bukti ilmiah menunjukkan bahawa semakin banyak kandungan fruktosa pada semen, akan semakin tinggi vitaliti spermanya dalam perjalanan menuju ke telur

Sumber : Rahsia Kesihatan Dari Kurma, Pangkalan Ide

  

.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda






Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Tuesday, February 17, 2015

Rahsia Pakaian Wanita Apabila Masuk Waktu Subur


Pada setiap kitaran haid, wanita mempunyai kira-kira 6 hari di mana mereka subur. Ini dikenali sebagai waktu subur. Waktu subur seorang wanita adalah lima hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi

Anda mungkin merasai puncak dalam keinginan seksual dan merasa lebih seksi pada masa ini. Bau badan anda lebih menyenangkan dan seksi untuk lelaki pada masa yang anda subur

Satu kajian dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) mendapati wanita akan melaram dengan pakaian dan berdandan cantik semasa paling subur dalam suatu kitar haid. Mendekati ovulasi, wanita akan berpakaian untuk menarik perhatian dan semakin dekat dengan ovulasi, semakin mereka melaram.

Pasukan penyelidik yang melakukan kajian ini menyatakan bahawa wanita memakai barang perhiasan yang lebih menarik, memilih skirt berbanding seluar dan pakaian yang lebih mendedahkan apabila dalam tempoh yang paling subur

.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
- Masalah Sukar Hamil

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Makanan Yang Membantu Kesuburan Suami


Anda adalah apa yang anda makan. Salah satu cara utama untuk menyokong kesihatan sperma adalah melalui diet. Pastikan anda mendapat nutrien yang berikut dalam diet anda. Kerana ini paling penting untuk meningkatkan kesuburan lelaki :

Antioksidan - CoQ10 Ubiquinol , Vitamin C

Asid amino - L - Carnitine

Vitamin B - Asid folik dan B12

Zink

Omega - 3 Asid Lemak Perlu - Cod Liver Oil

Makan lobak merah dan walnut untuk membantu meningkatkan kualiti sperma dan pergerakkannya. Satu kajian mendapati bahawa lelaki yang menambah 75 gram walnut untuk diet harian mereka iaitu sumber omega - 3 semula jadi yang tinggi asid linolenik boleh meningkatkan kualiti sperma mereka. 

Jurnal Fertility and Sterility menerbitkan sebuah kajian melaporkan bahawa kira-kira 200 orang yang sihat dapat meningkatkan kualiti sperma dan kuantitinya sehingga 8% hanya dengan menambah buah-buahan dan sayur-sayuran kuning dan oren untuk diet mereka, khususnya lobak merah


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
- Masalah Sukar Hamil

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Monday, February 16, 2015

Berjaya Hamil 2 Bulan - Kopi Bidara


Puan Noraisyah : saya nak tanya utk herba rimba sekarang dibuat dlm bentuk kopi ke

Senang Hamil : herbal rimba dan kopi bidara kandungannya sama, pengasasnya sama. cuma dalam kopi ada lebih buah bidara

Puan Noraisyah : owh ...br ni sepupu saya cuba dr lendu mlk (Lendu, Melaka) ..alhamdulillah dh pegnant 2 bln...

.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
- Masalah Sukar Hamil

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Kenapa Pergerakan Sperma Suami Itu Penting?



Sperma yang gerakkannya terlalu cepat boleh gugur atau mati di tengah jalan menuju telur dan sperma yang lambat juga boleh hilang kesempatan untuk mencapai dan mensenyawakan telur

Pergerakan sperma yang dimaksudkan bukan kecepatan pancutan air mani. Saat orgasme, lelaki mengalami kontraksi yang kuat hingga mampu memancutkan air mani yang mempunyai sperma dengan kelajuan lebih 48 km/jam. Bahkan ada yang mampu mencapai 69.2 km/jam. 

Namun begitu sperma yang masuk ke dalam vagina, mereka perlukan masa selama 45 minit bagi sperma yang laju atau boleh mencapai 12 jam bagi sperma yang perlahan agar dapat mencapai telur yang jaraknya sangat pendek iaitu lebih kurang 15 cm

Jadi yang penting untuk terjadinya kehamilan bukanlah dilihat dari kecepatan pancutan air mani ke dalam vagina tetapi kecepatan sperma mencapai telur.

Berdasarkan penelitian, sperma akan cepat bergerak pada lelaki dengan kandungan vitamin D yang tinggi. Bagi sperma lelaki yang kurang vitamin D cenderung kurang lincah. Sperma yang baik adalah sperma yang aktif dan mampu menembus lendir serviks. Jika untuk melalui lendir senviks sudah mengalami masalah, maka akan sukar untuk sperma mensenyawakan telur



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Untuk Isteri : Hindari Telur Tidak Matang Untuk Senang Hamil


Salah satu tuntutan hidup wanita adalah hamil dan menjadi seorang ibu. Proses kehamilan yang normal menuntut keadaan subur wanita. Wanita yang subur umumnya mengeluarkan satu telur secara rutin setiap bulan iaitu hari ke 12 hingga 16 dari hari pertama haid. Telur yang matang akan dilepaskan dari ovari untuk disenyawakan dengan sperma.


Kenapa masih gagal hamil?

Salah satu kemungkinannya adalah masalah kesuburan wanita akibat telur tidak matang.  Ia adalah suatu keadaan yang dapat mempengaruhi kesuburan wanita di mana telur tidak dikeluarkan oleh ovari untuk disenyawakan

Masalah telur tidak matang ini menjadikan pasangan gagal mendapat zuriat. Hal ini berbeza dengan wanita yang haidnya tidak teratur kerana masih mengeluarkan telur dan berpeluang untuk hamil

Pada dasarnya, penyebab utama masalah ini adalah kerana ada gangguan hormon tubuh, terutamanya yang mempengaruhi sistem pembiakan wanita. Beberapa hormon yang penting dalam kitaran haid dan ovulasi adalah progesterone dan estrogen. Gangguan keseimbangan hormon boleh menyebabkan gagal ovulasi dan PCOS atau Polycystic Ovary Syndrome. 

Ketidakseimbangan hormon yang dapat membawa kepada masalah telur tidak matang boleh disebabkan oleh kegemukan. Penyebab lain adalah gangguan makan yang dikenali dengan bulimia atau anoreksia. Gangguan makan tersebut dapat mengganggu atau menghentikan kitar haid.

Selain itu, semakin bertambahnya usia juga mempengaruhi sistem pembiakan wanita.



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Thursday, February 12, 2015

Cara Wanita Tingkatkan Lendir Subur Untuk Senang Hamil


Ia adalah perkara biasa bagi seorang wanita mengalami kekeringan faraj sepanjang tahun dia melahirkan anak, tetapi jika ini berterusan ia boleh membuat wanita sukar hamil. Siapa tahu bahawa "basah" di bawah sana bukan sahaja penting untuk keselesaan dan menikmati hubungan bersama suami, tetapi untuk membuat senang hamil juga. Lendir serviks yang dihasilkan oleh seorang wanita sebenarnya membantu dalam usaha untuk hamil

Serviks menghasilkan pelbagai jenis lendir bergantung masa dalam kitaran haid. Hanya selepas haid, serviks menghasilkan lendir yang pekat dan berasid untuk menghalang sperma daripada memasuki faraj. Ia adalah lendir semasa tidak subur.

Lendir semasa waktu subur dihasilkan oleh serviks semasa mendekati ovulasi. Lendir serviks adalah perlu bagi membolehkan sperma untuk berenang dengan baik melalui serviks. Anda boleh melihat ia keluar dari faraj atau rasa basah pada seluar dalam anda atau merasakan ia di dalam vagina. Lendir serviks yang sihat boleh menyuburkan sperma, melindungi mereka daripada keasidan semulajadi faraj, dan membantu mereka berenang ke arah ovum.


Sedikit atau Tiada Lendir serviks

Anda mungkin perasan bahawa anda mempunyai kekeringan vagina pada masa-masa tertentu. Tetapi jika ini sentiasa terjadi, ia boleh menjadi tanda sesuatu tidak berfungsi dengan baik. Jika anda mempunyai kekeringan faraj yang berterusan dan tidak boleh mengesan lendir serviks, anda perlu membantu badan anda untuk menghasilkannya

Bagi wanita yang mempunyai lendir serviks sedikit atau tiada, ia adalah sukar untuk sperma untuk mencapai faraj dan ke atas lagi untuk persenyawaan.

Punca Lendir Serviks Sedikit
  • Tidak cukup pengambilan air setiap hari
  • Peredaran darah ke organ-organ pembiakan yang lemah
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan perubahan kitaran haid, yang boleh menghalang pengeluaran lendir serviks. Kedua-dua progesteron dan estrogen yang rendah boleh menyebabkan pengeluaran lendir serviks yang sedikit
  • Ubat kesuburan yang mengandungi hormon boleh mengubah pengeluaran lendir serviks.
  • Fibroid serviks (jarang berlaku)
  • Loop electrosurgical excision procedure (LEEP) dan kerosakan cryosurgery untuk displasia serviks atau HPV. Ini adalah sangat jarang berlaku
Nota : Tiada pilihan semula jadi di bawah boleh membantu mereka yang mempunyai kerosakan tisu serviks. Parut kerosakan tisu daripada leep atau cryosurgery perlu dibincangkan dengan doktor

Pilihan Semula Jadi Untuk Meningkatkan Lendir Subur

1. Minum Air
Minum banyak air sepanjang hari. Lendir serviks terdiri daripada 90 % air. Jadi jika anda tidak menghidratkan badan anda pengeluaran lendir serviks anda boleh berkurang . Anda perlu minum air yang mencukupi untuk badan dapat menghasilkan lendir serviks. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas penuh air bersih sehari.

2. Mengambil Suplemen
Pastikan anda mendapat cukup asid lemak perlu setiap hari dalam diet anda. Jika anda tidak boleh mendapatkannya melalui makanan yang anda makan, anda boleh mengambil suplemen omega lengkap yang mengandungi omega 3, 6 dan 9

Asid lemak perlu membantu untuk :
* Mengawal hormon
* Meningkatkan aliran darah ke rahim
* Mengurangkan sensitiviti kepada hormon prolaktin, yang boleh menghalang ovulasi
* Meningkatkan lendir serviks yang diperlukan untuk membantu sperma sampai ke telur
* Membantu kitaran anda untuk menjadi normal

3. Gunakan pelincir yang mesra sperma sebelum bersama
Adakah anda tahu bahawa kebanyakan pelincir sebenarnya boleh membahayakan sperma? Menggunakan pelincir mesra sperma boleh membantu sperma untuk sampai ke destinasi mereka




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda



Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

. 

IUI Pilihan Pasangan Sukar Hamil



Intrauterine insemination (IUI) adalah rawatan kesuburan yang melibatkan meletakkan sperma dalam rahim wanita untuk memudahkan persenyawaan. Matlamat IUI adalah untuk meningkatkan jumlah sperma yang sampai ke tiub fallopio dan seterusnya meningkatkan peluang persenyawaan tetapi masih memerlukan sperma untuk mencapai dan telur dengan sendirinya. Ia adalah pilihan yang kurang mahal berbanding persenyawaan in vitro (IVF)




Sebab-sebab yang paling biasa untuk IUI adalah jumlah sperma yang rendah atau mobiliti sperma yang lemah. Walau bagaimanapun, IUI boleh dipilih sebagai rawatan kesuburan untuk mana-mana syarat berikut juga :

  • Ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan
  • Masalah serviks atau lendir serviks
  • Parut serviks daripada prosedur yang lepas yang boleh menghalang keupayaan sperma untuk memasuki rahim
  • Disfungsi ejakulasi

IUI tidak digalakkan untuk pesakit berikut :
  • Wanita yang mempunyai masalah tiub fallopio
  • Wanita yang mempunyai sejarah jangkitan pelvis
  • Wanita dengan endometriosis yang sederhana atau teruk

Sebelum IUI, ovulasi dirangsang menggunakan ubat-ubatan, di mana kawalan yang teliti untuk menentukan bila telur matang. Prosedur IUI akan dilakukan sekitar masa ovulasi, biasanya kira-kira 24-36 jam selepas lonjakan hormon LH yang menunjukkan ovulasi akan berlaku tidak lama lagi.

Sampel air mani akan dicuci di makmal untuk mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. Kateter akan digunakan untuk memasukkan sperma terus ke dalam rahim. Proses ini akan memaksimumkan jumlah sel sperma yang diletakkan di dalam rahim, sekali gus meningkatkan kemungkinan persenyawaan. Prosedur IUI hanya mengambil masa beberapa minit dan meyebabkan sedikit ketidakselesaan

Kejayaan IUI bergantung kepada beberapa faktor. Jika pasangan menjalani prosedur IUI setiap bulan, kadar kejayaan boleh mencapai setinggi 20 % bagi setiap kitaran bergantung kepada umur wanita, sebab ketidaksuburan, dan sama ada ubat kesuburan telah digunakan. Kadar kehamilan daripada IUI adalah lebih rendah daripada IVF. Jika anda fikir anda mungkin berminat untuk IUI , berbincang dengan doktor anda.


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Wednesday, February 11, 2015

Untuk Wanita : Tanda Tanda Menopause Ketika Masih Muda




Kira-kira 1 dalam setiap 1000 wanita yang berumur 15-29 dan 1 dalam setiap 100 wanita yang berumur di antara 30-39 dipengaruhi oleh menopause pramatang. Ia boleh berlaku sebelum atau selepas wanita  mempunyai anak atau semasa dia masih merancang keluarganya.


Menopause pramatang ialah kehilangan fungsi ovari pada wanita di bawah umur 40. Wanita dengan menopaus pramatang  tidak berovulasi  (melepaskan telur) setiap bulan. Kehilangan fungsi boleh disebabkan oleh kekurangan folikel atau disfungsi di dalam ovari.

Menopause biasanya berlaku sekitar usia 51.  Menopause pramatang boleh berlaku pada sebarang usia sebelum 40, biasanya secara purata sekitar usia 27. Apabila seorang wanita mengalami menopause, dia tidak lagi mempunyai telur dan oleh itu tidak lagi mengalami kedatangan haid.

Seorang wanita dengan menopause pramatang  masih boleh kedatangan haid. Walau bagaimanapun, kebanyakan haidnya tak menentu. Haid yang tidak teratur adalah salah satu tanda bagi menopause pramatang. Perlu diingat bahawa mungkin ada penjelasan lain bagi haid yang tidak teratur. Sentiasa berbincang apa-apa ketidakteraturan dalam kitaran haid anda dengan doktor

Simptom Menopause Pramatang

• Haid yang tidak tetap
• Hot flashes (tiba-tiba panas, biasanya pada muka, leher dan dada)
• Berpeluh malam
• Kurang bernafsu
• Mudah marah
• Sakit ketika bersama
• Faraj kering

Beberapa sebab-sebab yang boleh dikenal pasti termasuk :

• Gangguan autoimun
• Genetik
• Rawatan untuk kanser dengan sinaran atau kemoterapi
• Histerektomi dengan kedua-dua ovari dibuang
• Disfungsi tiroid
• Sindrom Turner
• Jangkitan virus
• Rembesan atau tindakan gondaotropin yang tidak betul
• Gangguan makan


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda





Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Perkara-Perkara Yang Boleh Sebabkan Wanita Hamil Menangis


Perubahan emosi wanita hamil paling ketara dalam 12 minggu pertama kehamilan. Mereka mungkin merasa tidak dapat mengawal emosi dengan betul semasa trimester pertama seperti tiba tiba marah atau menangis

Wanita hamil juga mungkin mendapati mengalami perubahan mood lagi dalam beberapa minggu terakhir kehamilan atau sebelum bersalin. 

Contoh situasi yang menyebabkan wanita hamil menangis :

1) Cuba Untuk Dapatkan Keselesaan
Tiada siapa yang berkata bahawa kehamilan itu selesa. Setiap malam wanita hamil tidak dapat tidur dengan selesa sehingga berbulan. Mereka lebih banyak habiskan masa dengan berjaga dan kerap ke tandas. Perut yang semakin membesar juga boleh buatkan keadaan tidak selesa

2) Salah Dihidangkan Makanan Yang Dipesan
Walaupun suami membawa pulang makanan yang dipesan, tetapi tersilap jenama boleh sebabkan isteri hamil menangis. Wanita hamil boleh teresak-esak di pasar raya kerana tidak dapat ais krim dia mahu.

3) Tidak Tahu Apa Yang Mahu Dimakan
Banyak makanan yang wanita hamil rasa tidak lalu makan tetapi perlu makan sehingga membuatkan dia buntu dan perut masuk angin

4) Tidak Dipelawa Untuk Duduk Di Dalam Pengangkutan Awam
Ia sukar untuk seimbangkan diri dalam pengangkutan awam dalam keadaan berdiri dan hamil. Dalam keadaan emosi yang  tidak stabil, wanita hamil boleh menitiskan air mata ketika itu

5) Iklan Yang Berkaitan Bayi, Kanak-kanak dan Binatang
Iklan binatang terbiar yang mencari makan merata rata boleh tumpahkan air mata wanita hamil

6) Perasaan Keibuan
Pertama kali merasa bayi menendang boleh menyebabkan perasaan keibuan dan boleh menyentuh perasaan wanita hamil. Mungkin wanita hamil merasa ikatan ibu-anak sudah terjalin

.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
- Masalah Sukar Hamil

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Tuesday, February 10, 2015

Tiga Perkara 'Jangan Cakap' Pada Pasangan Sukar Hamil


Orang tua, keluarga besar dan kawan-kawan tentu memiliki harapan besar agar anda segera mendapat anak. Tapi sayangnya, desakan dan pertanyaan-pertanyaan mereka membuatkan anda kecewa

Yang anda perlukan adalah sokongan dan bantuan moral daripada mereka, bukan desakan atau yang lebih parah menjadi bahan sindiran


Jangan Tanya : "Awak tidak mahu anak ke?"

Kadang-kadang orang hanya mahu tahu apa yang anda rancang. Mereka hanya mahu tahu mengapa anda masih tidak mahu menjadi ibu bapa. 

Jangan Tanya : "Bila awak nak ada anak?"

Biasanya orang hanya ingin tahu. Perkara ini akan sentiasa berlaku. Contohnya bila bertunang, orang akan tanya bila kahwin. Bila kahwin, orang akan tanya bila nak ada anak. Bila ada seorang anak, orang akan tanya bila nak tambah anak  Dan kitaran ini akan berterusan

Jangan cakap : "Mungkin awak kena terima yang awak tidak akan dapat anak"

Malangnya ia bukan mudah apabila anda bermain dengan emosi dan kesakitan yang sedalam ini. Nasihat seperti ini mungkin diberi untuk menutup perasaan tidak selesa mereka tentang keadaan anda dan mereka tidak tahu bagaimana untuk membantu anda atau tidak mahu melihat anda dalam keadaan sakit lagi.



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Monday, February 9, 2015

Untuk Wanita - Rahsia Warna Darah Haid Anda

Apa yang darah haid beritahu anda



Hitam
Wanita sering menggambarkan darah hitam apabila terdapat banyak darah beku dalam darah haid mereka. Ia adalah kerana darah haid tidak mengalir dengan lancar dan membolehkan darah beku terbentuk. Fibroid dan endometriosis (punca ketidaksuburan) juga boleh menyumbang kepada darah haid beku. Darah haid warna ini biasanya penunjuk tahap estrogen yang lebih tinggi, yang boleh menyebabkan dinding rahim yang menebal


Coklat / Karat
Darah coklat adalah normal di akhir tempoh haid anda. Tetapi jika darah haid anda adalah coklat / warna karat sepanjang kitaran anda ia juga boleh menjadi penunjuk pemakanan yang tidak sihat atau kurang minum air.

Merah Cair

Jika darah haid anda adalah cair atau warna merah jambu pucat ia mungkin satu petunjuk anemia atau kurang zat besi. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan darah haid warna pucat. Bagi wanita yang mempunyai haid warna ini biasanya satu tanda bahawa tahap estrogen adalah terlalu rendah. Ini boleh membawa kepada kekeringan faraj, libido rendah, keguguran rambut, dan keletihan.

Merah 

Akhir sekali, yang mempunyai darah haid warna merah "jus kranberi" adalah normal. Haid darah merah petunjuk rahim yang sihat dan diet yang baik. 


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda





Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Untuk Suami Isteri - Bau Air Mani Yang Tidak Normal


Proses terjadinya persenyawaan, kehamilan dan perkembangan janin hingga lahirnya bayi yang diharapkan oleh banyak pasangan memang terjadi di sistem reproduksi wanita. Namun bukan bermaksud peranan sistem pembiakan suami tidak penting

Seperti ovum, sperma juga adalah kunci kehamilan, apabila sperma tidak dapat memsenyawakan ovum kerana beberapa sebab, maka kehamilan mungkin tidak terjadi

Dari pihak suami, faktor penyebab yang selalu terjadi adalah masalah kualiti sperma yang rendah. Sperma berkualiti adalah sperma yang aktif (anda memerlukan mikroskop untuk melihat pergerakan ini) dan jumlahnya yang banyak. Ibarat seorang lelaki yang bertarung merebut hati wanita yang dicintai, begitu juga sperma yang berlumba-lumba menembus dan mensenyawakan ovum. Hanya sperma yang berkualiti yang mampu mensenyawakan

Untuk mengetahui apakah sperma suami dalam keadaan baik dan sihat, perlukan pemeriksaan makmal.

Air mani adalah cecair yang membawa sperma. Mungkin bau yang paling biasa yang berkaitan dengan air mani seperti bau klorin. Ini adalah bau biasa air mani. Ya, air mani sepatutnya berbau seperti klorin dan peluntur. Jadi, jika itu adalah bau suami, maka ia adalah perkara biasa dan normal

Air mani mengandungi ammonia dan ini adalah sebab mengapa ia berbau seperti klorin atau bahan peluntur.

Ada lelaki melaporkan bahawa air mani mereka berbau busuk dan hanyir. Ini bukanlah sesuatu yang normal. Makanan dan minuman boleh mempunyai kesan ke atas bau air mani tetapi tidak akan menyebabkan air mani berbau hanyir. Jadi, jika bau air mani busuk dan hanyir, ia adalah masa untuk berjumpa doktor

Bau busuk biasanya dikaitkan dengan jangkitan kelenjar prostrate atau organ-organ lain dalam sistem pembiakan lelaki . Jika bau itu disertakan dengan air mani warna merah, coklat, kuning atau hijau, anda pasti mempunyai jangkitan.


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
- Masalah Sukar Hamil

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Thursday, February 5, 2015

Empat Syarat Terjadinya Kehamilan Normal


Secara mudah, untuk terjadinya kehamilan secara normal diperlukan empat perkara berikut yang kita golongkan sebagai Empat Syarat Terjadinya Kehamilan Normal :

1) Ada sperma dengan kualiti baik dan aktif
2) Ada telur (ovum) yang sedia disenyawakan
3) Tiub fallopian yang bebas halangan untuk mempertemukan sperma dan ovum
4) Rahim yang sihat untuk janin membenam dan berkembang


Jadi ketika terjadi masalah ketidaksuburan, kemungkinan besar terjadi gangguan di salah faktor tersebut.

Kadang juga tiada masalah dengan keempat empat syarat di atas namun tetap gagal hamil. Hal ini adalah kes yang cukup jarang yang dikenali dalam dunia perubatan sebagai unexplained infertily (ketidaksuburan yang tidak boleh dijelaskan penyebabnya)

Masalah ketidaksuburan memang berkait rapat dengan gaya hidup. Pola dan gaya hidup yang tidak sihat sangat berpengaruh terhadap tahap kesuburan contohnya rehat yang tidak teratur, pola makan yang tidak sihat, alkohol dan rokok

Masalah ketidaksuburan tidak selalu disebabkan oleh pihak isteri sahaja. Suami juga boleh menyumbang kepada masalah ketidaksuburan.




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Posisi Kaki Isteri Selepas Bersama Suami Untuk Senang Hamil


Soalan :

Kawan-kawan saya menyarankan untuk mengangkat kaki setelah berhubungan, jadi kaki dinaikkan / disandarkan ke dinding. Dengan begitu semua sperma akan masuk ke dalam rahim saya. Tapi setelah saya selesai menaikkan kaki sekitar setengah jam, kenapa sperma tetap keluar?

Jawapan :

Menaikkan kaki atau punggung dengan bantal adalah merupakan usaha untuk memaksimumkan jumlah sperma yang masuk




Tetapi bukanlah bermaksud tiada sedikit pun air mani yang keluar kerana air mani berbentuk cairan dan liang vagina pula berupa celahan. Jadi pasti ada saja air mani yang keluar

Puan tidak perlu risau kerana terdapat berjuta-juta sel sperma dalam air mani dan puan cuma perlukan satu sahaja untuk berjaya hamil





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Wednesday, February 4, 2015

Ambil Anak Angkat Untuk Senang Hamil


Dalam beberapa kes, hal ini memang boleh berlaku

Dalam masyarakat kita, banyak pasangan yang sudah berkahwin bertahun - tahun namun belum dikurniakan anak dan memutuskan untuk mengambil anak angkat. Walaupun belum benar - benar dibuktikan secara ilmiah, namun beberapa pasangan telah membuktikan keberkesanan tips ini

Secara psikologi, kehadiran anak angkat akan mempengaruhi emosi pasangan suami isteri, terutama isteri. Anak angkat akan membawa kebahagian dan mengurangkan ketegangan emosi dan kemurungan isteri sehingga berpengaruh positif bagi keadaan psikologinya

Tekanan adalah salah satu penyebab sukarnya terjadi kehamilan. Tahap tekanan yang sangat tinggi boleh memberi kesan kepada fungsi jantung, paru-paru, sistem saraf dan kesan negatif terhadap kesihatan keseluruhan badan. Salah satu sistem badan yang mudah terjejas adalah sistem pembiakan .

Tekanan diketahui mendorong badan untuk menghasilkan lebih hormon tekanan, salah satu daripadanya ialah kortisol. Kortisol menghalang Gonadotropin-Releasing Hormone atau GnRH seterusnya anda akan kehilangan keinginan dalam aktiviti seksual dan anovulasi (tidak berovulasi)


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.