Senang Hamil: January 2015

Saturday, January 31, 2015

Ajaibnya Rahim Ciptaan Allah Untuk Wanita


Salah satu dalam sistem pembiakan wanita yang sangat berperanan penting dalam kitaran haid, kehamilan dan bersalin adalah rahim atau istilah perubatannya ialah uterus. Hal yang menakjubkan mengenai rahim adalah kemampuanya untuk membesar dan mengecil

Biasanya saiz rahim kecil dan hanya sebesar genggaman tangan. Namun semasa hamil, rahim akan berubah saiz menjadi sangat besar sehingga cukup selesa bagi janin untuk berlindung

Rahim mempunyai 3 lapisan iaitu endometrium, miometrium serta perimetrium. Endometrium akan menebal selama kitaran haid lalu akan luruh apabila tidak terjadi kehamilan

Rahim adalah organ yang bentuknya seperti buah pir, dengan rongga yang elastik di dalamnya sebagai tempat tumbuh dan berkembangnya janin. Panjang rahim normal adalah sekitar 7 cm dengan berat kira-kira 60 gram. Saat mendekati waktu bersalin, berat rahim boleh mencapai 1 - 2 kg

Badan rahim berhubung dengan saluran telur di kedua sisi bahagian atas rahim. Bahagian dalam rongga rahim ini dilapisi oleh membran yang disebut dengan istilah endometrium. Endometrium inilah yang luruh bersama dengan darah haid setiap bulan kerana tidak terjadi persenyawaan sperma dan ovum

Saiz rahim Semasa Hamil : Trimester Pertama

Sekitar 12 minggu kehamilan, saiz rahim adalah seperti limau gedang. Jika anda hamil anak kembar dua atau lebih, rahim akan berkembang dan meregang lebih awal. Obgyn anda akan dapat merasai rahim dengan memegang perut anda

Saiz rahim Semasa Hamil : Trimester Kedua

Semasa trimester kedua, rahim anda akan berkembang sehingga saiz betik. Ia tidak lagi sesuai dalam pelvis anda. Ia akan terletak di pertengahan antara pusat dan dada anda. Apabila rahim membesar,  ia menolak organ daripada tempat asal  mereka. Ini mungkin akan menyebabkan sakit-sakit badan. Tekanan dari rahim boleh menyebabkan pusat anda keluar, tetapi akan kembali normal selepas bersalin

Saiz rahim Semasa Hamil : Trimester Ketiga

Semasa trimester ketiga rahim anda akan berhenti berkembang dan menjadi saiz buah tembikai. Rahim mengembang dari kawasan pubik ke bahagian bawah tulang rusuk anda apabila anda mencapai tempoh penuh kehamilan

Saiz rahim selepas bersalin

Selepas bersalin, rahim anda secara beransur-ansur akan kembali ke saiz dan kedudukannya sebelum hamil. Ia biasanya mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk proses ini lengkap


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

. 

Friday, January 30, 2015

Jenis Sukan Yang Bantu Anda Untuk Senang Hamil


Sukan jalan cepat dapat membantu anda untuk senang hamil. Namun bukan sukan jalan cepat saja, tetapi semua jenis sukan ringan dapat membuat tubuh menjadi lebih fit dan sihat. Berat badan yang sesuai juga menjadi salah satu faktor yang berpengaruh supaya senang hamil. 

Kajian menunjukkan bahawa wanita dengan berat badan yang ideal akan lebih mudah untuk hamil berbanding wanita yang mengalami masalah berat badannya. Peluang untuk hamil lebih kecil bukan hanya pada wanita yang terlalu gemuk tetapi juga yang terlalu kurus

Selain sebagai media untuk menurunkan berat badan, sukan juga mampu mengimbangi sistem hormon di dalam tubuh anda. Pengaruh hormon sangat berperanan dalam usaha hamil anda

Wanita yang mempunyai BMI 25-39 dianggap berat badan berlebihan atau obes dan perlukan dua kali ganda masa untuk hamil berbanding wanita dengan BMI normal

BMI kurang daripada 18.5 adalah lebih teruk. Mereka perlukan empat kali ganda masa untuk hamil berbanding wanita dengan BMI normal






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Thursday, January 29, 2015

Untuk Suami Isteri : Hari Yang Terbaik Untuk Berusaha Hamil


Pada setiap kitaran haid, wanita mempunyai kira-kira 6 hari di mana mereka subur. Ini dikenali sebagai waktu subur. Waktu subur seorang wanita adalah lima hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi

Bilakah hari yang terbaik untuk hamil?

Sperma manusia boleh hidup sehingga lima hari di dalam saluran pembiakan wanita. Telur seorang wanita hanya boleh hidup sehingga kira kira 12 - 24 jam selepas ia dilepaskan. Ini bermakna telur wanita perlu disenyawakan dalam tempoh 12 - 24 jam ini. Tambahan pula, sperma yang baru ejakulasi tidak mampu untuk mensenyawakan telur wanita. Ia mengambil masa untuk suatu proses yang dikenali sebagai 'capacitation' berlaku.

Capacitation adalah siri perubahan yang dilalui oleh sperma apabila mereka berada di dalam saluran pembiakan wanita untuk menjadikan mereka lebih mudah berenang dan membolehkan mereka menembusi telur. Ia boleh mengambil masa sehingga 10 jam untuk sperma lelaki melengkapkan proses capacitation dan dapat mensenyawakan telur wanita. Oleh sebab itu, lima hari sebelum ovulasi adalah begitu penting. Setelah ovulasi berlaku, sperma mempunyai masa yang sangat singkat untuk mensenyawakan telur. Mempunyai sperma matang (sperma yang telah melalui proses capacitation) yang bersedia di dalam saluran pembiakan wanita adalah kunci kepada kejayaan persenyawaan.

Anda mungkin pernah mendengar atau mungkin percaya bahawa hari terbaik untuk hamil adalah hari seorang wanita mengeluarkan telur (ovulasi). Ia adalah penting untuk mengetahui bila anda ovulasi dan cuba untuk melakukan hubungan seks dekat dengan masa ovulasi, tetapi hari ovulasi adalah bukan hari yang terbaik untuk berusaha hamil.

Menariknya, sehari sehingga dua hari sebelum ovulasi adalah sebenarnya hari yang lebih baik untuk berusaha hamil. Ini mungkin kerana sperma yang dipancutkan sebelum ovulasi mempunyai masa untuk matang dan mencapai telur.



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Berjaya Hamil - Set BMI

Alhamdulillah
Rezekinya cepat

.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
- Masalah Sukar Hamil

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Wednesday, January 28, 2015

Petua Mendapatkan Bayi Perempuan


Setiap ibu bapa menyumbang separuh daripada genetik bayi. Ibu adalah genetik XX , jadi dia hanya mampu menyumbang X kepada bayi yang akan datang. Bapa kepada bayi adalah XY dan boleh menyumbang sama ada X atau Y. Ini bermakna sperma adalah faktor penentu dalam penentuan jantina bayi.

Kaedah Shettles

Dr. Landrum Shettles terkenal dengan bukunya mengenai cara untuk medapatkan bayi dengan jantina tertentu, terutamanya bayi perempuan. Berikut adalah "kaedah-kaedah" daripada Shettles:

1) Pertama anda perlu tahu kitaran haid anda dan cartakan suhu menggunakan suhu badan basal (BBT) - boleh rujuk SINI untuk carta BBT
2) Cartakan suhu badan basal selama beberapa bulan supaya anda dapat menentukan ovulasi dengan lebih tepat.
3) Anda akan mula mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan selepas haid berakhir.
4) Anda perlu melakukan hubungan seks sekali sehari.
5) Elakkan hubungan seks kira-kira tiga hari sebelum anda ovulasi
6) Wanita perlu mengelakkan orgasme ketika melakukan hubungan seks. Ini adalah untuk mengelakkan persekitaran faraj daripada menjadi lebih beralkali supaya tidak menghalang genetik X

Ada yang mengatakan bahawa apa yang anda makan akan menentukan sama ada bayi anda adalah perempuan atau lelaki. Berikut adalah beberapa makanan untuk mendapatkan bayi perempuan :

* Coklat
* Sayur-sayuran segar
* Ikan
* Gula-gula



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

Tuesday, January 27, 2015

Suami Juga Boleh Mengalami Masalah Ketidaksuburan


Mendapatkan zuriat adalah satu pengalaman yang mudah dan semula jadi bagi kebanyakan pasangan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pasangan menjadi sangat sukar untuk hamil. Kemandulan suami didiagnosis selepas ujian kedua-dua pihak suami dan isteri dan masalah dijumpai dalam suami

Bagaimana ketidaksuburan lelaki?

Ketidaksuburan adalah satu masalah yang meluas. Kira-kira satu dalam lima pasangan yang mempunyai masalah kesuburan adalah daripada pihak suami

Adakah terdapat apa-apa tanda-tanda atau gejala-gejala ketidaksuburan suami?

Dalam kebanyakan kes, tidak ada tanda-tanda masalah ketidaksuburan. Hubungan seks, ereksi dan ejakulasi biasanya berlaku tanpa apa apa masalah. Kuantiti dan rupa air mani biasanya kelihatan normal dengan mata kasar.

Bagaimanakah sistem pembiakan lelaki berfungsi?

Saluran pembiakan lelaki terdiri daripada testis, sistem saluran (tiub) dan kelenjar. Testis (buah zakar) adalah sepasang kelenjar berbentuk telur yang berada di dalam skrotum pada bahagian luar badan.

Setiap testis normal lelaki dewasa berisipadu 15 hingga 35 ml. Testis diperlukan untuk sistem pembiakan lelaki untuk berfungsi secara normal. Testis mempunyai dua peranan:

1) Pengeluaran sperma
2) Pengeluaran hormon seks lelaki - testosterone 

Apa yang menyebabkan ketidaksuburan lelaki?

Ketidaksuburan lelaki boleh disebabkan oleh masalah yang memberi kesan kepada pengeluaran sperma atau proses pengangkutan sperma. Antara sebab-sebab ketidaksuburan lelaki 

1) Masalah pengeluaran sperma
Sebab yang paling biasa ketidaksuburan lelaki adalah disebabkan oleh masalah dalam proses pengeluaran sperma dalam testis. Kira-kira dua pertiga daripada lelaki yang mengalami ketidaksuburan mempunyai masalah ini.

2) Tiub pengangkutan sperma tersumbat
Penyumbatan di dalam tiub sperma dari testis kepada zakar boleh menyebabkan kekurangan sperma dalam ejakulasi air mani. Ini adalah sebab kedua yang paling biasa dalam ketidaksuburan lelaki

3) Antibodi sperma
Dalam sesetengah lelaki, bahan-bahan dalam air mani dan / atau darah dikenali sebagai antibodi sperma boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menghalang ia bersenyawa dengan ovum. Kira-kira satu dalam setiap 16 lelaki tidak subur mempunyai antibodi sperma

4) Masalah seksual
Masalah dengan hubungan seks seperti masalah ereksi atau masalah ejakulasi juga boleh menghalang pasangannya hamil.

5) Masalah hormon
Kadang-kadang kelenjar pituitari tidak menghantar mesej hormon kepada testis. Ini boleh menyebabkan paras testosteron rendah dan kegagalan testis untuk menghasilkan sperma.



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

. 

Monday, January 26, 2015

Khas Untuk Wanita : 10 Tips Diet Kesuburan Untuk Senang Hamil


"Seorang manusia terdiri daripada kira-kira 63% air, 22% protein, 13% lemak dan 2% mineral & vitamin. Setiap satu molekul datang dari makanan yang anda makan dan air yang anda minum.. " - Patrick Holford (Pengasas Institute for Optimum Nutrition)

Diet memainkan peranan penting dalam apa-apa isu kesihatan. Semua yang anda makan dan minum memberi kesan kepada kesihatan anda. Pemakanan pra-konsepsi adalah penting bukan sahaja untuk memastikan anda bersedia untuk kehamilan yang sihat, tetapi juga untuk mengelakkan isu-isu ketidaksuburan. Berikut adalah beberapa tip pengambilan diet kesuburan yang sihat

1) Makan banyak buah-buahan mentah dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 5 hidangan sayur-sayuran dan 3 - 4 hidangan buah-buahan. Berikut adalah beberapa idea untuk mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup ke dalam diet harian anda:

* Makan buah-buahan sebagai snek di waktu makan
* Jadikan salad sebagai salah satu daripada makanan anda
* Pastikan 50% daripada pinggan anda adalah sayuran
* Minum jus sayur-sayuran segar setiap hari




2) Jika anda makan protein haiwan, tumpukan lebih pada ikan air sejuk dan bukannya daging lembu atau ayam. Ikan mempunyai banyak Omega 3 yang penting dalam diet kesuburan dan kehamilan

3) Makan makanan yang mengandungi Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 seperti bijian flaks, biji labu, walnut. Bijian yang tinggi Omega 6 adalah bijian bunga matahari dan bijan

4) Makan 3 - 4 hidangan bijirin penuh sehari seperti quinoa, sekoi, dan oat serta elakkan bijirin diproses. Bijirin penuh mengandungi vitamin B dan serat yang kedua-duanya adalah penting untuk diet kesuburan dan kehamilan.

5) Minum 8 gelas air bersih setiap hari. Elakkan air botol kerana ia boleh membebaskan bahan kimia ke dalam air.

6) Elakkan makanan digoreng yang telah melalui proses hidrogenasi minyak, lemak tepu haiwan dan makanan dalam ketuhar microvawe. Masakan dan bahan-bahan ini boleh menyebabkan badan mewujudkan radikal bebas yang boleh memberi kesan negatif kepada DNA sel. DNA yang telah terjejas adalah salah satu punca keguguran dan kesukaran hamil

7) Elakkan gula dan pemanis dalam semua bentuk - gula putih, sirap jagung dengan fruktosa tinggi dan lain-lain. Gula memberi kesan negatif  kepada tahap gula dalam darah yang seterusnya memberi kesan kepada keseimbangan hormon dan ovulasi

8) Elakkan alkohol dan kurangkan pengambilan kopi sehingga satu cawan sahaja setiap hari

9) Mengambil asid folik apabila cuba untuk hamil atau dalam persediaan hamil

10) Minum jus segar atau membuat smoothie. Jus dan smoothie adalah cara yang baik untuk mendapatkan sejumlah besar nutrien dengan mudah




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

. 

Friday, January 23, 2015

Cara Senang Kenalpasti Waktu Subur Wanita



Apakah waktu subur?

Adakah anda tahu bahawa seorang wanita hanya mampu untuk berusaha hamil pada enam hari daripada keseluruhan kitaran dia pada setiap bulan? Ini dikenali sebagai waktu subur. Wanita hanya boleh berusaha hamil pada hari ovulasi atau lima hari sebelum ovulasi sahaja. 

Meramalkan tarikh ovulasi dan waktu subur boleh menjadi rumit terutama jika kitaran haid anda tidak tetap. Tetapi terdapat corak badan tertentu yang boleh memberi petunjuk bahawa anda sedang subur

Ovulasi dan Waktu Subur

Ovulasi adalah apabila telur yang matang dilepaskan dari ovari, ditolak ke tiub fallopio, dan bersedia untuk disenyawakan dengan sperma.

Setelah dibebaskan, telur hanya mempunyai jangka hayat kira-kira 24 jam untuk disenyawakan. Jika telur tidak disenyawakan, ia akan mati. Sperma pasangan anda pula dapat hidup sehingga lima hari dalam badan anda. Jadi apa-apa hubungan seks dalam tempoh lima hari sebelum ovulasi (waktu subur) boleh menyebabkan persenyawaan. Walau bagaimanapun, lebih dekat hubungan seks dengan waktu ovulasi, lebih tinggi kemungkinan untuk hamil.

Bilakah waktu subur?

Kaedah-kaedah lama akan memberitahu anda bahawa ovulasi berlaku kira-kira 14 hari selepas anda haid. Waktu subur bergantung kepada panjang kitaran haid dan dipengaruhi oleh faktor luar seperti tekanan atau kekurangan zat makanan. Oleh itu, wanita perlu memberi perhatian kepada tanda-tanda badan mereka dan isyarat waktu subur sedang tiba.

Mengenal pasti Waktu Subur

Sesetengah wanita mungkin mempunyai kitaran haid yang tetap dan mereka tidak mempunyai masalah dalam menentukan waktu subur mereka. Tapi bagi kebanyakan wanita, meramalkan ovulasi yang tepat adalah jauh lebih sukar.

Antara cara untuk meramal waktu subur :

Suhu Badan Basal

Suhu badan basal (BBT) adalah suhu badan anda apabila anda mula-mula bangun pada waktu pagi, atau selepas sekurang-kurangnya tiga jam tidur tanpa gangguan. Untuk merakam BBT, anda perlu menggunakan termometer basal. Ia mempunyai skala yang lebih kecil daripada termometer biasa dan membolehkan anda merekod perubahan kecil dalam suhu badan anda .

Untuk menggunakan termometer basal, anda perlu mengambil suhu badan anda sebelum anda bangun dari katil. Cuba untuk mengambil suhu badan anda pada masa yang sama setiap pagi, dan sebelum anda makan atau minum.

Termometer basal Digital murah dan mudah untuk digunakan. Mereka biasanya datang dengan carta suhu. Catat setiap hari sehingga dua atau tiga bulan untuk melihat pola kitaran haid anda

Mukus serviks

Anda boleh periksa mukus serviks dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam faraj dan sampai ke serviks. Mukus serviks menjadi elastik apabila mendekat waktu ovulasi

Ujian ovulasi

Kit Peramal Ovulasi boleh didapati di farmasi.  Ia mengesan lonjakan hormon luteinizing (LH) dalam air kencing anda sebelum ovulasi. Ia lebih mudah digunakan dan selalunya lebih tepat daripada kaedah BBT dan boleh meramalkan ovulasi 12 hingga 36 jam lebih awal seterusnya membantu anda memaksimumkan peluang untuk hamil




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

Thursday, January 22, 2015

Anda Pernah Hamil Tapi Sukar Hamil Lagi?


Ia adalah sebuah mitos bahawa jika anda telah hamil satu atau lebih anak yang cukup bulan, anda sangat subur dan akan senang hamil lagi. Malah ketidaksuburan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa. Pasangan yang mempunyai satu atau lebih anak kandung, tanpa bantuan teknologi atau ubat kesuburan, tetapi tidak mampu untuk hami lagi selepas itu dikatakan mengalami Secondary Infertility.

Ia tidak kira jika anda mempunyai pasangan yang berbeza atau tidak kali ini. Jika anda mempunyai anak kandung dari hubungan sebelum ini dan anda masih tidak dapat hamil dengan pasangan baru, ini juga ditakrifkan sebagai Secondary Infertility.

Sekitar 12% daripada wanita di Amerika Syarikat didiagnosis dengan Secondary Infertility. Jika anda telah cuba selama setahun atau lebih untuk hamil, atau jika anda berusia 35 tahun ke atas dan telah mencuba selama 6 bulan atau lebih dan masih gagal, ia adalah masa untuk berjumpa doktor.

Terdapat tanda-tanda amaran anda perlu berjumpa doktor dengan segera jika:

* Haid tidak teratur atau amat menyakitkan
* Lebih daripada 2 atau lebih keguguran
* Sejarah STI (Sexually transmitted infections)
* Sejarah isu-isu kesuburan seperti endometriosis, sista ovari, dll
* Sejarah masalah kesihatan lain seperti kencing manis, obesiti, isu-isu tiroid, ketagihan arak, ketagihan dadah, penyakit autoimun, dll

Mengapa Secondary Infertility Berlaku?

1) Faktor Umur
Semakin kita berusia, sistem badan kita tidak seperti dahulu. Hal ini berlaku jika terdapat tabiat makan yang buruk, pilihan gaya hidup dan tekanan tinggi. Walaupun kita tidak boleh membalikkan proses penuaan, kita boleh menyokong kesihatan kita dengan cara yang terbaik mungkin melalui pilihan diet yang baik, amalan gaya hidup yang sihat dan teknik pengurangan tekanan.

Kesuburan sangat menurun apabila wanita mencapai umur 35 tahun ke atas.  Jadi sekali lagi jika anda cuba untuk hamil lagi tetapi tidak berjaya dan anda berusia 35 tahun ke atas, berjumpalah doktor

2) Cesarean Section (C-section)
Jika anda pernah melalui Cesarean Section (C-section), mungkin terdapat kerosakan tisu pada rahim atau tiub fallopio sehingga sukar untuk hamil lagi. Kerosakan tisu dan parut dalam rahim boleh menyebabkan implantasi (penempelan) menjadi sukar. Kerosakan tisu pada tiub fallopian boleh menyebabkan ia tersumbat dan menyukarkan kehamilan terjadi. Risiko ia berlaku adalah sangat rendah, tetapi meningkat jika terdapat jangkitan.

3) Hyperthyroidism 
Thyroiditis selepas bersalin didapati berlaku dalam 7% daripada wanita dalam tahun pertama selepas melahirkan anak. Tisu dalam kelenjar tiroid yang terlalu aktif membawa kepada pengeluaran hormon tiroid berlebihan. Ini biasanya disebabkan oleh radang tiroid, dipanggil thyroiditis.

4) Obesiti
Jika terdapat banyak peningkatan berat badan selepas kelahiran anak terakhir anda, ia adalah penting untuk mengetahui bahawa obesiti meningkatkan risiko ketidaksuburan.

Obesiti di kalangan lelaki merendahkan paras testosteron. Tahap kronik testosteron yang rendah mempengaruhi fungsi testis seterusnya menyebabkan semua hormon yang dihasilkan olehnya menjadi tidak seimbang.


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

Wednesday, January 21, 2015

Apa Itu Endometriosis?


Apakah Endometriosis ?
Endometriosis berlaku apabila tisu endometrium (lapisan dalam rahim)  mengimplan dirinya di luar rahim sama ada pada pundi kencing, usus, atau ovari. Tisu endometrium ini bertindak balas sama seperti tisu endometrium normal semasa kitaran haid. Lapisan endometrium yang berada di rahim menjalankan rutin setiap bulan semasa haid, tetapi tisu endometriosis yang terperangkap di sekitar pelbagai organ tidak dapat keluar. Ia kemudian menyebabkan pelbagai keradangan dan parut tisu yang boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Apa yang menyebabkan Endometriosis?
Terdapat pelbagai teori yang menyebabkan endometriosis. Ketidakseimbangan hormon dengan dominasi estrogen, mungkin dengan makan makanan yang tidak sihat atau bukan organik dan pendedahan terhadap bahan kimia boleh menggalakkan pertumbuhan endometriosis. Sistem imun yang rendah boleh mencetuskan tindak balas keradangan, dan genetik juga boleh memainkan peranan. Jangkitan Candida juga boleh mendorong hormon yang boleh merangsang pertumbuhan endometriosis.

Gejala Endometriosis
Gejala-gejala fizikal endometriosis termasuk senggugut dan sakit pelvis, masalah saluran kencing, dan keletihan. Penghidap endometriosis mengalami masalah sukar hamil kerana tiub fallopio tersumbat atau tisu endometrium diimplan atau melekat berhampiran ovari. Penghidap Endometriosis juga cenderung mempunyai isu-isu kesihatan seperti alahan, kembung, sembelit, cirit-birit, sindrom keletihan yang kronik, dan jangkitan yis.

Rawatan endometriosis
Ubat-ubatan termasuk terapi hormon digunakan tetapi pembedahan sering diperlukan untuk membuang tisu endometrium. Rawatan boleh berkesan dengan pembasmian endometriosis ini. Jika sejarah perubatan wanita itu pernah mengalami jangkitan yis faraj yang kronik, jangkitan saluran gastrousus atau saluran kencing, keletihan kronik dan sakit pelvis, Candida perlu dirawat

Diet
Diet endometriosis adalah sama dengan diet anti - Candida, bukan sahaja untuk mengurangkan gejala endometriosis, tetapi juga untuk membantu menormalkan tahap hormon dan menggalakkan tahap kesihatan yang baik.

Perkenalkan serat, sayur-sayuran dan Omega-3 (asid lemak) dalam bentuk flaxseeds, ikan dan kacang tertentu untuk mengurangkan keradangan dalam badan

Menangani jangkitan Candida memerlukan pengubahsuaian diet. Mengelakkan pengambilan gula boleh menghapuskan Candida. Berhati-hati dengan gula yang tersembunyi dalam makanan. Suplemen probiotik dalam bentuk kapsul, tablet atau memakan yogurt dengan acidophilus akan memberi manfaat kepada flora usus dan faraj.


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.


Tuesday, January 20, 2015

Adakah Bahan Ini Yang Menyebabkan Ketidaksuburan Anda?


Adakah kesuburan anda dipengaruhi oleh xenohormones?

Xenohormones adalah bahan yang tidak dijumpai dalam alam semula jadi dan mempunyai kesan hormon pada badan. Mereka memberi kesan estrogen pada lelaki dan wanita yang menyebabkan badan kekurangan progesteron. Ia adalah bahan toksik yang mudah diserap melalui kulit dan terkumpul di dalam badan dari semasa ke semasa.

Sebaik sahaja anda tahu di mana dan apa sebenarnya Xenohormones, anda boleh mengelak daripadanya atau tidak menggunakan produk yang mengandungi Xenohormones. Terdapat kajian mengenai kaitan Xenohormones dan gangguan hormon, yang membawa kita kepada isu-isu kesuburan dan ketidakseimbangan hormon

Anda boleh mengelakkan bahan-bahan ini, terutama apabila anda sedang membuat persediaan untuk hamil atau sedang hamil.

Bagaimana xenohormones mempunyai kesan seperti estrogen

1) Mereka bergabung dengan tapak reseptor estrogen dan mengaktifkan tindakan estrogen
2) Mereka mendorong pembentukan tapak reseptor estrogen yang berlebihan
3) Menghalang keupayaan hati untuk mengeluarkan estrogen

Sumber umum Xenohormones
  1. Pelarut dan pelekat - Ia memasuki badan dengan mudah dan boleh didapati di cat / peluntur, pengilat kuku dan cucian kering. Pelarut boleh merosakkan janin yang sedang berkembang dan sangat harus dielakkan oleh wanita hamil 
  2. Asap ekzos
  3. Hampir semua plastik
  4. Daging bukan organik - Mereka diberi estrogen untuk menggemukkan badan
  5. Racun perosak, racun herba, racun kulat
  6. Emulsifiers yang terdapat dalam sabun dan kosmetik
  7. Sisa industri
NOTA : Anda boleh menyerap xenohormones melalui pemakanan, pernafasan dan sentuhan kulit secara langsung 

Apa yang boleh anda lakukan
  1. Berhenti menggunakan racun perosak. Sebaliknya menggunakan rawatan organik untuk rumput dan taman anda seperti minyak pati (essential oils)
  2. Makan makanan organik
  3. Elakkan pendedahan kepada pelarut, plastik, kosmetik dan sabun yang dibuat dengan pengemulsi berasaskan petrokimia (minyak mineral)
  4. Jangan guna produk minyak mineral pada badan anda. Minyak mineral diperbuat daripada minyak mentah (bahan yang sama untuk membuat petrol dan plastik)
  5. Jangan MICROWAVE makanan anda dalam plastik. Ini akan melepaskan xenohormones ke dalam makanan anda
  6. Tidak memakai pakaian poliester (ia dibuat daripada plastik)
  7. Jangan guna penyegar udara, pelembut kain, panel kayu palsu apabila membina sebuah rumah. Satu alternatif yang sihat akan menggunakan penyegar udara yang diperbuat daripada minyak pati (essential oils)
  8. Jangan gunakan spermicide (Suatu bahan yang menghalang kehamilan dengan menghentikan sperma daripada bergerak)
  9. Elakkan semua hormon seks tiruan
  10. Guna produk penjagaan wanita yang semula jadi


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.



Friday, January 16, 2015

Kekurangan Suatu Vitamin Ini Menyebabkan Masalah Haid


Vitamin D adalah vitamin penting yang disebut-sebut memberi manfaat kepada kadar kesuburan. Ia juga mengurangkan risiko kanser, menguatkan tulang dan gigi, dan merawat kemurungan secara semula jadi.

Ia begitu penting untuk kesuburan kerana ia diperlukan untuk membantu tubuh menghasilkan hormon seks. Jumlah hormon seks yang betul di dalam badan anda adalah penting kepada keseluruhan kesejahteraan anda. Jika tidak, anda boleh mengalami PMS, PCOS dan ketidaksuburan.

Yale University School of Medicine menjalankan kajian terhadap 67 wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan, di mana hanya 7% mempunyai tahap Vitamin D normal. Wanita wanita yang lain mungkin tidak mempunyai Vitamin D yang cukup atau kekurangan Vitamin D dalam tubuh mereka

Salah seorang penyelidik di Yale, Dr Lubna Pal yang juga Pengarah Program untuk Sindrom Polycystic Ovari (PCOS) di Pusat Kesuburan Yale berkata, "Tidak ada pesakit sama ada gangguan ovulasi atau sindrom PCOS menunjukkan tahap Vitamin D yang normal"

Salah satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan Vitamin D adalah dengan makan telur dan susu, serta mengambil minyak ikan kod.

Pilihan lain adalah untuk mengambil suplemen Vitamin D yang boleh anda beli di farmasi. Namun, anda perlu membaca label dengan berhati-hati untuk memastikan bahawa anda membeli Vitamin D3 dan tidak Vitamin D2.

Vitamin D juga boleh diperolehi secara percuma dengan duduk di bawah cahaya matahari selama 15 hingga 20 minit setiap pagi. Lupakan pelindung matahari kerana ia benar-benar akan menghalang cahaya ultraungu yang diperlukan untuk menghasilkan Vitamin D. 

Matahari panas membantu kulit anda untuk membuat Vitamin D3 yang kemudian diubah oleh buah pinggang dan hati  untuk menjadi bentuk hormon yang aktif iaitu Vitamin D. Malah, dengan berada di bawah cahaya matahari hanya untuk beberapa minit sehari, badan wanita boleh menghasilkan antara 10,000 hingga 25,000 IU Vitamin D.




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.