Senang Hamil: Petua Meningkatkan Peluang Anda Untuk Mempunyai Anak Kembar

Wednesday, February 4, 2015

Petua Meningkatkan Peluang Anda Untuk Mempunyai Anak Kembar


petua senang hamil
Sumber : maternitygallery.com

Ramai orang tertanya-tanya apa yang diperlukan untuk mempunyai anak kembar dua, kembar tiga atau lebih. Walaupun mempunyai anak kembar kadang-kadang suatu rezeki tidak disangka sangka, ibu bapa anak kembar mengatakan beberapa faktor umum yang meningkatkan peluang hamil kembar. Kebanyakannya tidak terbukti secara saintifik tetapi lebih kepada pengalaman peribadi.




Perlu diingat juga bahawa jika anda berharap untuk mempunyai anak kembar, anda harus sedar akan risiko dan komplikasi yang berkaitan dengan kehamilan kembar termasuk pre-eclampsia dan bersalin pra-matang.

Petua Meningkatkan Peluang Anda Untuk Mempunyai Anak Kembar : 

1. Ada Sejarah kembar

Ada kembar dalam keluarga anda? Jika ibu, abang, kakak, bapa saudara atau sepupu ada yang kembar, mungkin anda berpeluang juga untuk mempunyai kembar. Kadang-kadang kembar adalah turun-temurun. Walau bagaimanapun, hanya kembar tidak seiras sahaja (kembar tidak seiras dipengaruhi oleh keturunan dan hanya dalam kes-kes tertentu). Jika ibu atau nenek sebelah ibu adalah kembar tidak seiras, anda mungkin mewarisi gen untuk hyperovulation yang meningkatkan peluang anda untuk hamil kembar

2. Naikkan Berat Badan

Satu kajian yang diterbitkan oleh American College of Obstetrics and Gynecology ada hubung kait kenaikan kadar kelahiran kembar dengan peningkatan kadar obesiti. Penyelidikan mendapati bahawa ibu-ibu yang mempunyai BMI (Body Mass Index) 30 atau lebih cenderung mempunyai kembar. Sekali lagi, statistik ini hanya berlaku kepada kembar tidak seiras. Kajian ini juga menunjukkan bahawa wanita dengan ketinggian melebihi purata juga lebih cenderung mempunyai anak kembar

3. Tunggu Sehingga Anda Lebih Tua

Ibu-ibu yang lebih tua lebih cenderung untuk hamil kembar berbanding rakan-rakan mereka yang lebih muda. Hampir dua puluh peratus daripada ibu-ibu yang melahirkan anak umur 45 tahun ke atas mempunyai anak kembar. Walau bagaimanapun, risiko juga meningkat. Ibu-ibu yang lebih tua mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dan lebih cenderung untuk mengalami masalah seperti kencing manis semasa hamil dan bayi mereka mempunyai risiko keabnormalan kromosom yang lebih tinggi.

4. Mempunyai Lebih Kembar

Sebaik sahaja anda mempunyai kehamilan kembar, anda mungkin berpeluang hamil kembar lagi! Ibu-ibu yang mempunyai anak kembar mempunyai empat kali ganda lebih berkemungkinan untuk mempunyai anak kembar lagi berbanding wanita yang tidak pernah mengandung atau yang hanya mempunyai kehamilan tunggal

5. Diet: Keladi & Tenusu

Tiada yang cukup pasti mengapa, tetapi suku Yoruba di Afrika Barat mempunyai kadar kembar tertinggi di dunia. Satu kajian membuat kesimpulan bahawa diet ibu adalah puncanya. Diet yang kaya dengan cassava, sejenis keladi atau keledek. Cassava ini dianggap mengandungi bahan kimia yang menyebabkan hyperovulation. Di samping itu, satu kajian 2006 mendapati bahawa wanita yang mengambil susu adalah lima kali lebih berkemungkinan untuk mempunyai anak kembar

6. Dapatkan Bantuan Kesuburan

Ubat yang stimulasikan ovulasi boleh menyebabkan kehamilan kembar. Kehamilan kembar juga boleh terjadi daripada persenyawaan invitro.

7. Mencuba Hamil Walaupun Sedang Menyusukan Anak

Kebanyakan orang berfikir bahawa anda tidak boleh hamil ketika menyusukan anak, bahawa proses menyusu mengelakkan seorang wanita dari berovulasi. Walau bagaimanapun, selepas 6 bulan bersalin, kitaran haid beransur-ansur kembali kepada normal. Beberapa penyelidikan telah menyokong teori bahawa peluang anak kembar dua atau lebih kembar akan meningkat jika seorang wanita hamil semasa menyusu. Sebagai contoh, Dr. Gary Steinman mendakwa bahawa wanita yang hamil semasa menyusu adalah sembilan kali lebih berkemungkinan untuk hamil kembar berbanding wanita yang tidak menyusukan anak pada masa percubaan hamil

8. Dapatkan Pil Perancang

Pil perancang biasanya dianggap 99.9 peratus berkesan mencegah kehamilan. Kadang-kadang kehamilan berlaku apabila pil tidak diambil secara konsisten.

9. Hanya Bertuah!

Kembar seiras amat misteri; tidak ada yang betul-betul pasti apa yang menyebabkan telur berpecah selepas persenyawaan, menghasilkan kembar seiras. Kadang-kadang anda hanya bertuah!



....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.