Senang Hamil: Cara Memanaskan Rahim Yang Sejuk Supaya Senang Hamil

Senang Hamil

Senang Hamil

Wednesday, March 9, 2016

Cara Memanaskan Rahim Yang Sejuk Supaya Senang Hamil

sumber : www.medscape.com

Peredaran darah adalah kunci untuk sel-sel badan mendapat nutrien dan oksigen dan mengeluarkan bahan buangan yang tidak diperlukan. Jika ia tidak berlaku, kesihatan dan fungsi sel-sel tidak akan optimum.

Fasa luteal (selepas ovulasi) adalah fasa berciri kehangatan dan menggalakkan pergerakan darah serta merangsang implantasi. Pada masa ini progesteron di tahap paling tinggi yang meningkatkan suhu badan sebagai persediaan untuk embrio yang disenyawakan.




Tenaga dan peredaran darah ke rahim yang lemah boleh menyebabkan ia tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Anda mungkin mempunyai masalah peredaran darah ke rahim jika mengalami gejala-gejala ini :
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Kawasan-kawasan yang sejuk apabila disentuh, seperti perut, pinggul atau belakang
  • Tiroid yang kurang aktif
  • Suhu basal badan rendah (suhu semasa baru bangun tidur, sebelum berbuat apa apa)
  • Fasa luteal pendek
  • Spotting sebelum keluar darah haid
  • Tidak berovulasi atau lambat ovulasi
  • Sista pada ovari
  • Senggugut
  • Kerap membuang air kecil, terutama pada waktu malam
  • Penghadaman yang lemah
  • Kerap gugur

Jika anda mengalami mana-mana gejala, terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk memanaskan rahim

Makan makanan yang ‘panas’
Elakkan makanan atau minuman sejuk atau makanan mentah untuk meningkatkan kesihatan reproduktif ketika cuba untuk hamil dan semasa hamil. Makanan dan minuman ‘panas’adalah yang paling bermanfaat untuk meningkatkan peredaran darah sekitar abdomen dan organ pembiakan. Sup, sayur-sayuran kukus, bubur, halia, kayu manis, buah pelaga dan cili sangat baik diambil untuk memanaskan rahim yang sejuk

Sentiasa pakai stokin dan selipar
Sentiasa pastikan kaki anda hangat dan tidak berkaki ayam di atas lantai yang sejuk. Dalam ilmu perubatan cina, saluran tenaga yang mencapai organ-organ pembiakan anda bermula pada kaki (salah satu sebab refleksologi begitu berkesan)

Banyakkan bergerak
Edaran darah dirangsang oleh pergerakan. Tahap aktiviti yang rendah boleh membawa kepada sekatan. Berjalan lebih laju, menaiki tangga dengan lebih semangat dan bertenaga, bersenam, bangun dan bergerak dari meja anda setiap 30 minit atau melakukan lompat bintang untuk meningkatkan kadar jantung anda

Mengurut
Anda boleh meningkatkan peredaran darah ke rahim dengan cara mengurut. Cari bidan yang pakar dalam urutan kesuburan atau anda boleh belajar untuk mengurut sendiri di rumah. Meningkatkan aliran darah ke rahim mewujudkan persekitaran yang lebih subur untuk embrio tumbuh dan ovari akan menerima lebih banyak nutrien dan oksigen untuk kesihatan telur. 



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda





Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.