Senang Hamil: Perbezaan Antara Tanda Awal Kehamilan Atau Tanda Kedatangan Haid

Wednesday, August 10, 2016

Perbezaan Antara Tanda Awal Kehamilan Atau Tanda Kedatangan Haid


Ia sebenarnya amat sukar, walaupun ibu-ibu yang berpengalaman untuk membezakan antara tanda-tanda awal kehamilan atau tanda-tanda yang menunjukkan bahawa haid akan tiba kerana tanda-tanda kedua-duanya adalah sama.

Tanda haid akan tiba atau awal kehamilan yang sama

Sebelum haid tiba, anda mungkin mengalami sakit payudara, sakit kepala, keletihan, sembelit dan jerawat. Semua tanda ini adalah sama dengan tanda-tanda awal kehamilan.

Tanda-tanda lain yang mungkin sama :

Morning Sickness
Hampir setiap wanita hamil akan mengalami morning sickness. Oleh itu morning sickness adalah tanda yang boleh dipercayai bahawa wanita yang hamil. Walau bagaimanapun, terdapat juga wanita yang mengalami muntah atau mual semasa haid mereka.

Kejang
Tanda-tanda yang menunjukkan kedatangan haid termasuklah sakit perut atau pelvik atau kejang. Sesetengah wanita hamil juga akan mengalami kekejangan di awal kehamilan namun mungkin memerlukan rawatan doktor.


Perbezaan kedatangan haid dan awal kehamilan

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara kedatangan haid dan awal kehamilan

Kedatangan haid
Awal kehamilan
Sakit belakang
---
---
Tiada haid
---
Kerap buang air kecil
---
Kulit menjadi lebih gelap

Ramai yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa haid. Sakit belakang bukan tanda awal kehamilan. Wanita hamil hanya akan mengalami sakit belakang pada trimester kedua dan ketiga kerana rahim yang semakin membesar.

Tanda-tanda kehamilan

Ketiadaan haid
Jika anda mempunyai kitaran haid yang tetap dan tidak mengalami apa-apa perubahan rutin sebelum ini seperti stress, demam, selesema, sakit, mengambil ubat, perjalanan jarak jauh atau pengambilan makanan yang tidak sihat yang kerap, maka ketiadaan haid kemungkinan besar menjadi tanda anda hamil.

Kerap buang air kecil
Semasa hamil, terdapat peningkatan dalam jumlah darah maka dengan itu banyak cecair diproses melalui buah pinggang yang akhirnya dihantar ke pundi kencing. Ini boleh menyebabkan wanita hamil membuang air kecil lebih kerap. Tanda ini mungkin tidak jelas di awal kehamilan

Secara kesimpulan, tiada haid adalah tanda kehamilan yang dipercayai, dengan syarat wanita itu mengalami kitar haid yang tetap dan tidak mengalami apa apa perubahan rutin. Untuk mengesahkan kehamilan, boleh lakukan ujian kehamilan di rumah. Ujian kehamilan sebaiknya dilakukan pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Elakkan minum air sebelum ujian untuk mengelakkan air kencing cair.


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.