Senang Hamil: Cara Bersihkan Rahim Daripada Darah-Darah Lama Untuk Senang Hamil

Senang Hamil

Senang Hamil

Friday, March 11, 2016

Cara Bersihkan Rahim Daripada Darah-Darah Lama Untuk Senang Hamil

sumber : authoritynutrition.com

Adakah anda mengalami PMS sebelum haid seperti tertekan, menangis, perubahan emosi dan cepat marah, perubahan selera makan dan ketagihan makanan, masalah tidur (insomnia)?
Adakah anda mengalami keletihan yang tidak dapat dijelaskan?
Adakah anda pernah mengambil ubat perancang?
Adakah anda mempunyai jerawat?
Adakah anda buang air besar kurang daripada satu kali setiap hari?
Adakah anda mempunyai lingkaran hitam di bawah mata?
Adakah anda mempunyai kulit gatal?
Adakah anda pernah mengambil ubat atau antibiotik lebih daripada 1 minggu?
Adakah semasa anda haid, keluar darah hitam atau gelap, kekejangan, atau darah beku?
Adakah anda makan daging bukan organik dan tenusu?
Adakah anda mengalami ketidakseimbangan hormon?
Adakah anda mengalami selesema yang kerap?




Dalam usaha untuk rahim berfungsi pada tahap yang terbaik, ia memerlukan peredaran darah yang betul. Dengan peredaran yang betul, komunikasi antara rahim dan ovari dan seluruh sistem endokrin dapat berfungsi dengan lancar. Kunyit boleh memberi manfaat dalam membantu meningkatkan peredaran ke rahim.

Estrogen adalah salah satu daripada hormon seks wanita yang penting untuk kitaran haid dan kesuburan. Kunyit pula bertindak sebagai phytoestrogen lemah yang diperolehi daripada sumber tumbuhan. Ia adalah salah satu herba yang mengembalikan bentuk dan fungsi rahim yang sempurna.

Kunyit juga merupakan antioksidan yang kuat yang mempunyai keupayaan untuk membantu badan menentang radikal bebas. Antioksida ini melindungi hati dan menjana semula sel-sel hati yang bertanggungjawab untuk mengepam toksin dari badan. Ini penting untuk keseimbangan hormon.

Kunyit mempunyai manfaat untuk merawat keadaan radang sendi, otot dan saraf, keradangan autoimun dan ketidaksuburan seperti :
  • PCOS
  • Endometriosis
  • Fibroid
  • Sista ovari
  • Senggugut
  • Amenorrhea kerana kekurangan aliran darah atau genangan darah

Cara penyediaan kunyit :
  1. Ambil 1 inci kunyit hidup (elakkan serbuk kunyit yang biasa dijual)
  2. Tumbuk lumat
  3. Gentelkan menjadi bulat
  4. Telan bersama air suam
  5. Ambil selepas sarapan

Amalkan setiap bulan semasa haid sahaja. Namun begitu, elakkan ambil jika anda :
  • Hamil atau menyusu
  • Ada mengambil ubat mencairkan darah
  • Sebelum prosedur pembedahan
  • Ada batu karang
  • Ada penyakit gastrointestinal


   


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.