Senang Hamil

Monday, February 9, 2015

Untuk Suami Isteri - Bau Air Mani Yang Tidak Normal


Proses terjadinya persenyawaan, kehamilan dan perkembangan janin hingga lahirnya bayi yang diharapkan oleh banyak pasangan memang terjadi di sistem reproduksi wanita. Namun bukan bermaksud peranan sistem pembiakan suami tidak penting


Seperti ovum, sperma juga adalah kunci kehamilan, apabila sperma tidak dapat memsenyawakan ovum kerana beberapa sebab, maka kehamilan mungkin tidak terjadi

Dari pihak suami, faktor penyebab yang selalu terjadi adalah masalah kualiti sperma yang rendah. Sperma berkualiti adalah sperma yang aktif (anda memerlukan mikroskop untuk melihat pergerakan ini) dan jumlahnya yang banyak. Ibarat seorang lelaki yang bertarung merebut hati wanita yang dicintai, begitu juga sperma yang berlumba-lumba menembus dan mensenyawakan ovum. Hanya sperma yang berkualiti yang mampu mensenyawakan

Untuk mengetahui apakah sperma suami dalam keadaan baik dan sihat, perlukan pemeriksaan makmal.

Air mani adalah cecair yang membawa sperma. Mungkin bau yang paling biasa yang berkaitan dengan air mani seperti bau klorin. Ini adalah bau biasa air mani. Ya, air mani sepatutnya berbau seperti klorin dan peluntur. Jadi, jika itu adalah bau suami, maka ia adalah perkara biasa dan normal. 

Air mani sedikit alkali, antara 7.2 dan 8.0. Ini dianggap tahap pH yang sihat. Apabila tahap pH badan lelaki seimbang, air mani berbau seperti ammonia, peluntur atau bahan beralkali lain.

Ada lelaki melaporkan bahawa air mani mereka berbau busuk dan hanyir. Ini bukanlah sesuatu yang normal. Makanan dan minuman boleh mempunyai kesan ke atas bau air mani tetapi tidak akan menyebabkan air mani berbau hanyir. Jadi, jika bau air mani busuk dan hanyir, ia adalah masa untuk berjumpa doktor

Bau busuk biasanya dikaitkan dengan jangkitan kelenjar prostrate atau organ-organ lain dalam sistem pembiakan lelaki . Jika bau itu disertakan dengan air mani warna merah, coklat, kuning atau hijau, anda pasti mempunyai jangkitan.






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Thursday, February 5, 2015

Empat Syarat Terjadinya Kehamilan Normal


Secara mudah, untuk terjadinya kehamilan secara normal diperlukan empat perkara berikut yang kita golongkan sebagai Empat Syarat Terjadinya Kehamilan Normal :

1) Ada sperma dengan kualiti baik dan aktif
2) Ada telur (ovum) yang sedia disenyawakan
3) Tiub fallopian yang bebas halangan untuk mempertemukan sperma dan ovum
4) Rahim yang sihat untuk janin membenam dan berkembang


Jadi ketika terjadi masalah ketidaksuburan, kemungkinan besar terjadi gangguan di salah faktor tersebut.

Kadang juga tiada masalah dengan keempat empat syarat di atas namun tetap gagal hamil. Hal ini adalah kes yang cukup jarang yang dikenali dalam dunia perubatan sebagai unexplained infertily (ketidaksuburan yang tidak boleh dijelaskan penyebabnya)

Masalah ketidaksuburan memang berkait rapat dengan gaya hidup. Pola dan gaya hidup yang tidak sihat sangat berpengaruh terhadap tahap kesuburan contohnya rehat yang tidak teratur, pola makan yang tidak sihat, alkohol dan rokok

Masalah ketidaksuburan tidak selalu disebabkan oleh pihak isteri sahaja. Suami juga boleh menyumbang kepada masalah ketidaksuburan.






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Posisi Kaki Isteri Selepas Bersama Suami Untuk Senang Hamil


Soalan :

Kawan-kawan saya menyarankan untuk mengangkat kaki setelah berhubungan, jadi kaki dinaikkan / disandarkan ke dinding. Dengan begitu semua sperma akan masuk ke dalam rahim saya. Tapi setelah saya selesai menaikkan kaki sekitar setengah jam, kenapa sperma tetap keluar?

Jawapan :

Menaikkan kaki atau punggung dengan bantal adalah merupakan usaha untuk memaksimumkan jumlah sperma yang masuk




Tetapi bukanlah bermaksud tiada sedikit pun air mani yang keluar kerana air mani berbentuk cairan dan liang vagina pula berupa celahan. Jadi pasti ada saja air mani yang keluar

Puan tidak perlu risau kerana terdapat berjuta-juta sel sperma dalam air mani dan puan cuma perlukan satu sahaja untuk berjaya hamil





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
. 

Wednesday, February 4, 2015

Ambil Anak Angkat Untuk Senang Hamil?


Dalam beberapa kes, hal ini memang boleh berlaku

Dalam masyarakat kita, banyak pasangan yang sudah berkahwin bertahun - tahun namun belum dikurniakan anak dan memutuskan untuk mengambil anak angkat. Walaupun belum benar - benar dibuktikan secara ilmiah, namun beberapa pasangan telah membuktikan keberkesanan tips ini



Secara psikologi, kehadiran anak angkat akan mempengaruhi emosi pasangan suami isteri, terutama isteri. Anak angkat akan membawa kebahagian dan mengurangkan ketegangan emosi dan kemurungan isteri sehingga berpengaruh positif bagi keadaan psikologinya

Tekanan adalah salah satu penyebab sukarnya terjadi kehamilan. Tahap tekanan yang sangat tinggi boleh memberi kesan kepada fungsi jantung, paru-paru, sistem saraf dan kesan negatif terhadap kesihatan keseluruhan badan. Salah satu sistem badan yang mudah terjejas adalah sistem pembiakan .

Tekanan diketahui mendorong badan untuk menghasilkan lebih hormon tekanan, salah satu daripadanya ialah kortisol. Kortisol menghalang Gonadotropin-Releasing Hormone atau GnRH seterusnya anda akan kehilangan keinginan dalam aktiviti seksual dan anovulasi (tidak berovulasi)






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Petua Meningkatkan Peluang Anda Untuk Mempunyai Anak Kembar


petua senang hamil
Sumber : maternitygallery.com

Ramai orang tertanya-tanya apa yang diperlukan untuk mempunyai anak kembar dua, kembar tiga atau lebih. Walaupun mempunyai anak kembar kadang-kadang suatu rezeki tidak disangka sangka, ibu bapa anak kembar mengatakan beberapa faktor umum yang meningkatkan peluang hamil kembar. Kebanyakannya tidak terbukti secara saintifik tetapi lebih kepada pengalaman peribadi.




Perlu diingat juga bahawa jika anda berharap untuk mempunyai anak kembar, anda harus sedar akan risiko dan komplikasi yang berkaitan dengan kehamilan kembar termasuk pre-eclampsia dan bersalin pra-matang.

Petua Meningkatkan Peluang Anda Untuk Mempunyai Anak Kembar : 

1. Ada Sejarah kembar

Ada kembar dalam keluarga anda? Jika ibu, abang, kakak, bapa saudara atau sepupu ada yang kembar, mungkin anda berpeluang juga untuk mempunyai kembar. Kadang-kadang kembar adalah turun-temurun. Walau bagaimanapun, hanya kembar tidak seiras sahaja (kembar tidak seiras dipengaruhi oleh keturunan dan hanya dalam kes-kes tertentu). Jika ibu atau nenek sebelah ibu adalah kembar tidak seiras, anda mungkin mewarisi gen untuk hyperovulation yang meningkatkan peluang anda untuk hamil kembar

2. Naikkan Berat Badan

Satu kajian yang diterbitkan oleh American College of Obstetrics and Gynecology ada hubung kait kenaikan kadar kelahiran kembar dengan peningkatan kadar obesiti. Penyelidikan mendapati bahawa ibu-ibu yang mempunyai BMI (Body Mass Index) 30 atau lebih cenderung mempunyai kembar. Sekali lagi, statistik ini hanya berlaku kepada kembar tidak seiras. Kajian ini juga menunjukkan bahawa wanita dengan ketinggian melebihi purata juga lebih cenderung mempunyai anak kembar

3. Tunggu Sehingga Anda Lebih Tua

Ibu-ibu yang lebih tua lebih cenderung untuk hamil kembar berbanding rakan-rakan mereka yang lebih muda. Hampir dua puluh peratus daripada ibu-ibu yang melahirkan anak umur 45 tahun ke atas mempunyai anak kembar. Walau bagaimanapun, risiko juga meningkat. Ibu-ibu yang lebih tua mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dan lebih cenderung untuk mengalami masalah seperti kencing manis semasa hamil dan bayi mereka mempunyai risiko keabnormalan kromosom yang lebih tinggi.

4. Mempunyai Lebih Kembar

Sebaik sahaja anda mempunyai kehamilan kembar, anda mungkin berpeluang hamil kembar lagi! Ibu-ibu yang mempunyai anak kembar mempunyai empat kali ganda lebih berkemungkinan untuk mempunyai anak kembar lagi berbanding wanita yang tidak pernah mengandung atau yang hanya mempunyai kehamilan tunggal

5. Diet: Keladi & Tenusu

Tiada yang cukup pasti mengapa, tetapi suku Yoruba di Afrika Barat mempunyai kadar kembar tertinggi di dunia. Satu kajian membuat kesimpulan bahawa diet ibu adalah puncanya. Diet yang kaya dengan cassava, sejenis keladi atau keledek. Cassava ini dianggap mengandungi bahan kimia yang menyebabkan hyperovulation. Di samping itu, satu kajian 2006 mendapati bahawa wanita yang mengambil susu adalah lima kali lebih berkemungkinan untuk mempunyai anak kembar

6. Dapatkan Bantuan Kesuburan

Ubat yang stimulasikan ovulasi boleh menyebabkan kehamilan kembar. Kehamilan kembar juga boleh terjadi daripada persenyawaan invitro.

7. Mencuba Hamil Walaupun Sedang Menyusukan Anak

Kebanyakan orang berfikir bahawa anda tidak boleh hamil ketika menyusukan anak, bahawa proses menyusu mengelakkan seorang wanita dari berovulasi. Walau bagaimanapun, selepas 6 bulan bersalin, kitaran haid beransur-ansur kembali kepada normal. Beberapa penyelidikan telah menyokong teori bahawa peluang anak kembar dua atau lebih kembar akan meningkat jika seorang wanita hamil semasa menyusu. Sebagai contoh, Dr. Gary Steinman mendakwa bahawa wanita yang hamil semasa menyusu adalah sembilan kali lebih berkemungkinan untuk hamil kembar berbanding wanita yang tidak menyusukan anak pada masa percubaan hamil

8. Dapatkan Pil Perancang

Pil perancang biasanya dianggap 99.9 peratus berkesan mencegah kehamilan. Kadang-kadang kehamilan berlaku apabila pil tidak diambil secara konsisten.

9. Hanya Bertuah!

Kembar seiras amat misteri; tidak ada yang betul-betul pasti apa yang menyebabkan telur berpecah selepas persenyawaan, menghasilkan kembar seiras. Kadang-kadang anda hanya bertuah!



....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.

Tuesday, February 3, 2015

Tanda Tanda Wanita Mengalami Ketidakseimbangan Hormon



Keseimbangan hormon adalah faktor penting dalam kesuburan dan kehamilan. Sepanjang kitaran haid pelbagai hormon bekerja bersama-sama dalam satu simfoni yang kompleks untuk mencetuskan ovulasi dan haid. Contohnya hormon progesteron dan estrogen.



Apakah tindakan progesteron

. Progesteron mengekalkan lapisan rahim yang membolehkan telur yang disenyawakan oleh sperma untuk membenam di dalamnya
· Membantu embrio untuk terus hidup
· Menghalang penolakan imun bayi yang sedang berkembang
· Membolehkan perkembangan lengkap janin sepanjang kehamilan
· Membantu badan menggunakan lemak untuk tenaga semasa hamil
· Mengaktifkan osteoblasts untuk meningkatkan pembentukan tulang baru
· Melindungi daripada kanser endometrial, kanser  payudara , dan kanser ovari
· Menormalkan pembekuan darah

Terlalu banyak estrogen dalam badan

Salah satu sebab utama wanita kekurangan progesteron adalah kerana mereka mempunyai terlalu banyak estrogen dalam badan. Dominasi estrogen boleh berlaku kerana pelbagai sebab antaranya :

· Daging dan tenusu komersial yang dimakan mengandungi sejumlah besar estrogen
· PCOS dan endometriosis juga boleh mempunyai dominasi estrogen

Gejala dominasi estrogen

· Gejala alahan seperti asma
· Kanser payudara
· Nafsu seks menurun
· Kemurungan dan / atau kebimbangan
· Mata yang kering
· Berat badan bertambah
· Keletihan
· Metabolisme yang lemah
· Pemikiran lemah
· Keguguran rambut
· Sakit kepala
· Peningkatan pembekuan darah
· Haid yang tidak teratur
· Insomnia
· PMS (Sindrom Pra Haid)
· Ovari polikistik

Tidak cukup progesteron dalam badan

Terdapat banyak tanda-tanda yang mungkin muncul jika anda tidak mempunyai progesteron yang cukup

Gejala kekurangan progesteron :
· Keguguran awal berulang
· Tiada haid
· Tidak ovulasi
· Endometriosis
· PCOS
· PMS (Sindrom Pra Haid)
· Kekejangan semasa haid
· Pembekuan darah
· Payudara bengkak
· Payudara fibrocystic
· Kehilangan libido
· Obesiti
· Kemurungan
· 'Water retention'
· Masalah tiroid
· Muka berbulu
· Rasa panas
· Berpeluh pada waktu malam
· Kekeringan faraj
· Pemikiran lemah
· Memori merosot
· Tertekan
· Gangguan tidur






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Monday, February 2, 2015

Perhatian Kepada Wanita Yang Berusaha Hamil. Elakkan Makanan Ini


Wanita yang ingin hamil perlu menjauhkan diri daripada makanan segera. Lebih lemak trans seorang wanita makan, lebih tinggi kemungkinan dia untuk menjadi tidak subur.

Makan lemak trans mempunyai kesan ke atas badan dengan mengganggu reseptor sel yang terlibat dalam metabolisme glukosa dan sensitiviti insulin. Sensitiviti insulin dan metabolisme glukosa yang rendah adalah faktor yang sama yang memberi kesan kepada kesuburan wanita yang mengalami PCOS (salah satu punca ketidaksuburan)

Dengan mengambil setiap 4 gram lemak trans, risiko isu-isu ketidaksuburan akan meningkat dua kali ganda. Ia tidak sukar untuk mendapatkan 4 gram asid lemak trans sehari, terutamanya jika anda makan makanan segera dan makanan yang diproses .

Lemak trans dalam makanan anda

Dikenali sebagai minyak separa hidrogenasi, terdapat dalam pelbagai produk makanan, termasuk :

# Kebanyakan kek, biskut, pai dan keropok yang mengandungi shortening. Biasanya diperbuat daripada minyak sayuran separa hidrogenasi.
# Makanan ringan. Chips kentang, chips jagung dan chips tortilla selalunya mengandungi lemak trans.
# Makanan goreng - kentang goreng, donat dan ayam goreng boleh mengandungi lemak trans dari minyak yang digunakan dalam proses memasak.
# Produk seperti biskut dalam tin sering mengandungi lemak trans
# Krimer dan marjerin. Krimer kopi Nondairy dan marjerin juga mungkin mengandungi minyak sayuran separa hidrogenasi

Penyelesaian

# Mula membaca label . Elakkan bahan makanan yang mengandungi lemak trans.
# Makan makanan organik. Beri tumpuan kepada sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging organik dan ikan
# Elakkan kentang goreng, makanan segera, dll






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.