Senang Hamil: Senggugut Kuat

Thursday, January 2, 2014

Senggugut Kuat

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa
dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru
meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic
dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya
dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai dibawah.


-----------------------------
Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil
baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid
mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya
mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan
rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid
yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid
ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih
sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah
disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama
"Prostaglandin".

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada
yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan
mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit
juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya
setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan
kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah
gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya.
Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada
saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian
sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan
dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas
kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit 'endometriosis'

Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar
sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang
sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi
ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ' Norethisterone'.


-----------------------------
Senggugut jenis kedua ialah 'congestive dysmenorrhea' yang biasa
dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya
senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.
Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan.
Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti
'endometriosis', 'adenomyosis', 'fibroids' dan jangkitan kuman pada
perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu
doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah
keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut
yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis.
Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah
berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi.
Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih
mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga
pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman
menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea
(Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid.
Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun
dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.

Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut
prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid.
Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan
pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika
haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran
keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan
rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti
penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser
rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama
beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai
haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan
membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah
dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan
hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama.
Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus
bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit
dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.