Senang Hamil: Jangan Pandang Ringan Mengenai Haid

Senang Hamil

Senang Hamil

Friday, December 19, 2014

Jangan Pandang Ringan Mengenai Haid


Seorang bayi perempuan yang baru lahir mempunyai sehingga 450,000 telur tersimpan dalam ovarinya. Apabila dia mulai haidnya antara umur kira-kira 10 hingga 14 tahun, satu daripada telur-telur ini akan matang setiap bulan. Telur dibebaskan dari ovari dan ditangkap oleh hujung tiub fallopio yang bercabang-cabang seperti pakis, yang menggerakkan telur hingga sampai ke uterus (rahim) dengan menggunakan gerakan lembut beralun.

Satu kitaran haid purata berlangsung selama 28 hari – itu kiraaan dari hari pertama sesuatu haid itu hingga ke haid berikutnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran lebih pendek, mungkin hanya 23 hari, dan ada juga yang lebih lama sehingga 35 hari


Berjumpalah doktor jika :

• Haid anda tiba-tiba tidak teratur
• Kitaran haid menjadi lebih pendek iaitu kurang daripada 21 hari
• Kitaran haid menjadi panjang iaitu lebih daripada 35 hari
• Anda berdarah lebih daripada 10 hari berturut-turut
• Haid anda berhenti lebih daripada 12 bulan tetapi kini berdarah
kembali (untuk mereka yang menopos)
• Tuala wanita anda perlu ditukar setiap 1 jam atau anda perlu memakai diaper
• Terdapat darah beku besar keluar
• Haid anda mengalir dan membasahi kain dan kerusi anda (flooding),
• Terdapat pendarahan di tengah bulan,
• Terdapat pendarahan semasa atau selepas hubungan seks
• Sengugut keterlaluan sehingga anda perlu berbaring di katil



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!