Senang Hamil: Ajaibnya Rahim Ciptaan Allah Untuk Wanita

Saturday, January 31, 2015

Ajaibnya Rahim Ciptaan Allah Untuk Wanita



Salah satu dalam sistem pembiakan wanita yang sangat berperanan penting dalam kitaran haid, kehamilan dan bersalin adalah rahim atau istilah perubatannya ialah uterus. Hal yang menakjubkan mengenai rahim adalah kemampuanya untuk membesar dan mengecil

Biasanya saiz rahim kecil dan hanya sebesar genggaman tangan. Namun semasa hamil, rahim akan berubah saiz menjadi sangat besar sehingga cukup selesa bagi janin untuk berlindung


Rahim mempunyai 3 lapisan iaitu endometrium, miometrium serta perimetrium. Endometrium akan menebal selama kitaran haid lalu akan luruh apabila tidak terjadi kehamilan

Rahim adalah organ yang bentuknya seperti buah pir, dengan rongga yang elastik di dalamnya sebagai tempat tumbuh dan berkembangnya janin. Panjang rahim normal adalah sekitar 7 cm dengan berat kira-kira 60 gram. Saat mendekati waktu bersalin, berat rahim boleh mencapai 1 - 2 kg

Badan rahim berhubung dengan saluran telur di kedua sisi bahagian atas rahim. Bahagian dalam rongga rahim ini dilapisi oleh membran yang disebut dengan istilah endometrium. Endometrium inilah yang luruh bersama dengan darah haid setiap bulan kerana tidak terjadi persenyawaan sperma dan ovum

Saiz rahim Semasa Hamil : Trimester Pertama

Sekitar 12 minggu kehamilan, saiz rahim adalah seperti limau gedang. Jika anda hamil anak kembar dua atau lebih, rahim akan berkembang dan meregang lebih awal. 

Saiz rahim Semasa Hamil : Trimester Kedua

Semasa trimester kedua, rahim anda akan berkembang sehingga saiz betik. Ia tidak lagi sesuai dalam pelvis anda. Ia akan terletak di pertengahan antara pusat dan dada anda. Apabila rahim membesar,  ia menolak organ daripada tempat asal  mereka. Ini mungkin akan menyebabkan sakit-sakit badan. Tekanan dari rahim boleh menyebabkan pusat anda keluar, tetapi akan kembali normal selepas bersalin

Saiz rahim Semasa Hamil : Trimester Ketiga

Semasa trimester ketiga rahim anda akan berhenti berkembang dan menjadi saiz buah tembikai. Rahim mengembang dari kawasan pubik ke bahagian bawah tulang rusuk anda apabila anda mencapai tempoh penuh kehamilan

Saiz rahim selepas bersalin

Selepas bersalin, rahim anda secara beransur-ansur akan kembali ke saiz dan kedudukannya sebelum hamil. Ia biasanya mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk proses ini lengkap


....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.