Senang Hamil: Khas Untuk Semua Wanita : Petua Menggalakkan Ovulasi Yang Sihat

Friday, January 9, 2015

Khas Untuk Semua Wanita : Petua Menggalakkan Ovulasi Yang Sihat


Ovulasi (pengeluaran ovum dari ovari) yang tetap setiap bulan adalah satu perkara penting yang perlu berlaku pada setiap kitaran haid bagi seorang wanita untuk berjaya hamil. Malangnya, disfungsi ovulasi atau anovulasi berlaku pada ramai wanita, menjadikannya salah satu punca utama ketidaksuburan.

Walau bagaimanapun, terdapat tiga cara mudah untuk menggalakkan ovulasi tetap yang sihat

1. Makan Makanan Yang Sihat
Memakan jumlah yang cukup vitamin D, B12, Zat Besi dan Asid Lemak (EFA) boleh memainkan peranan dalam ovulasi normal. Makan pelbagai jenis buah, sayur sayuran, bijirin penuh, daging organik, makanan laut, tenusu dan kekacang


2. Senaman
Bersenam secara tetap dapat membantu mengekalkan indeks jisim tubuh (BMI) yang sihat. Ia seterusnya menyokong keseimbangan hormon dan tahap insulin untuk kesuburan dan ovulasi.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Epidemiology menyatakan, "... data menunjukkan bahawa di kalangan wanita Amerika, ketidaksuburan melibatkan masalah ovulasi boleh dikaitkan dengan berat badan berlebihan dan gaya hidup yang tidak aktif berbanding mereka yang kurang berat badan"

3. Kurangkan Tekanan
Tahap tekanan yang sangat tinggi boleh memberi kesan kepada fungsi jantung, paru-paru, sistem saraf  dan kesan negatif terhadap kesihatan keseluruhan badan. Salah satu sistem badan yang mudah terjejas adalah sistem pembiakan .

Tekanan diketahui mendorong badan untuk menghasilkan lebih hormon tekanan, salah satu daripadanya ialah kortisol. Kortisol menghalang Gonadotropin-Releasing Hormone atau GnRH seterusnya anda akan kehilangan keinginan dalam aktiviti seksual dan anovulasi (tidak berovulasi)







.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.