Senang Hamil: Asid Folik Untuk Kesuburan Suami Dan Isteri

Thursday, April 23, 2015

Asid Folik Untuk Kesuburan Suami Dan Isteri

 

Salah satu B-vitamin, folat (atau asid folik) diperlukan untuk perkembangan sel-sel darah merah dan DNA. Folat juga memainkan peranan penting dalam pembahagian sel. Tahap rendah folat dikaitkan dengan anemia.


Asid folik adalah nutrien penting dalam badan. Perlukah lelaki juga mengambil asid folik?

Apa Peranan Asid Folik Dalam Kesuburan Wanita?

Wanita yang tidak mendapatkan asid folik yang mencukupi dalam diet mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai bayi dengan kecacatan tiub neural. Kecacatan tiub neural berlaku pada kira-kira 3000 kehamilan setiap tahun di Amerika Syarikat, termasuk spina bifida, anencephaly, dan encephalocele. Kecacatan kelahiran boleh menyebabkan kecacatan sepanjang hayat dan paling teruk, ia  boleh membawa kepada kematian.


 Spina Bifida Defects

 Encephalocele

Jika anda mempunyai sejarah keluarga kecacatan tiub neural, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat anak yang mengalami kecacatan ini. Asid folik tidak boleh menghapuskan kecacatan kelahiran namun suplemen asid folik yang diamalkan sebelum hamil dan terus mengamalkannya di awal kehamilan didapati mengurangkan berlakunya kecacatan kelahiran sehingga 60%. Faedah lain yang mungkin daripada suplemen asid folik termasuk :

# Lebih rendah risiko kecacatan jantung kongenital (masalah dengan struktur jantung)
# Lebih rendah risiko kelahiran pramatang
# Lebih rendah risiko bayi kurang berat badan
# Lebih rendah keadaan ovulasi yang tidak teratur.

Apa Peranan Asid Folik Dalam Kesuburan Lelaki?

Sebelum menjadi embrio, kita memerlukan telur dan sperma. Wanita dilahirkan dengan semua telur sekaligus. Lelaki pula menghasilkan sperma setiap hari. Malah 1500 sel sperma baru "lahir" setiap saat.

Satu kajian mendapati bahawa tahap folat yang rendah dalam air mani telah dikaitkan dengan kestabilan DNA sperma yang rendah. Satu lagi kajian mendapati bahawa gabungan suplemen asid folik dan zink untuk tempoh 26 minggu menambah jumlah bilangan sperma

Untuk rujukan anda, pengambilan yang disyorkan bagi asid folik adalah:
# 400 mcg untuk lelaki dan wanita 14 tahun ke atas
# 500 mcg bagi wanita menyusu
# 600 mcg bagi wanita hamil

Antara makanan yang tinggi asid folik

# Bayam
# Kacang bermata hitam
# Nasi putih
# Asparagus
# Tauge
# Salad Romaine
# Bayam
# Brokoli

Makanan lain kaya folat termasuk sawi, kacang hijau, kacang merah, kacang tanah, germa gandum, tomato, ketam, jus oren, betik dan pisang

Adakah Saya Perlu Ambil Suplemen Asid folik?

Kebanyakan wanita tidak mendapat asid folik yang mencukupi dalam diet mereka. Oleh kerana banyak kehamilan tidak dirancang, dan kerana vitamin ini perlu ada sebelum anda hamil, adalah disarankan bahawa semua wanita dalam usia melahirkan anak mengambil suplemen tambahan harian yang merangkumi sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik.

Apabila hamil, suplemen asid folik yang disyorkan setiap hari adalah 600 mcg. Jika anda mempunyai sejarah keluarga kecacatan tiub neural, doktor anda mungkin mencadangkan anda mengambil 4000 hingga 5000 mcg asid folik. Anda perlu mengambil dos yang tinggi ini di bawah pengawasan doktor.





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.