Senang Hamil: Rempah Di Dapur Ini Boleh Meningkatkan Kesuburan Untuk Senang Hamil

Friday, April 10, 2015

Rempah Di Dapur Ini Boleh Meningkatkan Kesuburan Untuk Senang Hamil


Satu kajian yang diterbitkan di dalam American Journal Obstetrik & Ginekologi telah mendapati bahawa pengambilan kulit kayu manis setiap hari membantu mengawal atur kitaran haid dalam kumpulan kecil wanita dengan PCOS.

Tanda-tanda dan Gejala PCOS

  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Tiada haid
  • Kitaran anovulatory (kegagalan ovari melepaskan ovum dalam tempoh masa biasanya melebihi 3 bulan)
  • Pendarahan tidak normal pertengahan kitaran
  • Pendarahan haid yang berlebihan
  • Alopecia (keguguran rambut disebabkan oleh androgen yang tinggi)
  • Hirsutisme (rambut badan yang berlebihan)
  • Jerawat
  • Nigricans Acanthosis (gangguan pigmentasi kulit - tompok gelap pada kulit ketiak, pangkal paha, leher, siku, lutut atau lipatan kulit)
  • Ovari polikistik
  • Sejarah sista ovari
  • Gangguan mood
  • Obesiti
  • Keguguran berulang

Kulit kayu manis boleh membantu mengawal kitaran haid dengan mengubah bagaimana badan wanita bertindak balas kepada hormon insulin. Penemuan baru mengatakan bahawa mengambil kulit kayu manis mungkin meningkatkan peluang untuk berjaya hamil di kalangan wanita dengan PCOS.

PCOS menyebabkan sista pada ovari, jerawat, pertumbuhan rambut yang luar biasa, obesiti, kitar haid yang tidak teratur dan ketidaksuburan. Sindrom ini didorong oleh tahap gula yang tinggi di dalam darah. Wanita-wanita ini menjadi kebal kepada insulin iaitu hormon yang memberitahu badan bagaimana dan bila untuk memproses gula.

Menurut Daniel Kort, seorang endocrinologist di Columbia University Medical Center, kulit kayu manis menurunkan paras gula darah pada pesakit diabetes dan dia tertanya-tanya sama ada ia juga boleh membantu merawat PCOS. Maka dia bahagikan 45 wanita dengan PCOS, kepada dua kumpulan. Satu kumpulan wanita mengambil kulit kayu manis 1.5 gram setiap hari (kurang daripada satu sudu teh) dan satu kumpulan lagi tanpa kulit kayu manis.

Selepas enam bulan, wanita yang mengambil kulit kayu manis mengalami lebih daripada empat kitaran haid, manakala wanita tidak mengambil kulit kayu manis mengalami kurang daripada dua kitaran haid

Dua wanita yang mengambil kulit kayu manis dalam kajian ini mengandung dalam beberapa bulan.






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.