Senang Hamil: Perubahan Yang Dialami Ibu Hamil Semasa Trimester Kedua

Tuesday, September 8, 2015

Perubahan Yang Dialami Ibu Hamil Semasa Trimester Kedua

Sumber : www.pregmed.org
Anda sepatutnya dapat tidur dengan lebih baik dalam trimester kedua kehamilan. Pada peringkat ini, perubahan mendadak yang berlaku dalam trimester pertama kini sepatutnya sudah reda dan badan anda telah dapat menyesuaikan diri dengan kehamilan. Oleh itu, anda mungkin tidak merasa terlalu letih seperti semasa trimester pertama


Walaupun anda mungkin dapat tidur dengan lebih selesa, masih ada gangguan pada waktu malam. Gangguan yang biasa pada peringkat ini termasuklah kejang kaki, mimpi-mimpi pelik dan hidung tersumbat.

Tahap hormon anda pada peringkat ini telahpun stabil, oleh itu tidur anda akan lebih selesa. Uterus (rahim) anda juga telah naik ke atas dan tidak lagi menekan pundi kencing. Ini bermakna, anda kurang membuang air pada waktu malam.

Mabuk hamil sepatutnya telah reda menjelang minggu ke-14 hingga ke-16. Namun, sesetengah wanita terpaksa menahan loya atau muntah-muntah sepanjang kehamilan mereka.

Apabila usia kehamilan anda semakin meningkat, anda mungkin mula mengalami masalah seperti pedih ulu hati dan ketakcernaan yang berlaku pada waktu malam.

Anda juga mungkin perasan bahawa bayi anda lebih aktif pada waktu malam. Biasanya, dia akan mula menendang dang menggeliat sebaik sahaja anda berbaring untuk tidur.

Sumber : babycenter

.


.....................
Ada Kawan Yang Masih Gagal Hamil?


------------------------------------
Whatsapp Masalahnya Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu kawan anda



Realisasikan Impian Kawan Anda Mempunya Zuriat!!!
.