Senang Hamil: Sakit Kejang Kaki Semasa Hamil

Wednesday, September 9, 2015

Sakit Kejang Kaki Semasa Hamil

Sumber : www.pinterest.com
Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Jumpalah doktor jika: 
  • Kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • Betis anda membengkak
Sumber : babycenter.com

.........................


Elak Kejang Kaki Semasa Hamil Dengan Ostematrix
Diambil 4 biji setiap hari selepas makan

Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah boleh sebabkan kejang kaki

Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

Whatsapp "OSTE" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
Bye-bye Kejang Kaki!

.