Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.
Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub fallopian, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub fallopian tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
Agak sukar untuk mengenal
pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang
sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti
senggugut dan keluar sedikit darah.
Walau bagaimanapun, ada
beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar
rahim seperti:
- Pendarahan faraj yang tidak normal - Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun")
- Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor.
Jika kehamilan di luar rahim
ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran
embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom
berikut:
- Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
- Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
- Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
- Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).
Jika anda mengalami
simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau
pergi ke hospital. Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk
mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah
akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan
memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan
samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan
satu tanda kehamilan di luar rahim.
Doktor akan menjalankan
pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak
dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat
dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari.
Jika doktor mengesyaki
kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi,
anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara
memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan
kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda.
Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:
Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:
- Pembedahan ini lebih cepat;
- Kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini
- Anda tidak perlu tinggal lama di hospital
- Kurang ubat penahan sakit diperlukan
Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut
terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan
kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk
menggantikan darah yang hilang.
Sumber : babycenter
.....................
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.