Senang Hamil: Bahan-bahan Kegunaan Harian Yang Mengganggu Kesihatan Dan Kesuburan Anda

Senang Hamil

Senang Hamil

Friday, October 9, 2015

Bahan-bahan Kegunaan Harian Yang Mengganggu Kesihatan Dan Kesuburan Anda



Kebanyakan produk yang kita gunakan setiap hari untuk mandi seperti sabun dan pencuci muka mungkin sebenarnya memberi lebih bahaya berbanding kebaikan

Salah satu cara badan anda memperoleh nutrien selain daripada makan adalah transdermally iaitu melalui kulit. Kulit adalah organ terbesar iaitu dengan purata 22 kaki persegi . 60 peratus daripada bahan-bahan yang kita sapu di kulit diserap ke dalam aliran darah dan membolehkan ia menyerap vitamin dan mineral, juga menyerap bahan kimia berbahaya


Bahan kimia dalam sabun boleh mengganggu hormon, menggalakkan alahan, membawa kepada isu-isu kesuburan dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser. Dengan kesan sampingan yang serius seperti ini, kita perlu mengambil berat apa yang kita gunakan pada kulit.

Berikut adalah empat bahan kimia yang kita perlu berhati-hati apabila membeli
  • Wangian:  "Fragrance" sebenarnya boleh menjadi campuran bahan kimia. Syarikat-syarikat pengeluar tidak perlu mendedahkan pecahan bahan-bahan wangian kepada pengguna kerana bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan wangian dianggap "rahsia perdagangan." Pendedahan berterusan kepada wangian telah terbukti memberi kesan negatif kepada sistem saraf pusat dan boleh mencetuskan alahan, migrain dan gejala asma.
  • Parabens. Bahan-bahan ini adalah mimik estrogen. Apabila digunakan pada kulit, mereka masuk ke dalam aliran darah dan berlaku ketidakseimbangan estrogen. Ini boleh mengurangkan jisim otot, meningkatkan deposit lemak, menyebabkan baligh yang awal dan menyebabkan masalah pembiakan dalam kedua-dua lelaki dan wanita.
  • Sulfat. Bahan kimia ini digunakan untuk menghasilkan buih sabun contohnya SLS (sodium lauryl sulfat) dan SLES (Sodium Laureth Sulfate). Sulfat boleh meningkatkan penembusan permukaan kulit. Ia juga adalah perengsa bagi orang-orang yang mempunyai masalah kulit sensitif atau ekzema.
  • Triclosan. Kimia ini adalah yang paling sering dijumpai dalam sabun anti-bakteria. Ia mewujudkan dioksin iaitu karsinogen. Dioksin menyebabkan gangguan pada sistem endokrin dan memberikan kesan negatif terhadap fungsi tiroid.
Kita mencuci badan kita dengan sabun yang mengandungi bahan-bahan berbahaya setiap hari. Tingkatkan kesihatan anda secara keseluruhan dengan memilih sabun yang berkualiti tinggi dan bebas daripada empat bahan yang mengganggu hormon ini



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.