Senang Hamil: Cara Meneran Semasa Bersalin

Senang Hamil

Senang Hamil

Tuesday, October 13, 2015

Cara Meneran Semasa Bersalin


Latihan teknik-teknik relaks semasa hamil dapat membantu anda menggunakannya dengan efektif semasa proses kelahiran. Cubalah teknik-teknik pernafasan berikut:
  • Fikirkan perkataan "relaks". Ia mempunyai dua suku kata, "re" dan "laks". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "re" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "laks". Jangan biarkan minda anda merayau
  • Anda boleh cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga dengan perlahan dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira sebanyak empat kali lagi.
  • Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Ramai wanita yang menahan nafas dan meneran sepanjang mana yang boleh. Kaedah ini kini tidak digalakkan kerana tiada bukti yang menunjukkan bernafas dan meneran dalam cara ini berfaedah bagi anda dan bayi, dan ia juga mungkin meningkatkan risiko koyakan. 

Kaedah ini dapat mengelak daripada tekak anda rosak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat, dan seterusnya anda dapat meneran dengan efektif.

Turuti naluri anda dan teran seberapa banyak kali setiap kontraksi sebanyak mana yang anda rasa baik. Anda mungkin dapati bahawa anda rasa hendak meneran sedikit tiga hingga lima kali bagi setiap kontraksi, dengan mengambil nafas beberapa kali di antaranya.

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. 

Cara Meneran :
  1. Angkat kepala dagu cecah dada
  2. Mata pandang perut 
  3. Tangan pegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali
  4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tidak kuat 
  5. Masa meneran jangan angkat punggung untuk mengelakkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
  6. Tarik nafas dalam-dalam apabila kontraksi bermula
  7. Bernafas atau hembus nafas perlahan-lahan ketika anda meneran
  8. Baca bismilah dan selawat

Kongsi tips ini dengan suami supaya suami dapat mengingatkan anda semasa anda mahu bersalin

Sumber :  babycenter dan sentuhankasih-ibu




.....................
Ada Kawan Yang Masih Gagal Hamil?


------------------------------------
Whatsapp Masalahnya Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Kawan Anda Mempunya Zuriat!!!


.