Anda telah membuat keputusan dan sudah bersedia untuk hamil.
Namun, adakah badan anda sudah bersedia?
Mengapa kita perlu bersedia untuk hamil? Kerana badan
akan mengalami pertambahan berat dan akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk perkembangan
bayi dan mengekalkan kehamilan.
Langkah-langkah mudah untuk penyediaan kehamilan yang
sihat
Makan Makanan Yang Sihat
- Makan banyak sayur-sayuran organik dan buah-buahan
- Makan makanan organik
- Makan bijirin
- Makan makanan berserat tinggi
- Elakkan gula halus
- Minum banyak air kosong
Membersih dan Menyahtoksin
Tubuh manusia boleh menjadi tempat terkumpulnya toksin
alam sekitar dari ekzos kereta, pencemaran kimia, plastik, makanan, dan banyak
lagi. Toksin boleh disimpan di dalam hati, buah pinggang dan sel-sel lemak.
Semasa mengandung dan menyusukan bayi, badan akan menggunakan simpanan lemak
untuk perkembangan bayi dan toksin boleh terus mengalir kepada bayi. Inilah
sebabnya mengapa penting membersihkan badan daripada toksin sebelum hamil dan
penyusuan.
Menukar diet makanan anda adalah langkah pertama dalam
membersihkan badan daripada toksin ini.
Senaman
Senaman menggalakkan dua saluran detoksifikasi semula
jadi iaitu peluh dan peredaran darah. Wanita yang cuba untuk hamil perlu
bersenam secara tetap pada tahap sederhana
Contohnya :
- Berjalan pantas, 5 kali seminggu, selama 30 minit hingga 1 jam
- Menari
- Zumba 2-3 kali seminggu
- Aerobik 2-3 kali seminggu
- Menunggang basikal
- Berenang
Mengambil Vitamin Pranatal
Terdapat pelbagai nutrien penting yang boleh hilang
daripada diet. Pakar bersetuju bahawa wanita yang cuba untuk hamil harus
bersedia dengan mengambil multivitamin
Baca di sini -- >> Kepentingan Asid Folik Untuk IbuHamil
Berhenti Merokok
Alkohol, rokok dan minum kafein yang berlebihan telah
ditunjukkan dapat mengurangkan tahap kesuburan dan perlu dihentikan semasa
hamil. Kajian menunjukkan bahawa semua ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon
dan mungkin melambatkan ovulasi.
Berjumpa Pakar Sakit Puan Anda
Dapatkan pemeriksaan pelvik dan payudara sebelum mencuba
untuk hamil. Ini akan membantu untuk mengenal pasti dan menyelesaikan apa-apa
isu yang berpotensi. Adalah lebih baik untuk mengetahui jika terdapat mana-mana
isu kesihatan sebelum hamil.
Kurangkan Tekanan
Amalan pengurusan tekanan harus menjadi sebahagian
daripada penyediakan badan untuk hamil. Tahap tekanan yang tinggi telah
ditunjukkan dapat menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon melalui gangguan sistem
endokrin.
Cara yang baik untuk mengurangkan tekanan termasuk sembahyang,
meditasi, senaman, yoga, dan kaunseling
.....................
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda