Senang Hamil: Kesan Berat Badan Yang Tidak Normal Pada Kesuburan

Senang Hamil

Senang Hamil

Friday, February 12, 2016

Kesan Berat Badan Yang Tidak Normal Pada Kesuburan

Sumber : www.salon.com
Pengambilan lemak adalah penting untuk kesuburan yang sihat. Daripada bimbang tentang berapa banyak lemak yang kita makan, kita perlu prihatin dengan jenis lemak yang kita makan. Kita memerlukan sejumlah lemak tepu untuk menghasilkan kolesterol. Kolesterol diperlukan untuk pembentukan membran sel yang sihat dan merupakan pelopor kepada semua hormon steroid (progesteron, estrogen, FSH, dan lain-lain).

Lemak badan yang baik adalah penting untuk tubuh menghasilkan hormon dan mengekalkan keseimbangannya. Wanita yang kurang berat badan mempunyai lemak yang rendah. Satu kajian dari BJOG (International Journal of Obstetrics and Gynaecology) menunjukkan bahawa wanita yang kurang berat badan adalah 72% lebih cenderung untuk mengalami keguguran.

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan pula mungkin mempunyai masalah sukar hamil akibat dominasi hormon estrogen yang boleh menyebabkan masalah kitaran haid, anovulasi (tidak berovulasi), dan masalah dinding rahim yang tidak sesuai untuk pembesaran bayi .

Jika anda mempunyai tiroid yang kurang aktif (hipotiroidisme), kelenjar tiroid anda tidak dapat menghasilkan hormon penting yang cukup. Bagi wanita, terdapat hubungan antara hipotiroidisme dan ketidaksuburan. Tahap rendah hormon tiroid boleh mengganggu pengeluaran telur dari ovari (ovulasi) yang mengurangkan kesuburan.

Sama ada anda mempunyai berat badan yang sihat, berat badan yang kurang atau berat badan yang berlebihan, minyak kelapa telah ditunjukkan boleh menyokong metabolisme yang sihat dengan menyuburkan kelenjar tiroid seterusnya mengimbangkan hormon.

"MINYAK KELAPA adalah antara makanan yang kaya dengan lemak yang sihat dan meningkatkan peluang anda untuk hamil" – Dr Ben Kim

"MCFA dalam MINYAK KELAPA seperti asid laurik membantu untuk mengekalkan keseimbangan hormon. Asid lemak sihat yang diperlukan untuk membentuk komponen struktur hormon, termasuk peraturan hormon pembiakan. Badan yang kekurangan asid lemak penting boleh mengganggu pengeluaran hormon pembiakan utama seperti estrogen atau testosterone" - human-fertility.com

"Dapatkan nutrien yang baik daripada mentega, avokado, kekacang, dan MINYAK KELAPA untuk meningkatkan kesuburan" – mamanatural.com

"MINYAK KELAPA sangat baik untuk fungsi tiroid yang penting untuk mengawal selia hormon dan kitaran ovulasi" - grassfedgirl.com


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 4 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.