Senang Hamil: Sebab Berlaku Spotting Coklat Selama Beberapa Hari Sebelum Haid

Senang Hamil

Senang Hamil

Thursday, February 25, 2016

Sebab Berlaku Spotting Coklat Selama Beberapa Hari Sebelum Haid


Progesteron memainkan peranan dalam mengekalkan kehamilan. Hormon ini dihasilkan dalam ovari, plasenta (apabila wanita itu hamil) dan kelenjar adrenal. Progesteron menyebabkan lapisan rahim atau endometrium menebal.

Corpus luteum iaitu folikel selepas ovulasi menghasilkan progesteron. Jika tiada persenyawaan dan tiada embrio menanam di lapisan rahim, corpus luteum berhenti menghasilkan progesteron dan mula merosot selepas kira-kira 14 hari, Ini menyebabkan lapisan rahim runtuh dan seterusnya berlaku haid.


4 tanda-tanda progesterone rendah

Spotting sebelum bermula haid
Progesteron menyebabkan lapisan rahim atau endometrium menebal supaya ia tidak mudah runtuh sebelum bermula haid. Jika anda tidak mempunyai progesteron yang cukup, anda akan melihat sedikit spotting coklat beberapa hari sebelum haid bermula

Fasa luteal pendek
Fasa luteal adalah masa antara ovulasi dan haid seterusnya. Ia perlu berlaku selama 11-14 hari, iaitu jangka hayat corpus luteum. Jika fasa luteal anda lebih pendek daripada 11 hari bermakna ada masalah corpus luteum. Ini dipanggil kecacatan fasa luteal dan dikaitkan dengan tahap progesteron yang rendah.

Suhu rendah di fasa luteal
Progesteron merangsang tiroid anda dan memanaskan badan. Itulah sebabnya suhu badan basal anda naik selepas ovulasi dan harus kekal tinggi sehingga sehari sebelum haid. Jika suhu badan anda tidak naik atau tidak kekal sehingga sehari sebelum haid, anda mungkin mempunyai masalah dengan progesteron.

Lendir subur dalam fasa luteal

Estrogen merangsang penghasilan lendir subur. Progesteron pula mengeringkan ia. Anda sepatutnya kering sepanjang fasa luteal. Jika anda melihat lendir subur dalam fasa luteal, ia bermakna paras progesteron anda telah menurun terlalu awal.



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda





Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.