Senang Hamil: Sebab Senggugut Kuat Sehingga Menganggu Aktiviti Harian

Saturday, February 27, 2016

Sebab Senggugut Kuat Sehingga Menganggu Aktiviti Harian


Senggugut (dysmenorrhea) adalah sakit kekejangan di bahagian abdomen bawah. Ramai wanita mengalami senggugut sebelum dan semasa haid mereka. Ia boleh menjadi teruk sehingga mengganggu aktiviti harian selama beberapa hari setiap bulan.

Senggugut mungkin disebabkan oleh masalah seperti endometriosis atau fibroid. Senggugut yang bukan disebabkan oleh keadaan endometriosis atau fibroid boleh berkurang apabila meningkat usia atau apabila seorang wanita telah melahirkan anak.

Gejala senggugut termasuk :
  • Sakit kekejangan di bahagian abdomen bawah
  • Sakit sehingga ke belakang dan paha

Sesetengah wanita juga mengalami:
  • Loya
  • Sakit kepala
  • Pening

Bagi remaja yang baru mendapat haid, kemungkinan senggugut yang dialami tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun, jika senggugut mengganggu hidup anda setiap bulan dan gejala semakin teruk, atau jika anda berusia lebih 25 tahun, berjumpalah doktor.

Semasa haid, rahim mengalami pengecutan bagi membantu mengeluarkan lapisan rahim. Prostaglandin mencetuskan pengecutan ini. Tahap prostaglandin yang tinggi menyebabkan senggugut lebih teruk.

Senggugut mungkin juga disebabkan oleh:
  • Endometriosis - berlaku apabila tisu endometrium (lapisan dalam rahim)  mengimplan dirinya di luar rahim sama ada pada pundi kencing, usus, atau ovari
  • Fibroid – iaitu ketumbuhan bukan kanser di dalam dinding rahim
  • Adenomyosis - tisu yang melapisi rahim berkembang di dalam dinding otot rahim.
  • Penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - pid) - disebabkan oleh jangkitan kelamin (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio
  • Stenosis serviks - dalam sesetengah wanita, pembukaan serviks begitu kecil sehingga ia menghalang aliran haid yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam rahim 

Senggugut mungkin mempunyai komplikasi. Sebagai contoh, endometriosis boleh menyebabkan masalah kesuburan. Penyakit keradangan pelvis boleh menyebabkan parut tiub fallopio anda dan meningkatkan risiko kehamilan luar rahim



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.