Senang Hamil: Sebab Wanita Alami Moody Dan Jadi 'Singa' Sebelum Mula Haid

Wednesday, February 24, 2016

Sebab Wanita Alami Moody Dan Jadi 'Singa' Sebelum Mula Haid

sumber : starecat.com
Kebanyakan wanita mengalami sakit payudara, kembung perut, dan sakit otot beberapa hari sebelum mereka haid. Ini adalah tanda-tanda normal pra-haid. Tetapi apabila ia mengganggu kehidupan seharian anda, ia dipanggil sindrom prahaid (PMS). PMS boleh memberi kesan kepada badan, perasaan, dan kelakuan anda

Sesetengah wanita mengalami PMS sejak remaja atau 20-an. Gejala-gejala boleh menjadi lebih buruk semasa lewat 30-an dan 40-an ketika anda mendekati perimenopause.

Tanda-tanda PMS yang biasa termasuk :
  • Kembung perut
  • Sakit payudara
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Kekejangan dan sakit pinggang
  • Tertekan
  • Menangis
  • Perubahan emosi dan cepat marah
  • Perubahan selera makan dan ketagihan makanan
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Lemah tumpuan
  • Sakit sendi atau otot
  • Penambahan berat badan
  • Jerawat
  • Sembelit atau cirit-birit

PMS adalah disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam kitaran haid anda. Antara punca-punca terjadi PMS ialah :
  • Tidak mendapat vitamin B6 yang cukup. Vitamin B6 dalam dos 50-100 mg sehari boleh memberi kesan baik pada wanita dengan PMS
  • Tidak mendapat kalsium atau magnesium yang cukup dalam makanan. Pengambilan harian 1200 mg kalsium dan 200-360 mg magnesium boleh mengurangkan kedua-dua gejala fizikal dan emosi.
  • Mengalami tekanan
  • Kurang bersenam
  • Terlalu banyak kafein boleh memburukkan lagi PMS


 

.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------


Kami berpengalaman hampir 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami


Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.