Senang Hamil: Sebab-Sebab Wanita Alami Kekurangan Atau Tiada Lendir Subur

Wednesday, March 23, 2016

Sebab-Sebab Wanita Alami Kekurangan Atau Tiada Lendir Subur

sumber : www.thymeandtimber.com
Lendir subur adalah penting dalam usaha untuk hamil. Ia adalah lendir semula jadi badan yang membantu melindungi sperma dari persekitaran faraj yang berasid.

Lendir subur membantu sperma untuk berenang ke telur tanpa rosak. Lendir ini jernih, melekit, elastik, yang menunjukkan bahawa ovulasi akan berlaku.


Apakah sebabnya anda mengalami kekurangan lendir subur? Mungkin ini jawapannya :

Selepas habis haid
Ia adalah normal mengalami kekeringan faraj selepas habis haid anda. Jangan risau.

Anda mengambil ubat-ubatan
Terdapat ubat-ubatan yang boleh mengeringkan lendir subur. Pada asasnya, jika anda mengambil ubat untuk menyebabkan "kering" di bahagian lain badan anda, ia juga akan mengeringkan lendir juga. 

Antihistamin dan ubat sinus boleh mengeringkan lendir anda. Clomid dan anti depressants juga boleh menyebabkan tiada atau kurang lendir subur

Pertambahan usia
Wanita yang meningkat usia akan mengalami kekurangan lendir subur.

Ketidakseimbangan hormon
Kita sudah tahu bahawa hormon boleh memberi kesan kepada hampir segala-galanya termasuklah lendir subur. Jika anda mempunyai masalah hormon tidak seimbang akan memberi kesan kepada lendir subur juga

Terlalu kurus
Kekurangan berat badan atau senaman berlebihan boleh membawa kepada kekurangan estrogen dalam badan. Mempunyai estrogen yang rendah boleh menyebabkan sedikit atau tiada lendir subur seterusnya lebih sukar untuk hamil.

Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan kekurangan lendir subur. Minum banyak air sepanjang hari. Lendir serviks terdiri daripada 90 % air. Jadi jika anda tidak menghidratkan badan anda pengeluaran lendir subur anda boleh berkurang. Anda perlu minum air yang mencukupi untuk badan dapat menghasilkan lendir subur. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas penuh air bersih sehari.

  



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.