Senang Hamil: Petua Mudah Dan Murah Untuk Betulkan Masalah Haid

Senang Hamil

Senang Hamil

Thursday, April 21, 2016

Petua Mudah Dan Murah Untuk Betulkan Masalah Haid

sumber : indrayanikrushi.in

Tempoh purata kitaran haid bagi seorang wanita adalah 28 hari. Kitaran haid dikawal oleh hormon wanita terutamanya progesteron dan estrogen. Dalam sesetengah wanita hormon-hormon ini mengalami ketidakseimbangan seterusnya menyebabkan masalah haid. Masalah haid boleh berlaku disebabkan oleh tiada selera makan, diet yang tidak betul, tekanan dan juga bersenam yang berlebihan.

Jika anda mengalami masalah haid dan sedang berusaha hamil, anda harus menyelesaikannya. Terdapat beberapa petua di rumah yang sangat mudah dan mudah didapati untuk membantu anda menyelesaikan masalah haid ini.

Peria
Walaupun pahit, ia boleh menjadi sangat berkesan dalam menyelesaikan masalah haid. Anda boleh minum jus peria atau rebus atau apa apa sahaja mengikut selera anda. Peria perlu diambil dua kali sehari untuk beberapa minggu.

Jus buah-buahan sayur-sayuran
Jus anggur dan lobak merah sangat berkesan dalam mengatur haid. Jus perlu diambil setiap hari. Anda juga boleh mengambil pulpa atau jus aloe vera. Minum segelas air tebu untuk satu atau dua minggu, sebelum bermulanya haid. Anda juga boleh menyediakan jus lemon dengan campuran kayu manis dan minum setiap hari.

Jintan manis
Jintan manis boleh dimasukkan ke dalam makanan harian anda untuk menyelesaikan masalah haid. Anda juga boleh mencampurkan dua sudu besar jintan manis ke dalam segelas air dan biarkan semalaman. Keesokan harinya lumatkan jintan manis itu dan minum. Anda perlu minum setiap hari untuk membetulkan haid.

Betik
Anda boleh makan satu betik yang belum masak setiap hari untuk menyelesaikan masalah haid.

Halia dan madu
Makan halia dengan madu setiap hari pasti akan memberikan kelegaan daripada masalah haid.




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman hampir 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.