Senang Hamil: Khas Untuk Suami : Ini Penting Dalam Usaha Mendapatkan Zuriat

Thursday, August 11, 2016

Khas Untuk Suami : Ini Penting Dalam Usaha Mendapatkan Zuriat


Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh Harvard School for Public Health di Boston bahawa lelaki yang makan hanya setengah hidangan soya setiap hari mengalami penurunan 40% dalam pengeluaran sperma. Perkara ini boleh memberi kesan yang amat buruk kepada lelaki yang memang mempunyai masalah dengan kekurangan sperma.

Jadi, apa masalahnya dengan soya? Ia mengandungi isoflavins yang phytoestrogens, atau bahan-bahan seperti estrogen yang boleh mengelirukan badan. Inilah yang menyebabkan penurunan dalam pengeluaran sperma dan juga menjejaskan kualitinya.

Kajian Harvard itu menunjukkan bahawa lelaki yang makan hanya setengah hidangan soya hanya mengeluarkan 65 juta sperma dalam air mani mereka, berbanding lelaki yang tidak memakan soya yang puratanya 120 juta sperma setiap sampel. Ia adalah suatu penurunan mendadak  yang tidak boleh diabaikan. Namun begitu 65 juta sperma sudah cukup untuk menghamilkan isteri. Tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang memang mempunyai masalah kurang sperma? Dengan pengurangan  pengeluaran sperma sebanyak  40-50% lagi boleh membuat mereka sama sekali tidak subur.

Soya tersembunyi di banyak makanan kita tanpa kita sedari. Sebagai contoh serbuk protein, roti, bar protein dan banyak lagi mengandungi soya. Minum hanya beberapa auns minuman berasaskan soya setiap hari boleh memberi kesan buruk kepada jumlah sperma

Bagi mereka yang telah cuba untuk hamil namun masih tidak berjaya, periksa makanan anda. Berita baik adalah soya tidak menyebabkan apa-apa kerosakan tetap terhadap kesuburan. Dengan tidak mengambil soya, anda boleh meningkatkan tahap sperma dan kesuburan anda dalam masa beberapa bulan.


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.