Senang Hamil: Peranan Suami Ketika Isteri Mengalami Keguguran

Senang Hamil

Senang Hamil

Friday, August 12, 2016

Peranan Suami Ketika Isteri Mengalami Keguguran


Keguguran anak dalam kandungan sering memberi kesan kepada lelaki dan wanita dengan cara yang sangat berbeza terutamanya jika keguguran adalah di peringkat awal kehamilan.

Apabila hamil, seorang isteri akan mula berfikir tentang embrio sebagai orang yang sebenar  dengan muka, jari tangan, jari kaki dan nama. Suami pula lebih cenderung untuk berfikir tentang bagaimana kehidupan mereka akan berubah.

Apa yang anda boleh bantu apabila isteri mengalami keguguran
  • Fahami bahawa dia akan sangat sedih. Anda perlu menyokong dan memahami bahawa situasi ini akan mengambil masa untuk pulih
  • Fahami bahawa walaupun keguguran masih di peringkat awal kehamilan, isteri akan berasa seperti dia telah kehilangan seorang bayi, walaupun anda tidak. Elakkan berkata perkara-perkara seperti "jangan bimbang dan sedih, ia masih terlalu kecil"
  • Berikan dia banyak sokongan. Dia perlu tahu bahawa anda selalu cintakan dia.
  • Adalah penting untuk menyedarkan dia bahawa keguguran itu bukan berlaku akibat kecuaiannya. Isteri akan cuba menyalahkan dirinya sendiri kerana berlaku keguguran.
  • Menggalakkan isteri untuk berbincang dengan rakan-rakan wanita atau ahli keluarga yang pernah mengalami keguguran supaya boleh memberi sokongan dan nasihat
  • Fahami bahawa seorang isteri hamil dan mengalami keguguran adalah lautan hormon. Jika isteri masih dalam keadaan tertekan dalam masa satu ke dua minggu, dapatkan nasihat doktor
  • Jadi bahu untuk isteri menangis dan telinga untuk mendengar isi hatinya. Namun jangan kecewa jika anda gagal bantu dia untuk melupakan hal keguguran
  • Luangkan banyak masa dengan isteri dan kekal positif tentang anak-anak. Mengalami satu keguguran tidak semestinya akan mempunyai keguguran lagi.



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.