Senang Hamil: Tanda-Tanda Keguguran Pada Usia 5 Minggu Kehamilan

Tuesday, August 16, 2016

Tanda-Tanda Keguguran Pada Usia 5 Minggu Kehamilan


Keguguran biasanya berlaku dalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan. Berdasarkan dapatan statistik, 10 hingga 20 peratus daripada wanita hamil  mengalami keguguran pada usia 5 minggu. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan keguguran iaitu kira-kira 80 peratus berlaku sebelum kehamilan berusia 12 minggu. Walau bagaimanapun, kehilangan janin selepas persenyawaan dan sebelum implantasi tidak boleh dirujuk sebagai keguguran. Dalam beberapa kes, keguguran yang berlaku pada masa yang hampir sama dengan haid yang dijangka menyukarkan untuk membezakan sama ada keguguran atau haid.


Tanda-tanda keguguran pada 5 minggu

Berlakunya keguguran semasa lima minggu kehamilan boleh disalah anggap sebagai haid yang terlewat. Ini kerana lima minggu kehamilan adalah kira-kira seminggu lewat haid. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai gejala yang dikaitkan dengan keguguran.

1. Pendarahan

Selain dinding rahim yang runtuh, keguguran pada 5 minggu juga akan terdiri daripada tisu kehamilan. Pendarahan ini biasanya lebih banyak daripada haid. Pada masa ini, embrio akan keluar bersama-sama dengan darah. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat sedikit darah beku. Walaupun kekejangan adalah normal semasa haid, namun kekejangan yang dikaitkan dengan keguguran adalah lebih kuat. Kesakitan pada bahagian bawah abdomen dan boleh disertai dengan rasa berat di abdomen.

2. Gejala Kehamilan

Selain pendarahan, keguguran juga boleh disertakan dengan tanda-tanda kehamilan yang semakin menghilang, seperti keletihan, kerap membuang air kecil dan sakit payudara 

3. Perubahan hormon

Dalam kehamilan normal, tahap hormon human chorionic gonadoptropin (HCG) meningkat dua kali ganda setiap dua hingga tiga hari. Selepas keguguran, tahap hormon ini akan mula jatuh, tetapi ujian kehamilan di rumah masih boleh mengesan hasil yang positif beberapa hari selepas keguguran.







.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.