Senang Hamil: Tanda-tanda Wanita Mungkin Mempunyai Lapisan Rahim Yang Nipis

Tuesday, August 9, 2016

Tanda-tanda Wanita Mungkin Mempunyai Lapisan Rahim Yang Nipis



Apakah yang dimaksudkan dengan lapisan rahim yang nipis?

Lapisan endometrium di rahim adalah lapisan yang runtuh semasa haid. Ia adalah lapisan yang bersedia untuk implantasi telur yang berjaya disenyawakan (embrio). Semasa hamil, endometrium membantu membentuk plasenta yang membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin. Oleh itu, lapisan rahim yang tebal dan subur adalah penting untuk kitaran haid serta kehamilan.




Bagaimana ia memberi kesan kepada kesuburan?

Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab untuk membina endometrium yang sihat dan subur iaitu sekurang-kurangnya 8 mm tebal. 8-13 mm umumnya dianggap normal. Apabila endometrium lebih nipis daripada 8 mm, ia dianggap sebagai lapisan rahim yang nipis. Ini bermakna bahawa embrio akan mempunyai masalah untuk membenam di dalam endometrium, yang akan menyebabkan lebih sukar hamil (jika tidak ada implantasi, endometrium akan runtuh sebagai haid). Jika embrio mengimplan dan kehamilan berlaku, lapisan endometrium yang nipis mungkin tidak dapat membekalkan jumlah nutrien yang mencukupi untuk mengekalkan kehamilan. Ini boleh meningkatkan risiko keguguran.

Tanda-tanda anda mungkin mempunyai lapisan rahim yang nipis:

Disebabkan estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab untuk membina lapisan endometrium, lapisan rahim yang nipis boleh disebabkan oleh rendah estrogen. Sebab-sebab lain lapisan rahim nipis termasuklah aliran darah yang tidak mencukupi, kerosakan tisu endometrium, penggunaan clomid dan penggunaan ubat perancang jangka panjang (yang mengandungi progestins). Walaupun tidak ada tanda-tanda tertentu dan gejala disebabkan oleh endometrium nipis, jika anda pernah mengalami situasi atau pernah mengambil ubat tersebut, pernah mengalami masalah sukar hamil atau mengalami haid yang sedikit, mungkin anda mengalami situasi lapisan rahim yang nipis.

Punca lapisan rahim yang nipis termasuk:
  • Amenorrhea (tiada haid)
  • Darah haid sedikit. Ini boleh bermakna haid yang lebih pendek daripada 4 hari, atau aliran darah  yang kurang iaitu kurang 20 ml atau kira-kira 4 keping pad yang penuh.
  • Haid yang tidak normal. Iaitu haid berserta kesakitan dengan kitaran haid yang tidak teratur
  • Aliran darah yang tidak mencukupi ke rahim juga boleh menyebabkan haid yang tidak normal. Ini boleh terjadi akibat gaya hidup yang tidak aktif atau duduk yang lama, yang akan menjejaskan aliran darah ke rahim.
  • Fibroid atau tekanan yang boleh menyebabkan penyempitan arteri dan mengurangkan aliran darah
  • Jangkitan bakteria yang kronik. Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada rahim dan penyakit radang pelvik. Ini boleh menyebabkan pembentukan tisu parut di lapisan endometrium
  • Pembedahan (laparoskopi, pembedahan cesarean, pengguguran) boleh menyebabkan kerosakan kepada rahim dan berparut.
  • Pengambilan Clomiphene (Clomid)
  • Pengambilan ubat perancang yang mengandungi progestins


Bagaimana untuk mengetahui lapisan rahim yang nipis

Ultrasound harus dilakukan sebelum ovulasi untuk menilai ketebalan lapisan endometrium. Sekali lagi, ketebalan lapisan endometrium yang optimum adalah antara 8-13 mm.







......................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!