Senang Hamil: Menarik! Teknik Untuk Suami Meningkatkan Kesuburan

Senang Hamil

Senang Hamil

Tuesday, September 20, 2016

Menarik! Teknik Untuk Suami Meningkatkan Kesuburan


Lelaki juga boleh mengalami masalah ketidaksuburan. Malah masalah ketidaksuburan lelaki boleh menjadi satu satunya masalah isteri yang masih gagal hamil.

Untuk berjaya hamil, sperma lelaki mesti bergabung dengan telur isteri. Buah zakar membuat dan menyimpan sperma yang dipancarkan oleh zakar untuk masuk ke dalam saluran pembiakan wanita ketika melakukan hubungan seksual.

Isu paling biasa yang menyebabkan ketidaksuburan lelaki adalah masalah yang berkaitan buah zakar. Masalah lain adalah ketidakseimbangan hormon atau terdapat masalah tersumbat dalam organ pembiakan lelaki.

Apabila seorang lelaki tidak menghasilkan sperma, ia dipanggil azoospermia. Ketidakseimbangan hormon atau masalah tersumbat boleh menyebabkan azoospermia.

Dalam beberapa kes ketidaksuburan lelaki yang menghasilkan kurang sperma daripada biasa dipanggil oligospermia. Punca yang paling biasa oligospermia adalah varicocele.

Varicocele merupakan pembesaran urat dalam skrotum dan urat ini mengganggu aliran darah di dalam buah zakar dan menyebabkan peningkatan suhu seterusnya memberi kesan negatif pada pengeluaran sperma. Kira-kira 40% lelaki dengan masalah kesuburan mengalami situasi ini

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Mulcahy JJ (1984), lima puluh orang lelaki dengan oligospermia atau kurang motiliti sperma diuji dengan penyejukan buah zakar dengan meletakkan pek ais pada skrotum pada waktu malam. Kepadatan sperma dan motilitinya dibandingkan sebelum dan selepas rawatan. Sekurang-kurangnya peningkatan 2 kali ganda dalam kepadatan sperma dan peningkatan dalam motilitinya.


Jadi mungkin ini masanya untuk lelaki yang mengalami masalah ketidaksuburan meletakkan pek ais di skrotum. Anda boleh tonton video di bawah untuk lebih jelas mengenai teknik menarik ini




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
- Masalah Sukar Hamil

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.