Senang Hamil: Suami Juga Perlu Ambil Berat Mengenai Kesuburannya

Saturday, April 14, 2018

Suami Juga Perlu Ambil Berat Mengenai Kesuburannya




“You are what you eat”. Apa yang suami makan sebelum isterinya hamil sebenarnya adalah sangat penting, terutama jika dia mengalami masalah kesuburan. Kajian yang diterbitkan oleh Fertility and Sterility, 11/10/2011 menunjukkan lelaki yang mengamalkan makanan lebih sihat setiap hari mempunyai kesihatan sperma lebih baik berbanding lelaki yang mempunyai diet dan gaya hidup tidak sihat.


Berikut adalah beberapa tips diet kesuburan untuk suami. Ia akan membantu mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk kesuburan lelaki 

Makan makanan organik - Racun perosak menjadi salah satu sebab utama terjadinya penurunan kesuburan pada lelaki. Ia meniru estrogen di dalam badan yang boleh menyebabkan testosteron berkurangan. Tahap testosteron yang sihat diperlukan untuk pengeluaran sperma.

Elakkan soya – soya  juga boleh meniru estrogen. Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh Harvard School for Public Health di Boston bahawa lelaki yang makan hanya setengah hidangan soya setiap hari mengalami penurunan 40% dalam pengeluaran sperma. Baca sini untuk lebih lanjut

Minum segelas smoothie setiap hari  - smoothie kesuburan mengandungi banyak antioksidan, vitamin dan mineral yang mudah dimakan dan dicerna. Ia boleh diambil oleh kedua-dua lelaki dan wanita dan sangat berguna untuk lelaki yang ingin meningkatkan kualiti sperma (DNA, morfologi, jumlah dan motiliti) dan bagi wanita yang ingin meningkatkan kualiti telur dan menyokong ovulasi sihat. Baca sini untuk lebih lanjut

Makan sayur hijau gelap setiap hari - Sayuran berdaun gelap seperti brokoli, kale, dan bayam penuh dengan nutrisi yang baik untuk kesuburan.

Minum cukup air - Lelaki yang dehidrasi pula boleh membawa kepada kekurangan pengeluaran air mani dan / atau jumlah sperma yang lebih rendah. Air mani ialah cecair yang mengandungi spermatozoa. Cecair ini melindungi dan menyuburkan sperma dan mengangkut mereka semasa ejakulasi supaya mereka dapat sampai ke telur wanita

Kurangkan produk tenusu - Susu bukan organik mengandungi hormon (kebanyakannya estrogen) boleh memberi kesan negatif ke atas tahap testosteron

Selamat meningkatkan kesuburan!




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda





Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.